| 2 comments ]

30 Januari, 2008 19:52 PM

AirAsia Tawar 300,000 Tempat Duduk Pada Kos Minimum

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia berkata ia menawarkan 300,000 tempat duduk yang mana pengembara hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan surcaj bahan bakar.

Sejumlah 75,000 tempat duduk telahpun terisi dalam tempoh satu hari pelancaran "tempat duduk percuma", kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Promosi itu boleh diperolehi dari hab-habnya di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching dan tempoh perjalanan ialah dari 26 Feb hingga 15 Mei.

Destinasi-destinasi popular di kalangan tetamu untuk tempat duduk ini ialah Bangkok, Hanoi, Macau, Phuket, Singapura, Kota Kinabalu dan Kuching, kata kenyataan itu.

Promosi itu turut melibatkan laluan yang baru dilancarkan iaitu dari Johor Bahru ke Bangkok.

Tempahan semasa promosi perlu dilakukan secara dalam talian pada 3 Feb menerusi laman web rasminya.

Related Posts by Categories



2 comments

Syari said... @ 8:12 AM

sayang sekali air asia tak sampai budapest, kalau tak buleh lah balik mesia selalu. sob sob

oh lupa nak bagi salam. Assalamualaikum.

PakTeh said... @ 9:40 AM

salam, syari. moga2 airasia nanti travel keliling dunia. boleh semua warga tumpang rahmat 'kemurahan' tambangnya.

terimakasih lawat blog ni. jauh syari study ya.. jauh perjalanan luas pandangan. :) alhamdulillah.

Post a Comment