| 18 comments ]

Semua pemohon ke MRSM ke Tingkatan Satu atau Tingkatan Empat ingin berjaya dalam tawaran ambilan pertama (1st intake), tetapi keputusannya gagal... Jangan lupa, setiap tahun bilangan permohonan amat melebihi bilangan tempat yang disediakan oleh MRSM. Bagaimanapun, setiap keputusan muktamad tetap boleh dirayu semula. 

Pesalah yang dihukum gantung boleh merayu di mahkamah lebih tinggi, pelajar yang dibuang sekolah juga boleh merayu untuk kemasukan semula. Keputusan muktamad tetap di pihak berkaitan, namun hak untuk merayu adalah hak kita semua sebagai warganegara Malaysia. Inikan pula jika kita tidak melakukan kesalahan, cuma untuk memohon 'satu' sahaja tempat di MRSM sekiranya masih 'ada' kekosongan. Tetapi bagaimana?...

Berdasarkan MARA FAQ, sebenarnya kita masih ada peluang:
  • Proses pengambilan dibuat 3 kali setahun. Proses pengambilan akan berterusan dari bulan Februari sehingga 30 April setiap tahun.
  • Boleh membuat rayuan. Setiap pemohon berhak mengemukakan surat rayuan sekiranya mereka tidak berjaya di dalam tawaran yang pertama. Bagaimanapun, pemilihan kepada calon yang merayu masih tertakluk kepada merit pemohon.
  • Surat rayuan yang terbaik adalah surat rayuan rasmi. Sokongan dari mana-mana pihak tertentu adalah atas initiatif kita. Bagaimanapun, pertimbangan rayuan pemohon masih tertakluk kepada merit yang dicapai oleh pemohon yang dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengambilan & Penempatan Pelajar Peringkat Pengurusan MARA.
  • Sokongan rayuan digalakkan dibuat dengan menyertakan lampiran sijil-sijil yang diakui sah sebagai bukti penglibatan pemohon di dalam sesuatu aktiviti.
  • Oleh kerana pihak MARA seringkali menerima ribuan surat rayuan maka, rayuan-rayuan pemohon tidak semestinya dijawab oleh pihak MARA. Calon diingatkan merujuk kepada Kad Jawapan yang dinyatakan dengan jelas bahawa setiap permohonan yang tidak mendapat sebarang jawapan sehingga akhir bulan April bagi tahun berkaitan akan dianggap tidak berjaya. Atau bolehlah menghubungi pihak MARA di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766.
  • Berjaya atau gagal seseorang calon dalam permohonan ke Tingkatan Satu MRSM ditentukan oleh markah atau merit yang diperoleh oleh seseorang pelajar melalui 3 perkara berikut : a) 5A dalam UPSR – 25% b) SES (status ekonomi sosial) – 45% c) Ko Kurikulum –30% (Kepimpinan, sukan, persatuan / pertandingan).
  • Tarikh pendaftaran bagi pelajar Tingkatan 1 MRSM kebiasaannya dijangka bermula pada :
    a) Pendaftaran pertama - bulan Februari.
    b) Pendaftaran kedua - bulan Mac.
    c) Pendaftaran ketiga - bulan April.
  • Semakan untuk :
    a) Pendaftaran pertama - hujung bulan Januari / awal bulan Februari.
    b) Pendaftaran kedua - hujung bulan Februari / awal bulan Mac.
    c) Pendaftaran ketiga - hujung bulan Mac / awal bulan April.
    Kita boleh berhubung terus dengan Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah) di talian 03-26915111 sambungan : 3331/3392/3394/3764/3765/3766, SMS dan Laman Web (www.mara.gov.my).
  • Syarat-syarat asas kemasukan Tingkatan Empat MRSM ialah :
    a. Mendapat sekurang-kurangnya 6A(A dalam Matematik atau Sains).
    b. Lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM).
    c. Tiada gred C, D dan E dalam subjek teras.
  • Untuk berjaya dalam proses pemilihan ke Tingkatan 4 MRSM pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 6A (A dalam Matematik atau Sains), lulus dengan cemerlang dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) dan juga diambil kira status ekonomi sosial pemohon.
  • Pendaftaran ke Tingkatan Empat MRSM kebiasaannya dijangka pada bulan Februari tahun yang berkaitan.
Untuk maklumat lanjut, saya cadangkan rujuk ke Laman MARA: Soalan-soalan yang kerap ditanya tentang MRSM.. sangat berinformasi. Jika masih ada kekeliruan, elok telefon terus pada nombor telefon MARA di atas.  Semoga berjaya.

Related Posts by Categories



18 comments

Unknown said... @ 6:39 PM

rayuan online takde ker?

PakTeh said... @ 8:12 PM

@munirah: tiada e-rayuan online. perlu surat rayuan rasmi. rujuk Laman FAQ MARA. Dinasihatkan buat rayuan segera, untuk ambilan ke-2.

Unknown said... @ 9:15 PM

kalau buat surat rayuan anak saya ke mrsm bila dapat tau keputusanya. Adakah semakan online juga atau tunggu surat jawapan. Untuk semak cara online saya rasa dah begitu trauma......

tintapena said... @ 10:01 AM

Pak Teh dan Semua
Alamat nyer tak der ka ?

PakTeh said... @ 12:14 PM

@Alamat Surat Rayuan MRSM :

Pengarah,
Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA,
21, Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur.

Utk makluman lanjut, elok hubungi ke
Bhgian Pend. & Latihan (Men.) di atas:
Tel: (03) 2691 5111 samb.
Kurikulum: 3323
Perkhidmatan: 3399
Hal Ehwal Pelajar: 3392/3765

Semoga membantu.

tintapena said... @ 10:17 PM

Terima Kasih banyak Pak Teh.


Wassalam

NuYa_LyA said... @ 2:52 PM

salam~~
bila bley thu kputusan ryuan sbp ngan mrsm 2nd intake?????????

please,
tlong bg jwpan...

Unknown said... @ 4:35 PM

pak teh...
cmne nak uat surat rayuan rasmi...

Unknown said... @ 1:26 PM

salam Pak Teh, macamana nak semak keputusan rayuan ke SBP dan MRSM tingkatan 1?

Kalau ada masa tolonglah bagi jawapan.

Terima kasih.

M6 NANO HIDROGEN COMPACT SYSTEM said... @ 10:18 AM

MRSM BENTONG mcamana status dia, Bila BUKAK??

Anonymous said... @ 11:00 AM

bila tarikh keputusan rayuan mrsm tingkatan 4 ambilan ke 2 ?

Anonymous said... @ 4:53 PM

pak teh
saya nak tanya
betul ke
kalau kita
da mohon teknik
mrsm da
sbp kita xkan dapat?

Unknown said... @ 11:09 AM

aq x dpt mrsm..........huhuhhuuhuhuhu

Anonymous said... @ 8:12 AM

syarat-syarat asas kemasukan Tingkatan Empat MRSM ialah :
a. Mendapat sekurang-kurangnya 6A(A dalam Matematik atau Sains).


ape nie?
MARA tipu!!!!!!!
kenape ad 2org bdk lelaki skolah saye B math bole dpt MRSM Kuantan utk second intake..
sorg kptsn pmr 7A 1B..B math..sorg lagi 6A 2B..B math n bi..
tp due2 boleh dpt mrsm even B math..ape nie?
MARA,tolonglah berlaku adik kpd mreka yg dpt straight A's yg xdpt twrn tu...
n lg 1..knape MARA ckp sape yg dpt SBP xbole dpt MRSM dah?
pdhl ade je kwn saye dpt due2 twrn..SBP n MRSM.ape nie?
saye geram btul lah...

tolonglah berlaku adil!!!!!huh

breaking_free said... @ 1:13 PM

urgent!!!!sye x pnh mohon mrsm sblum dpt result...so,pas ur smlm sye dpt 6a..sn n mt un a..nak wt rayuan bley ag x??...then,nak wt rayuan tu camne erk??nak kena sertakan skali slip keputusan peperiksaan or sijil ke??..tolg blz ea...

breaking_free said... @ 3:09 PM

klo xde number pin..bley x wat rayuan ke mrsm??

illusion said... @ 1:10 PM

TOLONG!!!
tahun nie ade x sacond intake???
help...
email at me : mh_o19@yahoo.com

Iffah Lucky said... @ 3:22 PM

salam,bleh sye tau,betul ke kalau kedua-dua ibu bapa seorang guru x leh masuk MRSM??

Post a Comment