| 0 comments ]

Datuk Zaid Ibrahim dipecat dari Umno ekoran tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadiri perhimpunan parti pembangkang. Keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) malam semalam.

PM Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pemecatan Zaid itu berkuatkuasa serta merta. Zaid juga tidak boleh merayu terhadap pemecatannya itu.

Antara isu-isu berkaitan Zaid:
  • Menghadiri majlis perasmian kongres nasional PKR di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu lalu. Menurut Zaid, beliau datang sebagai tetamu selepas menerima undangan daripada pucuk pimpinan PKR, untuk mendengar apa yang diperkatakan pucuk pimpinan dan perwakilan PKR mengenai keadaan semasa dalam negara.
  • Menerima surat tunjuk sebab dari Umno berkaitan dengan surat terbukanya kepada perdana menteri dan perjumpaannya dengan ahli-ahli Parlimen berhubung desakan memansuhkan ISA. UMNO meminta penjelasannya kerana turut sama menyertai majlis anti-ISA anjuran Pakatan Rakyat di Parlimen.
  • Meletak jawatan sebagai menteri kabinet kerana membantah tindakan kerajaan menggunakan ISA terhadap ahli Parlimen Teresa Kok, penulis blog Raja Petra Kamarudin dan wartawan Sin Chew Tan Hoon Cheng, September lalu.  Beliau juga melepaskan jawatan senator.
  • Pada 29 September lalu, Zaid menulis sepucuk surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menggesa beliau supaya memansuhkan ISA.
  • Zaid turut menjadi sasaran apabila beliau, dalam ucapannya, telah mempersoalkan orang Melayu.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment