| 2 comments ]

Selepas hari Sabtu lalu, Zaim dah mula riang call rumah - petang sebelum maghrib. Bertanya khabar, cerita tentang kehidupan sekolah pada MakTeh dan hujungnya - "kirim salam kat Abah." PakTeh selalunya tak ada di rumah dekat2 maghrib, dah ke surau Tmn. Bintang, kalau tak ada aral. Hari Rabu baru ini, dia call MakTeh, dia dah hafal 7 ayat As-Sajadah. Alhamdulillah. Baca waktu prep. Dia juga pesan, kalau datang - dia nak cebok pulak. Katanya, ada kolah di asrama lelaki. Pilihan lain jika tak nak mandi di bilik air. Macam2.

PakTeh memang bercadang nak lawat dia lagi hari Khamis, cuti Ma'al Hijrah baru ni. Biasanya kalau cuti, parent boleh lawat dari pukul 10.00am.

Bagaimanapun, dapat berita di awal pagi, oleh PakNdak bahawa abang sepupu, Abg. Li meninggal dunia. PakNgah yg jauh juga ada hantar sms waktu subuh tentang tu. Jadi, pagi2 PakTeh & MakTeh ke Pengkalan Bharu untuk ziarah.

Abg Li ni pangkat di kalangan anak sedaranya, PakLong Li. Dia anak sulung bapa saudara, sebelah ibu PakTeh. Dia dah berumur lebih 60 tahun, seorang pesara guru. Isterinya, Kak Robiah dah meninggal dunia 2 tahun lalu. Anak2 mereka: 6 orang, semuanya perempuan. Dikira sebab-musabab kematiannya, tak lari dari penyakit "3 serangkai"-nya. Dia juga dah beberapa kali jalani rawatan di IJN.

Pada malam kematiannya, pukul 11.30pm dia drive keretanya sorang2 dari Pengkalan Bharu ke kedai nasi ayam keluarganya di pekan Pantai. Kedai "ROSCAFE" - yang terkenal dengan nasi ayam istimewa. Dia parking ikut jalan belakang deretan kedai2 makan. Menantu lelaki yang bantu kedai tu, perasan kereta ayahnya. Dia pergi jenguk dan menyapa, tetapi tidak dijawab. Abg. Li cuma mengerut muka sambil tangannya mencekup dada.

Menantunya kemudian terus bawa ke klinik Pantai. Sampai di sana, dinaikkan atas stretcher. Di tengah malam itu, tiada doktor. Cuma ada seorang pelatih HA (Hospital Assistant) yang dipanggil dari kuaters di belakang klinik. Diceritakan bahawa, pelatih ini panik - tak tau nak buat apa2, masa tu. Waktu itu, Abg. Li masih hidup - cuma tidak bercakap, tangan memegang dada. Memang serangan jantung. Menantu Bg. Li ni tegur la si HA tu, ambil la alat Oksigen! Baru la kelam-kabut dia buh alat cekup oksigen tu. Punya kelamkabut, sampai wayar alatan pembekal oksigen tu pulak tak di sambung ke sumber tangki oksigen. Isk.. Dan dalam kelam kabut itulah, Abg. Li meninggal. Itulah kisah serba sedikit untuk saudara2 yang jauh. Segalanya bermusabab, namun ketentuan taqdir ajal dah tersurat.

InnaliLLahi wa inna ilaihi roji'un. Semoga ruh Abg Li diampuni dan dirahmati Allah Ta'ala. Semoga dijauhkan azab kubur dan siksaan api neraka, dengan izin-Nya dan dengan sifat Ar-Rahmaan & Ar-Rahiim-Nya jua.

Sempat juga anak sulungnya Rozita & keluarga dari Langkawi tiba, semasa jenazah dikafankan. PakLang dari Putrajaya dan MakLong dari Gerik juga sempat tiba. Jenazah disolatkan di Masjid Pengkalan Bharu, selepas Zohor. Dikebumikan di Tanah Perkuburan Pengkalan Bharu, seberang jalan berhadapan masjid berkenaan - berhampiran tebing sungai Beruas.

PakTeh & MakTeh kemudiannya ke Bota jumpa Zaim. Rupanya, 2.30 petang dia terlibat dalam pertandingan azan di Masjid. Dia sorang je wakil dari dorm-nya. Dia baru habis turn-nya no. 3 dari 22 orang. Kami sembang sambil serah barang2 yang dipesannya sebelum ini. Khabarnya dia dah mula belajar di sekolah. Telahpun menjalani ujian penentuan kelas. Dia masuk kelas Ibnu Khaldun. Kelas no. 1 dari 4 buah kelas, katanya. PakTeh kata, Syukurlah. PakTeh tak kisah kelas mana yang dia masuk, yg penting belajarlah betul2.. Dia ngangguk.

Perkara lain, dia juga dah hafal 13 ayat As-Sajadah. Syukurlah dia mahu belajar sendiri, tanpa dipantau. Memang hasrat PakTeh kalau boleh dia hafaz Qur'an. Masa depannya, kerjayanya - dia pilih ikut minatnya - tetapi asas agama biar kukuh. Dalam pada itu, nampak dia tak berapa sihat. Katanya, tidur dekat pukul 12, bangun pukul 5am. Petang tak boleh tidur, abang senior tak bagi. Sekadar luahan hatinya, PakTeh dengar je. Komen PakTeh lepas tu, memang Nabi kata - banyak tidur dan makan, merosakkan jiwa dan hati. Alhamdulillah, Zaim nampaknya mahu memahaminya. Sebelum pulang, PakTeh pesan - call esok (Jumaat) gitau jika ada program di asrama/sekolah bagi hari Sabtu atau Ahad. PakTeh akan datang pada hari yang dia lebih selesa.

Related Posts by Categories



2 comments

aQQim said... @ 4:10 AM

akim baru tau, takdak sapa habaq pun. mg arwah paklong li ditempatkn dikalangan orang2 yang soleh. amin..

PakTeh said... @ 8:44 AM

Alhamdulilah, nampaknya kadang2 catatan di blog boleh menampung ketirisan maklumat SMS.

Ya, semoga dia ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh. Dia mmg seorang yg baik.

Post a Comment