| 6 comments ]

January 24, 2008 09:04 AM

Former Minister Tan Sri Megat Junid Dies

KUALA LUMPUR, Jan 24 (Bernama) -- Former Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, 65, passed away at 5.25 am Thursday at the Pantai Medical Centre, Bangsar.

Al-Fatihah..

PakTeh pernah menemui Allahyarham Tan Sri secara personal di pejabatnya, lewat 1980-an. Waktu itu Allahyarham menjawat Timb. Menteri Dalam Negeri. PakTeh membawa surat permohonan Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK), Universiti Malaya untuk mendapatkan tajaan bagi satu program yang kami rancangkan. PakTeh tak pernah bertemu atau berbual dengannya sebelum itu, melainkan sekadar buat appointment melalui SU Sulitnya. Allahyarham sesungguhnya seorang yang mesra, peramah dan tidak cerewet. Malah terus mengeluarkan cash sekeping RM1000.00 dari poket bajunya kepada PakTeh. PakTeh yang malu sebab tidak membawa sebarang resit atau bukti penerimaan. PakTeh berjumpa beliau hanya sekadar menyerahkan kertas kerja, memaklumkan tentang projek kami dan jika ada sumbangan beliau kelak, boleh dipos melalui cek kemudian.

Beliau juga memang pemurah, menjamu 2 Persatuan Mahasiswa Perak UM & UKM di rumahnya untuk makan malam, kira-kira 300 orang. Baru tahu dalam rumahnya di Kelana Jaya, ada sebuah surau - yang ada giliran guru agama mengajar ahli keluarganya & kakitangan di rumahnya tentang ilmu agama di waktu malam. SubhanaLLah.

Antara nasihat beliau pada PakTeh yang masih diingati ialah:
"Jadikanlah seorang yang bermuram durja menemui kita, keluar dengan wajah bercahaya, gembira dan penuh sirna".
Semoga Allah mengampuni Allahyarham, merahmati dan memasukkan beliau ke dalam golongan hamba2-Nya yang dikasihi.

Related Posts by Categories



6 comments

Jie said... @ 10:05 AM

Al Fatihah untuk arwah dan tahziah untuk keluarga....kau ampunkan dosa²nya Ya Allah..kau ampunkan dosa² kami ini..Ya Allah...

PakTeh said... @ 10:23 AM

amin Ya Rahmaan, amin Ya Rahiim, amin Ya Robbul 'Alamin.

Qaseh Bidadari said... @ 11:41 AM

al-fatihah...

semoga rohnya di cucuri rahmat...

Farah Deen said... @ 11:48 AM

Innalillahi wainnailaihi rajiun....

jem@ri men@ri.. said... @ 5:06 PM

Ya Allah..Innalillahi wainnailaihi rajiun..baru dpt tau ni..hmm..Al-Fatihah utk arwah..

PakTeh said... @ 10:38 PM

itulah kisah mereka2 yang telah mendahului kita. dan kita pula akan menyusuli jejak mereka kemudian.

cuma, semoga kita dan mereka, sama2 menghadap-Nya kelak dalam keadaan yg sejahtera lagi diredhai.

Post a Comment