| 7 comments ]

Hujung tahun lepas, diumumkan PSS sekolah dapat satu anugerah : Johan Negeri - Kategori Luar Bandar. Jadi adatnya, tahun ni akan bertanding pula di peringkat kebangsaan. Semua warga nampak bersemangat dan berbangga. Walau sekolah tak berapa lawa, peratus akademik tak sebaik mana, student-nya agak caca-merba: tetapi kemenangan itu tetap membangkitkan rasa gembira di kalangan warga sekolah, amnya.

Tup..tup.
Hari ni heboh..

Sekolah akan bertanding kebangsaan - Kategori Bandar.

Wah!
Sejak bila pekan kecik hulu banat tepi laut ni jadi bandar??

Kartun sungguh..

Tanya boss.. rupanya Johan Negeri Kategori Bandar tu markahnya lagi kecik dari Johan Kategori Luar Bandar. Jadi diubah dgn arahan orang atas kayangan.. sekolah bucu banat ni akan masuk kebangsaan - kategori bandar. Sekolah lain pulak diganti masuk bagi kategori luar bandar. Pulakk..

Kartun sungguh..

Boss kata dia bertangkis jugak dlm mesyuarat di Bandaraya kelmarin. Mana boleh Luar Bandar masuk Bandar? Sebab kategori Bandar, kriteria penilaiannya tak sama (lagi dahsyat) dengan apa yang dinilai dalam kategori LuarBandar. Mana pi sekolah jaguh bandar2 semua? Sekolah kami mana boleh ready.. Last2 sekali, dititahkan oleh orang atas kayangan: habaq saja apa hangpa nak, kami bagi. hangpa tetap masuk kategori bandar.

Maka, minggu depan akan marilah geng2 JPN dari Bandaraya selama seminggu, beri taklimat, mesyuarat & checking sekolah. Masa: 2 bulan untuk upgrade semua aspek kriteria luar bandar kepada bandar, sebelum penilai kebangsaan mari. Haru..

Kartun sungguh..

Related Posts by Categories



7 comments

Pak Ngah: said... @ 7:22 AM

:: salam... tahniah awal... dengan kehebatan pihak pengurusan sekolah serta seluruh warganya... dan dengan sedikit "booster"... diyakini mampu memecut laju, insyaAllah... tahniah sekali lagi...

azlanlin said... @ 7:45 AM

To PakTeh:

Menarik tu.. pengujian terhadap pentadbiran dalam menangani ujian ini. Only words! mampu memberikan booster kepada warga dlm menambah daya pecutan! Jgn sampai tercabut 'tayar' ketika memecut, udah ler.....
hehehhehe

arsaili said... @ 1:27 PM

suka tengok cartoon..sebab bole menambah daya creativity dan kekadang benda impossible pun jadi possible..err cam arahan dari kayangan!

Jie said... @ 2:41 PM

owh.... selalu juga ada kejutan mcm ni... tetapi itulah bestnya kehidupan..:p

selamat maju jaya :D

jem@ri men@ri.. said... @ 2:42 PM

huhu..kena menurut perintah jugak la pakteh..titah perintah orang atas kayangan tak bleh nak elak..ade jugak kebaikan utk sekolah dan warganya..tahniah wat pakteh and semua warga sekolah..

Sharifah Hassan said... @ 5:36 PM

Salam,

Selamat Datang ke Dunia Politik JPN Perak! Bagi warga TCS yang hanya sebumbung jauhnya dah biasa sangat! Tambah bila 3/4 anak perempuan mereka duduk bersekolah di sini! Muka sapa yang tak pernah kami tengok...hahahahaah....!

Itu baru cerita kartun, belum lagi tengok cerita hindustan mereka!

Tahniah kerana dinaiktaraf buat sementara "on paper"!

PakTeh said... @ 10:24 PM

terimakasih PakNgah, PakTam, Arsaili, Jie, Jemari Menari & Sharifah : atas galakan dan dorongan.

Memang cabaran sentiasa ada dalam kehidupan. Cuma bila dalam keadaan terkejut dan tergesa-gesa akan mewujudkan sedikit ketegangan dan keluhan. Hehe.

Post a Comment