Zaim masuk asrama hari Selasa minggu lepas, dah cerita dalam entri terdahulu : Flashback I. Hari Rabu, dia ada telefon rumah - dalam 2 minit, kata mama-nya. Hari Khamis dan Jumaat, tak telefon.
Pukul 10.00am Sabtu (05.01.08), PakTeh pergi lagi ke sekolahnya. Mengikut maklumat semasa hari pendaftaran dulu, masa melawat untuk ibubapa ialah Sabtu: 12.30 - 6.00 pm. Manakala hari Ahad pula 10.00am - 6.00pm. Di pertengahan jalan, singgah ke Kilang Roti Segar. MakTeh beli sedikit kudapan & kek untuk Zaim nanti.
Sebaik sahaja lalu depan sekolah 1.00pm, Zaim telefon. Katanya, hari itu program orientasi pelajar baru masih berjalan. Waktu melawat ibubapa: pukul 5.00pm. Dia pesan tolong belikan baldi besar.
Adus. PakTeh & MakTeh terus lajak ke Bandar Baru Seri Iskandar. Makan tengahari dan beli baldi. Hehe.. masa Zaim mula masuk hostel Selasa lalu, PakTeh belikan dia baldi yang sederhana kecil untuknya. Sesuai la dengan saiz badannya. Rupanya tak cukup juga. Rajin pulak anak bujang tu membasuh banyak2, hehe. Memang mama-nya dah train membasuh & iron pakaian semasa cuti panjang baru2 ini.
Lepas urusan di Seri Iskandar, PakTeh patah balik ke pekan Ayer Tawar - kena penuhkan aktiviti sebelum 5.00pm. Selepas solat Zohor di Masjid Ayer Tawar yang terkenal dengan kebersihannya itu, PakTeh ke Butik Gene Martino. Beli baju Melayu hitam. Bukan untuk raya, tetapi PakTeh nak pakai setiap hari Rabu - Hari Kokurikulum sekolah. Semua warga sekolah kena pakai pakaian unit beruniform. Sesiapa yang tak pegang tugas dalam kokurikulum, boleh pilih mana-mana unit. Jadi, pilih Pertubuhan Seni Silat. Senang & murah sikit, cuma bersongkok hitam, baju Melayu hitam serta bersamping songket. Kalau baju uniform lain, pakaiannya tebal sangat seperti Kadet Remaja Sekolah tu.. duit pun kena tebal: satu suit pun dekat RM500.00.
4.50pm: masuk sekolah Zaim semula. Betullah, geng pelajar baru baru balik dari program di Dewan. Solat Asar di Masjid sekolah bersama murid & penjaga lain yang datang. Oleh kerana pondok2 sekitar dah di-booking oleh penjaga lain, kami lepak dalam kereta je.
Masuk saja Zaim dalam kereta.. air mata Zaim meleleh. Zaim kata; "Mi tak seronok.." PakTeh tanya, "Awatnya..?" Zaim diam.. PakTeh tanya lagi.."Abang2 senior kacau ka?" .. Zaim diam lagi. "Taaak...", katanya perlahan. MakTeh dah mula nak merah mata, tengok si Zaim meleleh. PakTeh tanya, "Abis tu..?". Zaim kata: "Mi rindu kat Mama. Mi rindu kat Abah". Terus meleleh pula air mata MakTeh.
PakTeh pun keluarkan 2 kadfon Telekom untuk Zaim. PakTeh dah beli siap2 beli pagi tadi di Pantai, RM10.00 satu - untuk Zaim. "Kalau teringat abah & mama, call tau." PakTeh cerita semasa PakTeh masuk asrama dulu, Form 1 di SM Anderson, Ipoh. Selepas TokWan balik semasa daftarkan PakTeh masuk, PakTeh lagi sedih. Zaman tu mana ada orang kampung yang ada telefon. PakTeh memang sunyi. Cuma bila mula kenal kawan2 dan abang2 senior, hilang sikit2 rasa rindu dengan kampung. Sehingga cuti sekolah 2 bulan selepas tu, baru PakTeh balik kampung. Balik sendiri naik bas.
Dulu-dulu, TokWan bagi sebulan RM10 sahaja. Itulah semua - untuk makan, keperluan sekolah & asrama atau tambang balik kampung. PakTeh tak pernah minta tambahan. PakTeh faham kesukaran TokWan sebagai nelayan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan anak2 yang sedang belajar. Mujur PakNgah yang memang banyak bantu keluarga sejak dia mula bekerja di Sarawak, turut bantu PakTeh tambahan belanja melalui money-order - yang perlu ditukar di Pejabat Pos Besar Ipoh. Terima kasih banyak2, PakNgah. Kenangan itu takkan PakTeh lupa, sampai bila2..
Balik cerita Zaim, perkhidmatan dobi belum bermula. Khabarnya, mula hari Isnin. Itu yang dia nampak keletihan mendobi sendiri tu. Katanya, dia juga kena azan solat 2 kali sepanjang minggu orientasi. Dia antara yang dipilih selepas sesi ujian hafazan - membaca apa-apa 2 surah Juz'Amma oleh abang2 senior. Masa tu, Zaim baca Al-Buruj dan Dhuha. PakTeh cuma terus beri galakan semangat. PakTeh serahkan Zaim kitab terjemahan Al-Quran. Kitab itu memang Zaim punya, satu dari hadiah2 yg dia dapat dalam banyak pertandingan2 semasa sekolah rendah. Bagitau dia, jika masih belum belajar di sekolah dan tiada kerja rumah, bacalah kitab tu semasa prep. Oleh kerana Yaasin dia dah lama hafal, PakTeh senaraikan beberapa surah2 penting lain untuk dia study waktu prep: Surah2 As-Sajadah, Al-Insan, Al-Waqi'ah, Al-Mulk, Nuh dan As-Shofaat.
Dalam setengah jam bersama Zaim, nampaknya Zaim puas juga meluahkan rasa rindu. MakTeh pun sama nampaknya, padahal baru je 4 hari Zaim masuk asrama. Rupanya, dia sedih sebab telefon awam yang guna siling tu rosak. Telefon kad pula, berfungsi, tetapi stok di koperasi pula habis. Pagi tadi baru dia dapat beli kadfon RM10 dari warden. Nah! Sekarang Zaim dah ada RM30 stok untuk telefon. RM10 yang dia beli, RM20 yanng abah dia bagi. Dia boleh dah tersenyum sebelum kami pulang 6.00 petang itu. Semoga dia terus tabah, Insya Allah.

4 comments
dia happy tak kat asrama tu? memang kat sekolah asrama ni, selalu sangat telepon rosak, dulu farah pun mcm tu la jugak. fedup! nak guna henpon takleh la pulak. dulu dulu, selalu farah buat reverse charge kalau nak tepon umah, yelah tu je cara kalau tepon tu rosak. :)
alhamdulillah, setakat ni dia ok. harap2nya.. sementara nak biasa, kan? dia dah ada supply kadfon. haha. nampak dah ceria. kerap berhubung dengan mama-nya di rumah, petang2.
rupanya bagus juga dia call rumah guna kadfon. katanya 5 minit cakap baru 20 sen. kalau dia call ke h/p : laju duit jalan. lagipun, jarak sekolah dgn rumah pun tak lah jauh sangat.. charge pun rendah.
ok la tu, by the time nak get used dgn environment sekolah, memang mcm tu nanti. mesti mama dia masak sedap2 masa gi visit kan? :)
farah b : tak masak masa tu.. hehe. cdg makan di luar & lawat saudara semasa bawa si zaim outing.
Post a Comment