Pemergian Suharto: Malaysia Kehilangan Sahabat Baik
AL-FATIHAH
JAKARTA, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia kehilangan seorang sahabat karib dengan pulangnya ke rahmatullah bekas presiden Indonesia, Suharto, pada usia 86 tahun pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan (2.10 waktu Malaysia) hari ini.
Suharto, presiden kedua yang menerajui Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman setelah 24 hari dirawat di Hospital Pusat Pertamina di Jakarta Selatan di sini.
Organ-organ dalaman bekas presiden yang dipanggil akrab Pak Harto itu, seperti jantung, paru-paru dan ginjal gagal berfungsi sejak pukul 1 dinihari ini apabila pernafasan Allahyarham sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan.
Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari mulai hari ini.

Berita selanjutnya di Bernama..
8 comments
Innalillah....arwah telah banyak berjasa kepada Indonesia and merupakan sahabat kepada malaysia juga.
Ya.. Allahyarham juga banyak berjasa kepada Malaysia - menghentikan konfrontasi 1963-1965 "Ganyang Malaysia" yang dipelopori oleh pemimpin sebelumnya. Dan hubungan antara kedua negara dijaga dan diperbaiki, hubungan yang terus kekal baik hingga ke hari ini.
semoga Allahyarham diampuni Allah SWT, dirahmati, serta ditempatkan ke dalam golongan hamba2-Nya yang baik2.
al-fatihah buat arwah...
mama rangie: al fatihah.. selepas kematian seseorang tiada apa lagi kita dapat hadiahkan, melainkan doa yg baik2 untuk para arwah. dan sampai masa nanti, kita juga akan menyusul pula..
hmm..semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org yg beriman..
byk jasa beliau utk Malaysia..klu takde arwah tatau la keadaan Malaysia ketika ini..
penyelamat dan sahabat..
Innalillah... dah lama dah dia ni asik kuar masuk sepital jer.
jemari menulis: ya moga2 doa kita sampai ke hadhrat Ilahi. Setiap manusia ada kekurangan, ada kebaikan. Cuma kebaikan seseorang akan jadi bekalan dan penyelamat di alam barzakh.
mak su: dengan kematian kerana sakit berat, berakhirlah segala susah-payah kaum keluarga menguruskannya semasa hidup. itu juga antara rahmat Tuhan, yang kita selalu lupa.
Post a Comment