| 3 comments ]

January 20, 2008 21:00 PM

SEREMBAN, 20 Jan (Bernama) -- Semua sekolah dilarang melakukan kerja penyemburan racun serangga semasa sesi persekolahan berlangsung, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim.

"Kita hanya benarkan pada waktu cuti sekolah atau pada hari Sabtu dan Ahad ketika pelajar tidak berada di dalam kawasan sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Skim Bantuan Tambahan (SBT) kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lobak, di sini, hari ini.

Hon adalah juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) Kebangsaan.

Pada Khamis lepas, seramai 112 murid SK Sungai Isap, Pahang dilaporkan mengalami sakit tekak, sakit dada, pening dan muntah, dengan 68 daripadanya dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), akibat terhidu racun serangga.

Related Posts by Categories



3 comments

Farah B said... @ 1:21 AM

it's true pakteh, memang memberhayakan kesihatan penyembut racun serangga ni. at times, we just spray it as if it was perfume, but the effect is extremely bad, especially when it gets into the lungs, on food, or on anything that we touch later on. kalau gune yg water base pun sama je!

mama ranggie said... @ 4:39 PM

memang patut pon...

PakTeh said... @ 11:21 PM

biasanya yg meracun ni, kontraktor pembersihan kawasan. cuma pengurusan sekolah kena pantau 'bila' dan 'di mana' mereka boleh meracun.

Post a Comment