| 6 comments ]

30 Januari, 2008 17:43 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Komposer dan penulis lirik prolifik, Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq meninggal dunia hari ini selepas dilaporkan koma sejak Ahad akibat pendarahan otak.

"Loloq meninggal dunia pukul 1.37 petang di Hospital Pakar Damansara," kata penyanyi rock terkenal, Hattan, yang juga sahabat baik komposer itu ketika dihubungi Bernama di sini.

Hattan enggan mengulas lanjut kerana terlalu sedih.

Loloq, 50, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya pukul 6 pagi Ahad lepas dan dilaporkan berada dalam keadaan koma serta bergantung kepada alat pernafasan.

Allahyarham dikatakan menjalani pembedahan bagi membuang darah beku di dalam otaknya pada Isnin.

Anak kelahiran Singapura itu amat dikenali melalui hasil karyanya bersama seorang lagi komposer terkenal, M. Nasir.

Antara lirik lagu ciptaan Loloq yang sedang popular ialah "Angan Dan Sedar" nyanyian Mawi selain lagu Aduh Saliha (Mawi), Nafas Cinta (Misha Omar), Dewi (Hattan) dan Awan Yang Terpilu (Ning Baizura).

Selain dikenali sebagai pengkritik program TV realiti Akademi Fantasia, Loloq turut berlakon dalam beberapa filem tempatan, antaranya, "Zombi Kampung Pisang", "Man Laksa" dan "Senario Lang Buana".

Loloq juga pernah diberikan pengiktirafan berikutan sumbangannya dalam dunia seni melalui Anugerah Khas APM (Anugerah Planet Muzik) pada 2006.

AL-FATIHAH

Related Posts by Categories



6 comments

Cryton said... @ 8:54 PM

Hi PakTeh! Fantastic blog! fantastic! Thank you soooo much for visiting and leaving a comment on my blog. I am very verrrry encouraged.

jemari menari said... @ 9:23 PM

erk..silap post ke..
x jd nk bersedey dek tekejut ngn komen cryton ni..huhu..

Al-Fatihah buat Allahyarham Lolok..moga ditempatkan di kalangan mereka yg soleh..

dan salam takziah buat semua famili and rakan2 Allahyarham..

yg hidup pasti akan mati akhirnya..

PakTeh said... @ 10:05 PM

cryton: thanks for your visit. yours are cool too.

actually this post was about a malaysian composer, nicknamed: "Loloq" who just died today.

thanks for your comment.

PakTeh said... @ 10:07 PM

jemari menari: semoga semua artis, juga kita semua ambil iktibar. dan usia kita juga bukan semakin panjang.. kan mimi?

Al Fatihah

jemari menari said... @ 8:15 PM

a'aa..
btol tu pakteh..
hampir stp ari dgr psl kematian membuatkan hati mimi slalu berdebar-debar..
hmm..ntah bila giliran mimi..
takut..tp kena hadapi mati juga..
tak boleh nak lari dr kuasaNya..

PakTeh said... @ 5:55 PM

@mimi.. kita datang dari-Nya, akan kembali juga pada-Nya. itu sudah ketetapan, tak dapat diubah. cuma sejauhmana persediaan kita..

Post a Comment