| 6 comments ]

Pukul 9.00 pagi tadi, PakTeh dan MakTeh ke Bota. Cadang nak bawa Zaim 'outing'. Outing ni bermaksud membawa anak jagaan keluar dari sekolah untuk sesuatu tujuan, dan dihantar pulang sebelum 6.00 petang pada hari yang sama. Walaupun ikut peraturan tertulis, tarikh outing ialah minggu depan: 19/01/08; tetapi berdasarkan maklumat dari Zaim sebelum ini, dasar ialah flexible. Baguslah kalau begitu.

Waktu tiba, Zaim dan rakan2 Form 1 tengah gotong royong bersihkan Masjid sekolah, sebelah asrama putera. Nampaknya senior dah kenal Zaim, cepat sahaja beliau dicari. Kemudian tunggu sekejab untuk Zaim salin pakaian & uruskan permohonan keluar dari warden asrama. Tangkap gambar dia 1, sebab tahu, masuk je kereta - pakaiannya akan ditukar semua, hahaha.

Kami ke Sitiawan, beli beberapa keperluan tambahan asrama yang dikehendaki Zaim. Kemudian pergi makan di Seri Manjung. Maaflah Farah B, MakTeh tak masak sebab hajat hanya outing dan nak jalan ke rumah saudara.

Kemudian, kami ke Batu 10 Lekir. Ke rumah abang ipar, Mohd Zaki. Dia dapat anak lelaki baru, pada minggu lalu. Suka si Zaim - dapat 'adik' baru.

Related Posts by Categories



6 comments

Eucalyptus said... @ 6:31 AM

Selamat ya Pak Teh dapat keponakan baru

Pak Ngah: said... @ 7:36 AM

:: salam PakTeh sekeluarga... yang menariknya ialah... ayat terakhir pada perenggan ketiga terakhir bagi entri ini... kahkahkah...

PakTeh said... @ 2:58 PM

salam eucalyptus : iya, memang seronok dapat keponakan baru. iya kan? kadang2 dirasakan mereka seperti anak kandung sendiri juga.. :)

PakTeh said... @ 3:01 PM

salam PakNgah sekeluarga : rasanya PakTeh salah tulis. minta maaf. sebenarnya yang ditukar cuma baju batik -> t-shirt; kasut hitam ke selipar; songkok dibuka. tu je.. haha. stok mmg ada dalam kereta.

Farah Deen said... @ 6:52 PM

hensem la anak pakteh si Zaim ni. nampak elok je ngan baju rasmi sekolah tu. teringat farah masa study kat sek sultan abdul halim, kedah dulu...mcm tu la jugak...

heheh ye la, dah nak makan kat luar, buat apa makteh nak masak kan? makteh pun happy keluar la tu :) mesti zaim kalau boleh 'balik kampung' minggu depan kan?:)

PakTeh said... @ 10:44 PM

salam Farah : tengok la dulu hujung minggu ni. kalau boleh bawa balik, dapat le melepas geram dia, haha. tentu tak sabar dia nak main game ProEvolution Soccer dia & tengok Arsenal main bola live. Juga tidur panjang sikit.

Post a Comment