| 5 comments ]

Setiap hujung tahun, tentunya setiap ibubapa cuba memastikan keperluan anak-anak dapat dipenuhi dan sempurna. Bagi sekolah berasrama, senarainya lebih banyak berbanding dengan sekolah harian biasa. Ini kerana anak-anak berada 24 jam di tempat yang bukan di bawah kawalan ibubapa.

Semua sekolah berasrama biasanya mengeluarkan senarai mengikut sekolah masing-masing. Namun begitu, setelah masuk ke asrama tetap ada benda yang yang tertinggal dan bapa kena keluar ke kedai berhampiran untuk beli, hehe. Berdasarkan pengalaman, berikut antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk disediakan secukupnya.

Keperluan Pakaian Sekolah
  1. Pakaian Rasmi Sekolah (baju kemeja + lencana + tanda nama, seluar, talipinggang, tali leher, baju kurung). Sesetengah sekolah mewajibkan seluar putih.
  2. Baju kurung & tudung bagi perempuan (berbeza mengikut sekolah).
  3. Baju Melayu, samping & songkok hitam.
  4. Pakaian Prep (kelas persediaan petang / malam)
  5. Kasut kulit hitam atau kanvas putih (berbeza mengikut sekolah) & stokin
  6. Baju batik (upacara rasmi & outing/balik kampung)
Pakaian Solat
  1. Kain pelikat, baju melayu. Set telekung untuk perempuan.
  2. Kopiah putih atau songkok hitam. Bagi sekolah tertentu, jubah putih dan serban dibenarkan.
Pakaian Riadah
  1. T-shirt dan seluar trek. 
  2. Kasut sukan dan stokin yang sesuai.
  3. Alatan sukan berkaitan (eg: raket badminton, but bola, bat pingpong)
Keperluan Asas Asrama
  1. Cadar, sarung bantal dan selimut. Sesetengah koperasi sekolah menjual sarung tilam.
  2. Keperluan diri - baldi, cebok, sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, tuala mandi, kain basahan untuk mandi, syampo. 
  3. Pakaian asas: singlet, sapu tangan & pakaian dalam.
  4. Berus dan sabun basuh; penyepit baju dan penyangkut baju.
  5. Kunci mangga  locker, engsel padlock (jika perlu).
  6. Sikat, cermin muka, minyak rambut, bedak,pengepit kuku dan lain2 alat kosmetik.
  7. Jarum & benang.
  8. Selipar sandal bertali.
  9. Kiwi kasut & berus (kasut kulit hitam) atau kapur kasut (kasut kanvas putih).
  10. Permanent marker pen - untuk tulis no. kod dobi pada pakaian (jika ada perkhidmatan dobi).
  11. Perhiasan dibenarkan: jam tangan, cermin mata.
  12. Ubat-ubatan yang biasa dimakan (kebenaran doktor bertauliah)
  13. Kole, sudu & stok biskut & minuman 3 in 1.
  14. Duit siling atau kadfon untuk contact rumah. Telefon bimbit dilarang.
Keperluan Asas Pembelajaran
  1. Beg sekolah - sebaiknya kalis air.
  2. Kotak alatulis - pen, pensil, pemadam, pembaris, gunting kecil, gam.
  3. Kalkulator saintifik, kotak geometri (mathematical set)
  4. Buku tulis ( dijual di koperasi)
  5. T-shirt & seluar PJK (koperasi)
  6. Buku Peraturan Sekolah (koperasi)
  7. Water color & berus warna; pensel warna.
  8. Duit belanja, hehe.
Kini kebanyakan sekolah berasrama mengedarkan senarai keperluan asrama serta kaedah pembayaran pelbagai jenis yuran dan derma persekolahan kepada ibubapa sebagai persediaan sebelum anak masuk ke asrama. Ada beberapa jenis yuran yang kemungkinan dibayar secara online dan resit bayaran dibawa semasa pendaftaran masuk anak kelak. Bagi kebanyakan sekolah, sebahagian besar keperluan sekolah ada dijual di koperasi. 

Kemungkinan keperluan asrama sekolah adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Itu adalah normal kerana setiap sekolah mempunyai aliran dan nilai tradisi masing-masing. Namun tujuan dan matlamatnya tetap sama: mendidik anak bangsa agar kelak berguna untuk bangsa, agama dan negara. 

Related Posts by Categories



5 comments

Unknown said... @ 9:07 PM

tambahan...tuala mandi...
semestinya tuala wanita...hi..hi..hi..
screwdriver - nak skru pasang engsel padlock..
hammer kecil--nak ketuk dulu skru..akak dah kena dah masa anak masuk asrama sri petaling..kayu locker tu tebal..nak ketuk susah..kena beli hammerlah pulak..... (ni untuk persediaanlah)

PakTeh said... @ 11:23 AM

haha. betul tu kak ina. terimakasih atas tambahan maklumat. saya pulak dulu bawa kunci padlock besar.. tak muat pada engsel locker tu, kena keluar la pulak pergi beli yg saiz kecil.. hihi mmg kelam kabut hari pertama bw anak masuk asrama.

Alya Alicia said... @ 2:13 PM

kain buruk utk lap locker/meja yang dah berhabuk :D

PakTeh said... @ 6:46 PM

@Alya.. betul juga tu. lepas lap, elok ada kertas/ kain lapik buat alas rak locker. :D

RZA said... @ 11:37 PM

Kalau budak pompuan adakah diwajibkan memakai tudung?

Post a Comment