Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dihentikan pada pukul 4.30 petang apabila pasukan penyelamat mengesahkan tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam kejadian itu.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata cebisan daging yang dikesan oleh anjing pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Ahad pagi disahkan sebagai bangkai anjing peliharaan pada pukul 4 petang. Dengan ini tiada lagi mangsa yang terperangkap atau tertimbus dalam runtuhan tersebut. Tiada petunjuk lain bahawa ada mangsa lagi.
"Walaubagaimanapun operasi SAR akan diteruskan, tetapi akan lebih tertumpu dalam membantu pemilik rumah yang terlibat dalam tanah runtuh untuk mencari dokumen penting dan barangan lain. Maka operasi SAR kini akan diteruskan untuk tujuan ini. Selain itu operasi kita yang seterusnya adalah untuk membina jambatan dan laluan alternatif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
(Sumber: Bernama : 19:30PM)
0 comments
Post a Comment