Anak penakan istilah bagi orang Utara Semenanjung bagi anak saudara. Maksudnya sama dengan keponakan dalam istilah Indonesia.
Cerita ni berkaitan PakTeh dapat anak penakan baru di Batu 10 Lekir. Abang ipar, Mohd Zaki & isteri 'baru'nya, Farah dapat anak ke-3. Sebelum dah ada 2 anak perempuan, seperti foto di kiri: Auni Madhihah (7 tahun) dan 'Aliah Zukrina (3 tahun). Sekarang dapat anak lelaki, Fahim Zakuan pada minggu lalu.
Dengan isteri 'lama'nya, dia dapat 3 orang anak lelaki. Yang sulung, baru habis SPM di SERATAS, Taiping. Ke-2 : Form 5, juga di SERATAS. Ketiga, Form 1. Sebenarnya PakTeh & MakTeh dah ziarah 'baby' baru ni pada minggu lalu, cuma kali ni bawa pula Zaim untuk jumpa 'adik' barunya. Suka betul dia.
Selepas main2 sebentar dengan 'adik-adik'nya, Zaim melepas geram - tidur petang 2 jam. Katanya, 5 jam sahaja tidur setiap malam. Selepas bangun tidur petang tadi, nampaknya dia dah feeling better, sebelum kami hantar pulang ke asrama. Sempat pesan pada Zaim, cuba tanya warden samada hujung minggu depan - boleh tak balik kampung,? hahaha.
9 comments
PakTeh,
Saya dah perbetulkan nama link PakTeh dalam blog saya. Saya tersilap tulis PakNgah. Terima kasih.
ohh...mesti happy dapat baby boy kali ni kan? cute baby tu. yg girl naik basikal pink, rambut curly curly tu comei la pakteh!
Salam.
Bila baca entri pasal Zaim, semalam sebelum saya tertidur, dapat phone call...
"Acik, Izham boleh balik 26 dan 27 nih, boleh amik Izham ari Jumaat lepas sekolah tak..."
jawab si Aciknya,
" Acik abis sekolah pukul 6.40 so sampai KK dari Ipoh dalam pukul 7.20, so sembahayang dulu..and tunggu Acik, OK!"
"Ya, terima kasih"...jawab si Izham, ringkas jerr...
Ussshhh....hehehehe...itu rasanya anak kita menanti untuk balik kampung!!
farah : baby baru ni paling syok, kalau cium - ada aroma tersendiri. aroma yg takkan wujud dah bila makin besar. makin buas makin hangit..haha; melainkan cover dengan bedak. kan?
yg curly tu mulut dia fuh.. peramah & ada sikit ciri2 pembebel amateur.. kekeke.
sharifah : macam mana depa teringin nak balik, macam tu juga rasa orang tuanya yang tunggu depa balik. selalunya, masa ni la rindu-rinduan tu wujud. tu la rahmat berkasih-sayang agaknya.
Pakteh: betul, babies have their own fragrance, memang pelan besar, pelan tengit! hahahah ye ke dia banyak mulut? mesti cute! farah suka budak2 cakap banyak, nampak outstanding nanti bila dah gi sekolah!
Salam,
Orang tua-tua kata...the baby's fragrant tu bau syurga....lama-lama bau tu hilang bila dia dah mula bercakap....
Adakah kita tak perlu bercakap? Atau bercakap hanya bila perlu?
farah b :: budak2 yang banyak cakap masa kecil, kalau diasuh ikut bakatnya boleh jadi leader kat sekolah. kalau salah asuh, boleh pula jadi kepala gangster di sekolah, haha. na'udzubillah.
sharifah : tentang bau syurga tu, tak tahu la PakTeh. belum sampai pada pengetahuan PakTeh jika ada hadith berkaitan itu. tapi elok juga kalau kita cari & dapatkan asas dari kajian saintifik sikit kot. mungkin ada faktor2 istimewa.
masa budak tu bau istimewa dia baru keluar dari rahim. juga dia masih kurang aktif bergerak. suara keluar cuma suara nangis je.
Post a Comment