Pagi Ahad yang baik. Pukul 7.30 pagi ke Pasar Besar dengan MakTeh. Tengah beli ikan, tetiba semua orang yang sedang riuh-rendah tersenyap dan menoleh ke satu sudut. Oh rupanya, kempen politik dah bermula.
Kira-kira 10 orang lelaki berbangsa Cina berpakaian uniform putih Parti Gerakan masuk. Semuanya berwajah ceria dan tersenyum - tipikal bagi orang2 politik, hehe. Mereka tegur orang-orang di pasar sambil mengedarkan kalendar kuda sorang satu.
Kami dapat dua kalendar. Jenis kecil, 13cm x 27cm. Maka, ni offer, siapa nak.. gitau :) boleh bagi/pos satu. Emailkan alamat ke azmanlin@gmail.com.
Nampaknya confirm Dato' Seri Lim Kheng Yaik akan bersara dari politik. Tapaknya di Parlimen Beruas akan diambil alih oleh Dato' Chang Ko Youn, Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia. Calon baru inilah yang masuk ke pasar hari ini. Hehe.. tayang2 muka di permulaan musim mengundi.
Itulah nasib orang 'kita' di sini, tiada calon yang bertanding baik untuk Parlimen atau Dewan Undangan Negeri - samada parti pemerintah atau pembangkang. PakTeh , Insya Allah akan mengundi kali ke-2 di Lekir untuk pilihanraya kali ni. Rasa berbaloi dan puas bila dapat memberi sumbangan undi untuk calon yang seagama. Terasa ada unsur jihad di situ. Tentunya setiap undi yang kita buat akan ditanya di dalam kubur kelak.. untuk siapa dan mengapa?

2 comments
aritu jie dok tanyer psl kalendar 'kuda'..tp combi x prasan yg combi ade byk kt umah..
kebetulan balik kg aritu berbelanja kt wah seah & fiona..mmg dpt byk laa
tp mmg bagus kalendar ni sbb sume lengkap termasuk bulan2 islam..
kalendar kuda mmg lengkap. memang cari tiap disember.
oh, wah seah pun ada di sabah yea.. kat sini pun glamour.. kain bajunya murah2. MakTeh pun suka kasut2 di situ :)
Post a Comment