| 2 comments ]

IPOH, 4 Jan (Bernama) -- Seekor harimau dahan ditemui memasuki sebuah reban ayam di Kampung Chepor di sini lalu dikunci oleh pemilik reban itu sebelum beliau menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak untuk menangkapnya.

Pengarah Perhilitan negeri, Shabrina Mohd Shariff berkata harimau sepanjang 1.2 meter dan seberat 15 kilogram itu kemudian ditangkap oleh tiga renjer Perhilitan yang diketuai Hamdon Tak menggunakan penjerut besi.

Reban ayam itu terletak di sebuah ladang getah dan tuanpunya ternakan berkenaan, Lau Fong, mengurung harimau itu setelah menyedari kehadirannya pada pukul 11.30 pagi.

Harimau dahan atau nama saintifiknya, `neofelis nebulosa' jarang ditemui tetapi bertaburan di seluruh hutan Semenanjung Malaysia dan spesies ini dilindungi Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 kerana ia semakin pupus. Ia juga boleh ditemui di Nepal, Sikkim di Himalaya hingga ke Selatan China (Hainan), Taiwan, Indonesia (Sumatera) dan Borneo.

Harimau itu kemudian dihantar ke Zoo Melaka, kata Shabrina. Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa pada November lepas, Perhilitan menangkap seekor harimau dahan betina di Kampung Sungai Budak, Kuala Dipang dekat Kampar yang kemudian turut dihantar ke Zoo Melaka. Harimau dahan mula mencari makan di kawasan penempatan manusia mungkin kerana habitat asalnya sudah terganggu, kata Shabrina.

Beliau berkata sesiapa yang memburu, membunuh atau mengambil harimau itu boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya atau sesiapa yang memiliki harimu itu pula boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Related Posts by Categories



2 comments

Raghu Para said... @ 2:18 AM

Hi...ive been followin ur blog regularly...ur posts are really interstin..i've given u a link n do read my blog n gimme a link back if u lik it...my blog is
http://raghuism.blogspot.com/

PakTeh said... @ 5:52 PM

@Raghu: lol.. you hv been following or advertising? lol..

Post a Comment