| 0 comments ]

Bintang filem Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan mencatat sejarah sebagai bintang filem asing pertama menerima pingat kebesaran Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) dengan gelaran Datuk.

Pingat tersebut disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob sempena sambutan hari jadi beliau yang ke-70 dalam satu istiadat khas yang berlangsung di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh 11.30 pagi tadi.

Shah Rukh berkata, beliau berterima kasih kepada kerajaan Melaka di atas gelaran tersebut sekali gus menjadi bintang filem Bollywood pertama yang menerima penganugerahan tersebut.


"Saya berterima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pengiktirafan ini dan menjadikan saya penerima pertama anugerah ini untuk bintang filem Bollywood,'' katanya di sini hari ini.

Shah Rukh Khan yang dilahirkan pada 2 November 1965 di Mumbai telah menerima lebih 40 anugerah dalam industri hiburan dan perfileman di peringkat antarabangsa antaranya Screen Award, The Zee Cine Award, NDTV Award, International India Film Award dan lain-lain.

Filem One 2 Ka 4 memaparkan kawasan-kawasan menarik di negara ini termasuk kawasan peranginan A' Famosa Resort, Melaka.

(Sumber: Utusan)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment