| 6 comments ]

Hari ini selepas Zohor, sebahagian umat Islam sekitar tempat tinggal PakTeh berkumpul di surau. Hari ni masak bubur 'asyura. Ikut kata Ustaz, 'asyura tu datang dari nama 'asyara, bermaksud "sepuluh" dalam bahasa Arab. Kan kita selalu sebut 10 Muharram itu Hari Asyura? Bagaimanapun, masak bubur asyura tak semestinya mestinya 10 Muharram, :D

Proses memasak
2 kawah bubur
hampir 4 jam



Berdasarkan sirah, dikatakan asal-usul bubur asyura dari kisah Bahtera Nabi Nuh yang baru mendarat selepas lama belayar sewaktu Banjir Besar yang memenuhi bumi. Segala apa saki baki makanan, bijirin dan sebagainya dalam kapal digabungkan sekali, dimasak dalam satu kawah sebagai bubur dan dimakan oleh semua penumpang2 bahtera. Ia juga sebagai lambang kesyukuran atas rezeki, rahmat dan perlindungan dari Allah dari kesulitan sebelum itu. Selepas itu barulah para penumpang kapal bergerak meneruskan perjalanan di muka bumi.


Bagi PakTeh, bubur asyura semata2 bukan suatu ibadah yang dituntut, tetapi suatu adat yang bermusabab di kalangan orang Melayu. Namun begitu, ada beberapa perkara lain yang amat bermanfaat. Bermula dengan pengumuman imam surau, usaha mengumpul sumbangan bahan resepi & kutipan modal, perkumpulan orangramai, solat zohor & asar berjemaah, bergotong royong menjayakan program; tetap menjadi ibadah yang menjurus kepada kesatuan dalam komuniti Islam di kawasan PakTeh.

Sebagai minoriti dalam komuniti bangsa Cina di sini; adanya aktiviti gotong-royong seperti ini merapatkan lagi silaturrahim semasa umat Islam. Dapat bertukar khabar, sembang2 borak2 dsb. Dalam sama sibuk buat kerja, usik-mengusik dan cerita kelakar menjadikan kerja berat menjadi ringan. Kan, proses mengacau kawah perlu dilakukan bergilir-gilir. Proses awal mengacau memang senang, tetapi setelah sejam dan bahan semakin banyak dibubuh, memang mencabar. Melekat dan liat.


Bagaimanapun, rakan-rakan dan para remaja sentiasa menunggu turn. Giliran mereka tetap akan tiba apabila yang dah letih mengacau kawah, mencari helah nak berhenti. Hehe. Tetapi tak apa, selagi ada air teh tarik kow dan ais oren ada stand-by.. keletihan dan kepanasan tak terasa. Setelah masak kira-kira 6.30 pm, bubur asyura diagih2 ke semua rumah2 umat Islam sekitar kawasan kami. Maklumlah, ada rakan2 yang bekerja ikut shift dan ada yang ada urusan lain di hari cuti Thaipusam ni.


Ramuan bubur asyura kami sebelah utara ni, jenis manis. Yang PakTeh perasan tadi, ia mengandungi rencah ubi keledek, kacang hijau, kacang kuda, kacang tanah, kacang peas, jagung dan serba maknika lainnya. Jangan kiralah tentang gula dan gula merahnya, hehe. Bila dah masak, dibiarkan bubur ini sejuk dahulu dan membeku. Selepas itu ia boleh dipotong-potong seperti kueh bingka mengikut selera si pemotong. Kalau tengok rupa - macam tak sedap, tapi bila makan - memang sedap!

Alhamdulillah
2 kawah @
200 pek
bubur
dapat diagih
untuk
200
keluarga
di sekitar
kariah
surau.


Related Posts by Categories



6 comments

Farah Deen said... @ 12:52 AM

Alhamdulillah, siap jugak bubur asyura yang pakteh and kawan2 usahakan tu. Banyak betul, 2 kawah is no joke! farah tak pandai makan bubur asyurah, in fact, semua bubur kecuali bubur pulut hitam je yg farah suka. bubur kacang pun tak suka! :)

sedap tak bubur asyurah pakteh??

PakTeh said... @ 7:02 AM

Sedap, Farah. Cuma ada pelbagai variasi resepi bubur asyura ni mengikut lokasi tempat. yg kami masak, jenis manis. ada setengah tempat, bubuh durian. ada tempat lain, ada rasa pedas sedikit.

lain tempat lain belalang.

Jie said... @ 10:08 AM

Pakteh, selasa lepas saya pun buat....bersama muslimah kat surau taman perumahan saya.

Kami buat 2 jenis, yang tepung ikut style utara, manis dan macam bubur lambuk ikut style selatan.

Sejak tinggal di sini 4 tahun, dah 3 tahun kami buat....seronok bergotong royong.

PakTeh said... @ 10:37 AM

memang seronok, kan Jie. Itulah ruang kita penduduk setempat bersosialisasi dan bergotong-royong. Dapat makan pulak tu :)

putchutney said... @ 3:30 AM

hi pakteh ..

is there any Indonesian to English plugin .. the post was kinda interesting .. but i couldnt read it ... BTW i was googled !! Even toogletext.com didnt help ..

cheers .. waiting for ur response...

PakTeh said... @ 10:35 PM

hello dogastray. actually i'm using Malay Language in here.. you'll always hear Malay Language spoken in Malaysia, my hometown. About that plugin, yeap i also could't find it, eiher for Malay or Indonesian Lang.. and my friend, you're not the first one who give this kind of comment, anyway.

I hope when the time has come when that widget/plugins has been created (don't know when), surely i'll install it in here. Insya Allah.. by the way, thanks again for your positive comments & compliments.

Post a Comment