| 0 comments ]

Nampaknya PakTeh kurang menulis blog dalam sepuluh hari ni. Kalau adapun, sekadar cut & paste berita2 tertentu dari Bernama Online. Bukan apa, PakTeh sibuk dengan tugas. Keluar awal pagi, dan pulang lewat petang. Awal2 tahun ni, hari-hari ada meeting perlu hadir di sekolah. Malam baru rasa dapat rehat. Memang tidur lebih awal nampaknya sejak Zaim tak ada. Selalunya dia akan lewat tidur tengok Liga England di Astro. Dia tu peminat fanatik Arsenal FC. Tambah2 cuti2 hujung tahun tu dulu. Dalam nak suruh dia pi tidur, PakTeh pun terikut sama tengok bola sampai tengah malam.

Selain itu, seminggu PakTeh kena demam urat. Ia bermula dengan banyak angkut2 barang si Zaim masuk asrama. Demam urat ni kategori selsema yang tak best. Sebab, segala sendi rasa nak tercabut, dan kalau rukuk solat pula, mata rasa nak tersembul jatuh. Tapi, Alhamdulillah.. sekarang lenguh urat dah ok, demam pun dah kurang. Tinggal batuk sahaja sikit.

Ingat sekarang boleh la menulis sikit kisah dalam 10 hari ni. Bermula dengan si Zaim masuk asrama.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment