Semakan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan Empat ke Maktab Rendah Sains Mara boleh dicapai di Laman Rasmi MARA. Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengumuman lagi. Bagaimanapun, awasilah sebarang maklumat rasmi oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) di laman berkenaan.
Jika berdasarkan kaedah pemilihan murid Tingkatan Satu sesi 2008 lepas, prioriti agihan murid cemerlang adalah ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terlebih dahulu. Selepas proses penempatan ambilan pertama ke SBP selesai, baru diikuti oleh penempatan ke MRSM di seluruh Malaysia. Kebiasaannya tawaran ke SBP sebelum hujung Disember, manakala tawaran masuk ke MRSM pada hujung Januari atau awal Februari, 2009. Tarikh semakan keputusan kemasukan bagi T1 & T4 MRSM sesi 2008 lalu ialah pada 04/02/08.
Saya akan cuba update maklumat bila waktunya tiba, Insya Allah. Selamat bersabar & semoga berjaya.
UPDATE!!
- Keputusan Tawaran SBP T1 2009 keluar 20/12/2008. >> Makluman lanjut <<
- Keputusan Tawaran SBP T4 2009 keluar 30/1/2009. >> Makluman lanjut <<
- Keputusan Tawaran MRSM T1 & T4 2009 hujung bulan Januari. >> Makluman lanjut <<
- Semakan Online MRSM T1 & T4 2009 - Minggu Depan >> Makluman lanjut <<
- Semakan Online MRSM T1 & T4 2009 - Dah Keluar >> Makluman lanjut <<
111 comments
bile keputusan mrsm tingkatan 1 sesi 2009 keluar?
apa pasal tak boleh nak semak keputusan mrsm ting 1 2009?????????????????
-> Anonymous @8.21PM:
keputusan MRSM tingkatan 1 sesi 2009 dijangka keluar hujung januari atau awal februari, 2009.
kemasukan sesi 2008 lalu, tawaran SBP keluar dulu sebelum hujung Disember, MRSM lewat sikit.
yang dapat SBP biasanya tak dpt lagi MRSM. tujuannya, agar tidak berlaku 1 calon dapat banyak tawaran sekaligus.
-> Anonymous @9:49PM:
tunggu hebahan rasmi oleh pihak MARA. bila pengumuman dah dibuat, akan diberi link untuk buat semakan tawaran.
contohnya: rujuk laman web dalam post PakTeh di atas bagi kemasukan 2008 lalu. InsyaAllah, pakTeh akan update bila masanya dah tiba.
betul ke dapat kuputusan kemasukan tingkatan satu ke MRSM pada akhir januari?
seperti entri pos di atas, ya. urusan pendaftaran sbp diselesaikan dulu, baru mrsm pula.
pakteh, adakah kalau tk dpt sbp tu bermaksud lebih high chance utk dpt mrsm? dan kalau eRayuan berjaya, masihkah akan dpt mrsm? apa pendapat pakteh?
-adik sy dpt 5A, aktif co-cu/kepimpinan tp xdpt sbp.
ya, kebarangkalian lebih tinggi utk mrsm, sbb yg dpt sbp tak akan dapat lagi mrsm. bagaimanapun, permohonan calon cemerlang ke mrsm juga amat ramai..
keputusan erayuan sbp (2nd intake) adalah selepas kemasukan 1st intake mrsm.
Pelajar yang tak berjaya ke spb kemungkinan boleh dapat mrsm. Tapi kalau tunggu keputusan kemasukan mrsm keluar dan tak berjaya juga kan dah tak boleh buat apa2. Kenapa kemasukan sbp dan mrsm tak di process sekali????
Kalau kemasukan ke sbp tak berjaya kemungkinan ada peluang berjaya ke mrsm. Tapi masalahnya keputusan kemasukan mrsm keluar hujung bulan Januari atau awal bulan Februari. Kalau keputusan kemasukan mrsm juga tak berjaya dah terlambat untuk buat sesuatu. Kenapa proses kemasukan sbp dam mrsm tak di proses bersama???
@Nimda: surat tawaran ke mrsm keluar pd pertengahan januari ini. setahu saya proses kemasukan ke sbp & mrsm diasing utk elak pertindihan tawaran, di samping berbeza kementerian. sbp di bwh kem. pelajaran sdgkan mara adalah agensi di bwh kem. pembangunan usahawan & koperasi.
pakteh adakah pelajar PMR yang mendapat keputusan 5a 2b boleh memohon ke mrsm???...
bagaimanakah cara lain untu memohon ke mrsm??? adakah pelajar boleh memohon secara online????...
@chik: mrsm T4 dipohon dua bulan sebelum pmr lagi. selepas pmr, ada peperiksaan UKKM oleh pihak MRSM sebagai saringan calon.
bagaimanapun untuk makluman lanjut: cuba telefon Bahagian Pendidikan & Latihan (Menengah)MARA:
Tel: (03) 2691 5111 samb.
Kurikulum: 3323
Perkhidmatan: 3399
Hal Ehwal Pelajar: 3392/3765
Assallammualakum,
Kepada anak-anak yang berjaya diucapkan tahniah,diharapkan tidak terlalu bergantung kepada SBP dan MRSM kerana kemudahan di sekolah biasapun kini sangat baik dan tidak ada yang kurang,mungkin kat SBP dan MRSM tumpuan belajar adalah lebih baik.Sekian.Wassallam.
sekolah yg saya belajar pula sangat teruk disiplin nya .. yg lg teruk nya, nak buang air pun susah... dah la bilik air nya mengerikan... nak sembahyang pun susah..
Bagaimana kalau nak tahu keputusan peperiksaan UKKM oleh pihk MRSM tu? Boleh semak secara online ke?
@emaan: betul tu,saya setuju. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. permata walau jatuh ke lumpur, cahayanya tetap berkemilau. insya Allah.
@Tiara: sekolah apa tu..? kena maklum pada Warden, PKHEM atau Pengetua tu (mungkin mereka tak tahu). insya allah mereka akan ambil tindakan sewajarnya.
@Pok: UKKM tiada semakan online. jika cukup kelayakan asas minimum akademik + lulus cemerlang UKKM + status ekonomi sosial pemohon -> akan dapat surat tawaran. rujuk sini.
ia sekolah menengah biasa.... sya bersekolah di situ sementara menunggu keputusan mrsm... kalau x, saya akan bertukar sekolah... jadi, saya harap sangat dapat ke mrsm.... insyaALLAH..
@Tiara: semoga berjaya. cuma kelakarnya, ada 2 kenyataan akhbar merujuk masa berbeza tentang tarikh semakan online 2009:
1. hujung januari.
2. pertengahan januari.
apa-apa pun, kesimpulannya keputusan memang dah nak keluar..
Terima kasih Pak Teh.... Doakan saya ye...
@Tiara: sama2. semoga awak berjaya, insya Allah.
apa2 pun adik-adik kenalah bersabar...kalau dah rezeki adik-adik tak kemana-mana.....kalau kita ni sememangnya dah pandai....sekolah dimana-mana pun kita akan dapat keputusan cemerlang....jadikan kejayaan amalina-dari johor tu sebagai pembakar semangat adik-adik....
insyalah kalau dah rezeki tak ke mana adik-adik semua...
@Norel: betul tu. ramai di kalangan kita tidak sedar potensi diri masing-masing. Gigih berusaha, berdoa dan tawakkal di akhirnya - tetap akan dirahmati Allah di mana juga ia berada, Insya Allah.
asalamualikum..mengapa saya dah buat erayuan sbp..tapi tak dapat panggilan temuduga...
saya buat erayuan sbp..tapi tak dapat surat panggilan temuduga seperti rakan lain
Niz, awak tak tulis surat rayuan terus ke pengetua ke? saya rasa panggilan utk temuduga tu dtg dari sekolah, bukan dari kementerian. utk masuk tingkatan 1 kan?
pak teh, anak saya dah pegi interview kat 3 sekolah, kebetulan sekolah tu kira dekat jugak dan masa pun mengizinkan. malangnya, bila pegi sekolah ke 2 dan ke 3, kena marah sebab 'orang atasan' kata tak boleh pergi lebih dari satu interview. padahal dlm surat tawaran temuduga tu tak de mention apa-2 pun to that effect. di atas kekeliruan tu, budak-2 yg jadi mangsa. ada yg sampai tergenang air mata berhadapan dengan 'pendidik' yg mungkin dah tension interview beratus org pelajar. apa-2 pun, we hope for positive outcome, byk juga kelas dia terpaksa ponteng to attend all these interviews. semua org kena berkorban sebenarnya jadi tak baiklah some 'pendidik' melepaskan geram kat pelajar. diorang dah berusaha gigih .. we should support them.. diorang ni perintis pemimpin akan dtg, kena ingat tu..
@Niz: wassalam. rayuan ada 2 cara.. 1. e-rayuan secara online. 2. surat rayuan kpd pengetua sbp terhampir. jika tidak dapat surat panggilan temuduga, rayuan boleh dikatakan tidak berjaya.
jgn gundah atau susah hati Niz. di mana2 juga, kita tetap boleh berjaya, Insya Allah. bukan semua tokoh akademik atau korporat dari sekolah berasrama penuh, ramai juga dari desa dan sekolah biasa.
@kakcik: sedih juga dengar cerita tu. ya, bukan salah anak-anak, tetapi jelas salah perancangan orang atasan. semoga anak-anak ini terus tabah, bersabar dan terus gigih walau apapun keputusan diterima. smoga mereka terus berjaya walau di mana juga mereka berada, insya allah.
pakteh, sorrylah saya ni byk komplen. mungkin ada hikmahnya, bila pendidik sbp ni keluarkan kata kesat, it speaks volume of the true character and attitude. bukan semua lah, tapi yg ini dtg dari sekolah aliran agama. temuduga adalah proses utk menguji kepetahan pelajar dlm menyuarakan pendapat, tapi bila anak saya cuba bersuara dia kata 'ada mulut budak ni'! anak saya bekas ketua pengawas sekolah co-ed. dia memang tegas dan berani. so SHE learnt her lesson i guess...'some opinion better keep to herself'. she said kalau dia dpt pun tawaran, emm very highly unlikely, dia tak nak pergi lah sekolah tu.. terima kasih pakteh kerana sudi 'mendengar'.
@kakcik: terimakasih kerana terus memberi komentar. memang bagus bila kita berterus terang, sebenarnya. saya juga tertarik keberanian anak kakcik tu. kalau saya ada law firm, tentu dia org pertama saya terima. semoga dia terus berjaya & berketrampilan tinggi.
komen 'ada mulut' - secara positifnya bagus, kerana mungkin calon2 ditemuduga sebelum itu 'takdak mulut @ berat mulut' ! ye tak kakcik? :)
rasanya setiap pelajar layak diberi peluang.Jgnlah seorg pelajar tu dpt peluang di temuduga sampai tiga empat buah sekolah...perihatin juga pada org lain.
semua pelajar yg layak patut diberi peluang.Jgn sampai ada pelajar yg dpt 3 atau 4 panggilan temuduga kerana ini akan menjejaskan peluang org lain.Kita kena fikir juga harapan pelajar lain.
asm wbt Pak Teh dan Kak Cik
Saya mengagakkan yang Kak Cik hantar anak temuduga rayuan ke SBPI Rawang, Seri Puteri Cyberjaya, dan satu lagi dimana?
asm wbt
Kak Cik: tentu kak cik hantar anak temuduga di sbpi rawang, sekolah seri puteri cyberjaya, dan satu lagi apa ya...?
abang khair
Tawaran MRSM insyallah minggu nie. Tetapi ambilan ke2 SBP cuma di ketahui minggu ke3 Feb. Kalau dapat tawaran MRSM nie , SBP ambilan ke2 digugurkan ker ?
Sebab 2 tawaran ini agak jauh jarak masa.Agak delema bagi yang mendapat tawaran MRSM sedangkan mereka juga telah juga menghadiri temuduga SBP ambilan ke2
Kementerian kena buktikan temuduga tu telus!
Kementerian kena buktikan temuduga yang entah apa2 tu telus!
tolong update cepat sikit untuk semakan online mrsm ke tingkatan 1.
Minggu ini gaknye . Kan 2 hari nie cuti raya cina.Muungkin x sempat nak update lagi.
WEI!!! BOLEH LAGI KE AKU NAK MOHON MRSM....SBP AKU
TAK DAPAT!!!T_T
Zul- MRSM bukak permohonan lama dah . Tarikh tutup x salah end of Nov. But kalau nak buat rayuan boleh kot. Just call mana mana MARA mintak nasihat. SBP ambilan ke dua x mintak ker ?
@sae: panggilan temuduga mungkin direct dr sekolah2 yg dibuat rayuan. di sini jelas perlu post-mortem dan penyelarasan semula oleh pihak sbp/kluster di KPM kelak untuk mengurus kes rayuan agar bilangan maksimum temuduga bagi seseorang calon agar ia tidak membebankan panel penemuduga, calon serta ibubapa mereka.
@abg-khair: wassalam. soalan utk kakcik tu sperti nak berkongsi pengalaman yg serupa? elok juga kita kongsi2kan pengalaman di sini.
@KodSekolah_PBA: kalau tanya saya, saya akan kata masuk je mrsm sekiranya dpt tawaran, jika gagal ambilan pertama sbp. jgn tolak mrsm semata2 tunggu sbp 2nd intake. itu mmg kos melepas yg kita sedia maklum. link data pada pihak mara & bahagian sbp sentiasa up-to-date.
@c za & orangkita: ya kita semua berharap begitu.
@badrul: maaf lewat update sbb raya cina, PakTeh pun berjalan cuti2 malaysia. :D
@tintapena: tkasih kerana turut membantu menjawab komen2 rakan lain.
@Zulhafiz: betul kata tintapena di atas, permohonan mrsm dah lama tutup. tetapi e-rayuan sbp T4 masih dibuka setakat ini. good luck.
asm wbt
Pak Teh: selamat kembali dari bercuti.
Apa yang dapat saya kongsikan ialah tentang isu panggilan temuduga, ada sekolah SBP memberikan layanan yang sama kepada calon yang merayu (5A atau 4A). Mereka panggil kesemua yang memohon termasuk anak saya. Syabas kepada sekolah-sekolah berkenaan. Tetapi ada juga sekolah tidak panggil terus, mungkin anak saya tidak layak gamaknya kerana sudah terlalu ramai calon 5A yang merayu. Saya merendah diri sahaja.
Kepada ibu bapa yang menghantar surat rayuan kepada beberapa sekolah dan mendapat panggilan berganda daripada beberapa sekolah, saya mengagakkan mereka telah membuat 'survey' berkenaan sekolah mana yang patut dipilih untuk menghadiri temuduga. Jika sekolah A panggil 100+ calon temuduga untuk mengisi kekosongan sebanyak 20 tempat, manakala sekolah B memanggil seramai 60+ untuk mengisi kekosongan 30 tempat. Tentulah kita pilih sekolah B. Pada pandangan saya yang daif ni kita berpeluang sebanyak 30 bahagi 60+. Tambahan lagi ada sekolah SBP memerlukan calon temuduga menjalani 3 ujian - bitara/kecergasan, bertulis, dan temuduga. Rata-rata 2 jenis ujian. Bagi mereka yang tak cergas boleh pilih 2 jenis ujian.
Saya dah mendengar keluhan sebahagian ibu-bapa tentang harapan tinggi menggunung hasil temuduga ini terutama yang anaknya peroleh 5A. Kehadiran anak saya menghadiri temuduga menambah lagi cabaran kepada mereka (kerana anak saya 4A sahaja tetapi dipanggil temuduga oleh sebuah sekolah SBP). Saya dengan rasa rendah diri mohon maaf cuma saya merasakan anak saya juga berhak mendapatkan pendidikan sempurna. Inilah pendemokrasian pendidikan.
wei aku nak tahu bila keputusan mrsm keluar!!!
wei bila keputusan mrsm keluar ? aku dok pening bila keputusan tak keluar
asm wbt
kepada Nur dan anak-anak: gunakan bahasa yang sopan di dalam blog ini, kerana Pak Teh (tuan punya blog ini) adalah orang yang lebih tua daripada anak-anak. Penggunaan bahasa kasar di dalam blog ini hanya mendedahkan kebiadapan diri dan kebiasaan di rumah ... agaknya itulah bahasa yang digunakan dengan emak dan ayah di rumah?
abang Khair ...
Pak Te.
Terimakasih. Apakah dengan mendapat MRSM bermakna 2nd intake kita x berjaya atau mungkin ia akan berlaku pertindihan nama ?
Sae,abg_khair,pakteh,
Seperti anak saya kata sendiri, jgnlah marah, kita mencuba nasib aje, tak tahu rezeki kat mana, dah dipanggil temuduga, rasa mcm tak adil pada diri sendiri dan Allah, kalau tak pergi. kebetulan masa dan harinya pun sesuai. Anak saya dah redha dgn ketentuan Illahi whatever it is, and i hope everyone is ready too. berharap jugak kalau tersangkut mana-2 mrsm just like her mom.
pakteh, antara sbp dengan mrsm mana lg baik, dari segi pembelajaran, persekitaran dan pergaulan?
I think kementerian has a system to make sure that nobody gets more than one offer. keluar topik sikit, maybe govt shld consider tambah bilangan SBP or memperkasakan lagi sekolah harian to be more like SBP as clearly demand way way exceeds supply. perhaps tambah lagi sekolah cluster like SMAminudin Baki. but constraint cld be lack of quality & experienced teachers.. same old problem faced by sek rendah sampai ke sek menengah.
pakteh, antara sbp dengan mrsm, mana satu lg bagus, dari segi pandangan pakteh sendiri. kalau boleh, jelaskan dari segi pembelajaran, persekitaran dan pergaulan antara pelajar.
ty
askum pkteh,
abg_khair, syukurlah anak dpt peluang, kalau dpt alhamdulillah, rasanya anak tu mesti ada kelebihan yg tak ada pada pelajar 5A, mungkin dpt mumtaz PSRA atau kelebihan sukan dll. Merendah diri tu memang sifat yg terpuji, lebih baik dari bangga diri. Saingan anak saya hebat juga, walaupun ada yg dari luar bandar, tapi pandai main piano, drum major, (sek rendah tu) ada yg pandai cakap French, wakil hoki negeri, doktor muda peringkat kebangsaan, mcm-2 lagilah.. sekolah kategori dlm bandar pun tak selengkap facility kat sklh luar bandar tu.. sedih.. jgn kementerian overlook pulak this kind of polarity.
asm wbt
Hanya untuk berkongsi maklumat tentang rayuan tg 1 ambilan ke 2:
5 Feb 2009: Senarai nama yg layak dihantar ke Kementerian.
10 Feb 2009: Mesyuarat pelarasan tawaran tg 1 SBP ambilan ke 2 di Kementerian
15 Feb 2009: Semakan di www.emoe.gov.my
25 Feb 2009: Pendaftaran tg 1 ambilan ke 2.
Nasihat saya kepada ibu-bapa:
Bangun malam mulai dari sekarang sehingga keputusan keluar agar buat solat hajat. Moga Allah memberi laluan kepada anak kita diterima masuk ke SBP.
Kalau tak berjaya - mungkin Allah belum makbulkan doa kita. Ada hikmah disebaliknya. Mungkin Allah inginkan anak kita kekal di sekolah sekarang - agar mencipta kejayaan di tempat sendiri.
Allahua'lam
Amin
Abang Khair
pakteh, boleh tanye x, antara mrsm - sbp, mana satu lbh baik ?
Askm.
Terima kasih abg khair.
Macamana tu..kalau 5 Feb submission ke KPM sedangkan waktu tuh MRSM dah umumkan tawaran. Apakah mereka yang insyallah namanya tergolong dalam yang layang ambilan ke2 akan digugurkan kerana nama di dalam senarai MRSM ? Tak hancur ker harapan dan cita cita datang ke interview dan peluang tertutup disebabkan mensyuarat penyelarasan di lakukan seminggu lewat dari tawaran MRSM.
asm wbt
tintapena: wallahu'alam -- tarikh-tarikh tersebut abang khair peroleh daripada sekolah SBP di tempat di mana anak abang khair hadiri temuduga, kecuali tarikh 10 feb tu di'publish' dalam laman web (tak ingat laman web mana...).
Tarikh pengumuman tawaran MRSM itu sebenarnya tertakluk kepada pindaan ... Kebiasaannya pendaftaran MRSM di akhir bulan Feb.
Kalau tintapena benar-benar hendakkan anak nya memasuki ke SBP - hmmm ... tiada jalan lain kena tebalkan muka jumpa terus ke Bhg SBP dan Kluster di Kemenrterian ... tunjukkan kesungguhan kita menghendaki anak kita memasuki SBP ... Kesabaran banyak membantu kita ... insyallah tintapena akan berjaya ...
Allahu'alam ....
salam abg_khair,
terima kasih juga. abg_khair dah pergi ke jumpa org kat kementerian tu? mcmmana mood mereka? sejuk, dingin atau suam-2? teringin nak pergi tapi takut dpt layanan standard answer aje. ada apa-2 tips yg boleh membantu?
asm wbt.
Terima kasih di atas nasihat abg_khir.
Anak di sekolah mana masa ambilan ke2 ?
Jumpa cam mana tuh...boley huraikan.
wslm
asm wbt
jumpa mcm mana?...
Abang Khair tidak pergi ke kementerian tetapi rakan-rakan abang khair yang beri nasihat begitu - mereka pernah berurusan dengan kementerian - bawa terus salinan-salinan sijil dan surat rayuan ... dalam masa yang sama puan akan lihat surat yang bertimbun ... Ada ambilan ketiga - yang ini tanpa temuduga...
Selain daripada itu tintapena atau kak cik boleh menanyakan terus kepada pihak sekolah (tempat dimana anak menghadiri temuduga)sama ada anak puan tersenarai atau tidak ...
Inilah kerja-kerja yang kena tebal muka ... Cuma saya sendiri tak boleh buat untuk anak saya, kerana umpama hidung tak mancung pipi tersorong-sorong...
Saya mengagakkan anak-anak puan memenuhi syarat -- tiada sebab permohonan ini ditolak...
askm
Terima kasih abg khair.
Insyallah kita akan call sekolah nanti.
Tapi boleh kah sekolah tu confirm ? Sebab nama tu di hantar ke kementerian untuk final screen
May be dia orang pun x leh nak bagi kata putus..jawapan std , tunggu surat dari Kementerian.
Ish kernapa abg khair kata cam tu?
askm Pak Teh & Yang lain-lain,
Sebut pasal keKPM ni saya nak ceritakan pengalaman ke KPM.Sebelum buat rayuan ke SBP dulu ada le saya menjenguk keKPM. Ingatkan sebelum hantar rayuan boleh le dapat semangat dari pegawai KPM. Tapi sedihnya le...Layanan yang diberikan kira ok juga le. Siang2 lagi dia dah nyatakan anak2 cikgu siswazah tak layak dipilih kerana gaji tinggi. Lagi pun dah namanya anak cikgu , cikgu boleh ajar sendiri anak kat rumah.Tinggi sangat ke gaji seorang guru siswazah? Mungkin org diKPM tak sedar guru2 ni byk buat kerja amal. Pelajar tak mampu beli buku guru sedekahkan buku dengan ikhlas. Masa pun byk dihabiskan unt pelajar2, anak sendiri terabai. Tu yang cuba nasib untuk masukkan anak keSBP.Kebykkan rakan sejawat pun menerima nasib yg sama bila ke KPM membuat rayuan.
Lepas tu terpaksa le bercuti ketepi pantai 2/3 hari untuk menenangkan fikiran dan menguatkan semangat utk mendidik anak bangsa.
Tapi klu ada yang nak cuba ke KPM pergi le. Mungkin nasib anda lebih baik dari parent yang bergelar guru siswazah. Saya doakan anda semua diberi layanan yang baik, sekurang2nya kita rasa puas hati walaupun anak tak dpt keSBP.
Nampaknya anak anak guru siswazah atau yang peringkat tengah nie x layak la kot nak ke SBP atau MRSM walau sejauh mana pencapaia akademik , kokuriukulum , Kepimpinan dan wakil sampai ke peringkat negeri dan kebangsaan. Memang x dapat ker datin ? Kalo MRSM ada kelebihan pada tentera polis dan sebaginya ,dan yang SBP banyak yang kita lohat kereta kalah wakil rakyat...dapat jugak masuk. Nak kata jagi biasa x der la leh nak beli sampai cam tu nye mewah...jadi apa criteria pelilihan ?
Begitu le nampaknya keadaan diMalaysia skg ni, tinta pena. Anak saya MRSM pun dah confirm tak dapat. Tapi yang hairannya tu anak org2 kat KPM yang gajinya setaraf dgn guru siswazah dan yg lagi tinggi pun ada anak dia org tu berjaya pula KESBP.Ada yg sampai 3 org (T1,T3,T5) keSBP dapat SBP yg sama pula tu.
Klu pemilihan dijalankan dgn telus tak dapat keSBP pun kita rasa puas hati. Ni nampak sgt penyelewengan berlaku depan mata.
Dah le duduk diluar bandar ni Kelas R.Khasnya pun macam melepas batuk ditangga. Nak hantar anak ketusyen pun susah nak cari. Nampah gayanya tahun depan kena minta tukar kebandar le .ingatkan nak taburkab bakti diluar bandar.
Pada parent2 yg senasib tabahkan hati mungkin ada rahmat disebalik apa yg tersurat.
Pakteh dll,
anak kakcik tak dpt MRSM, hanya 2 boys dari sekolah dia yg dpt. kalau tak silap parents diorang ni pensyarah universiti. SES munkin lebih kurang tapi dari segi koko dan kepimpinan, anak saya lebih dari diorang. kalau betul apa datinhana dan tintapena kata tu, memang tak gunalah buat rayuan. tak mahu mengharap dan hampa berulang-2 kali. memang dah trauma nak check anything online. Anak saya cuba tahan perasaan dia, konon tgh baca buku novel baru beli, tapi kakcik perasan air mata dah meleleh-2 kat pipi.. kesian she just cldnt hold her tears anymore. puas jugaklah pujuk, told her, Allah selalu menduga dan menguji pada org yg Dia sayang aje. Sape yg dpt lalu cable tu, tak berkat dan hidup tak selamat. Biarlah usaha kita tu diberkati Allah, kerana perjalanan hidup ini masih jauh lagi. it doesnt end when u dont get sbp or mrsm. Kita doakan anak-2 kita mendpt apa yg terbaik buat mereka dan sentiasa tunjukkan kita jln yg benar dan diredhai Allah. AlQuran tu penenang jiwa yg paling baik. Sape yg dpt tu tahniah dan gunakan peluang dgn sebaik-2nya.
pakteh, nak tambah sikit. budak lelaki 2 org yg dpt mrsm tu yg peliknya, tak pernah dpt TOP 10 pun dlm apa-2 periksa kat sekolah, tak aktif sukan dan tak mewakili sekolah dlm apa-2 pertandingan. nak kata miskin pun rasanya tak miskin looking at the parents' car bila hantar diorang sekolah. benda mcm ni memang terjadi every year ke? sebab ini first time utk saya. My second one sekrg Year 5, tengah sibuk hafal pidato. should i discourage her? dia kata nak dpt sijil byk-2 mcm kaklong.. hmmm what for? better concentrate study aje kot?
spt datinhana and kakcik,anak saya juga tak terpilih ke mrsm walaupun layak dlm semua bahagian kecuali mungkin gaji yang memisahkan peluang tersebut. Memang rasa terkilan dan nampak seperti ada yang tak kena dengan sistem yang ada.Tak perlu rasanya anak-anak kita work hard kat koku better concentrate on their study....because it don't help.
Entahlah...budak yang memang score kat sekolah saban exam, presiden persatuan dan mewakili sekolah sampai ke peringkat kebangsaan pun belom tentu di pilih sebab mungkin x cukup "kaya" atau terlalu "daif". Beradfa di kelas pertengahan mungkin bak telan mati mak luah mati bapa. Ada yang sampai demam x dapat masuk MRSM sebaba bagi mereka , apa yang mereka lakukan aladalh yang terbaik bagi seorangf pelajar. Kalau yang dapat x pun aktif dan bukan dari yang top 10 dapoat ke sbp and mrsm , bagaimana perassan mereka dan apakah saranan dan gesaan guru guru sekolah supaya belajar dan mendapat yang terbaik setiap peperiksaan dan mewakili serta mempunyai kepimpinan dan aktive menjamin peluang ke SBP dan MRSM . Wallahuaklam.
@datinhana: camtu pegawai KPM jawab? Anak cikgu, bleh sendiri ajar. Bisanya jawapan 2. Kesatuan patut highlight isu ni dalam mesyuarat.
asm wbt:
datinhana, kak cik, tintapena, serta ibu bapa yang perihatin: saya dapat merasakan kehampaan datin dan puan-puan, saya sangat bersimpati. Saya berpesan kepada diri saya dan puan-puan kuatkan semangat, jadikan perkara ini sebagai pembakar semangat untuk anak-anak kita lebih berjaya. Jangan leka bekalkan secukupnya kekuatan diri untuk bersedia dalam persediaan akan datang.
Tiga orang anak saya berjaya memasuki sekolah berasrama penuh/kluster selepas berjaya dengan cemerlang dalam PMR. Untuk ke asrama penuh selepas PMR pastikan anak puan cemerlang dalam trial dan peperiksaan akhir, dan aktif dalam ko-ko... Insyallah berjaya ... Tetapi diingatkan sesetengah sekolah harian juga berada di dalam rangking teratas mengatasi sekolah berasrama penuh seperti SMKA Maahad Hamidiah, Kajang, Sekolah SMK Jalan 2, Bandar Baru Bangi, SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi... dan banyak lagi yang mungkin saya tak tahu ...
Moga sama-sama dapat menenangkan perasaan ...
Allahu'alam
datinhana,,tak tau naper semua orang yang tak berjaya mencapai hasrat selalu tak puas hati. trend skg agaknya?.dulu anak saya selalu gak kena discrimnasi kat sekolah sebab saya bukan guru.macam2 cara sekolah buat utk discriminate dia. saya selalu protes kat sekolah.dah cermelang dalam mata pelajaran pun pihak sekolah tulis nama anak saya terlalu kecil.itu pun saya protes. akhirnya bila saya mohon mrsm untuk anak saya,saya buat confess gaji saya RM10,000.berjaya juga tapi bukan kerana rm lumayan (sebenarnya saya tak bekerja dah tua).sebab result dia 5As 90% above.kalau dapat5As tapi A2 melambak macam tin sardine A1.
pihak Mara pun pening ramai sangat budak2 yang teror.nasihat saya percayalah pada qada dan qadar Allah. anak adik saya lelaki dapat 5A di tawarkan kemrsa di reject.dapat sbp dia pun rejek sebab emak bapak tak cukup duit.nak masuk sbp pun kena tambang bas.rg tua dia tak mampu.duduk lah kat sek.men kat kg.PMR baru ni dapat straight 8As. saya suruh dia mohon mrsm.dia kata tak apalah pakcik. ( niat hati nak bantu anak sedara).berlinang airmata saya tengok kegigihan anak saudara saya.mudah-mudahan Spm 2 thn lagi beliau berjaya.di sek men kampung
tintapena,
kebetulan pagi tadi saya kat sekolah anak, masa pehimpunan ada perlantikan pengawas baru, ketua pengawas, ketua kelas, etc. saya sempat dengar gurubesar kata jawatan-2 ini dpt membantu pelajar yang hendak ke sekolah berasrama penuh disamping akademik yg cemerlang.. saya rasa macam nak menyampuk aje, tapi tetap sabar. Yg pasti, saya takkan menggalakan anak-2 saya yg lain ke SBP/mrsm supaya mrk x berharap mcm their sister. kalau nak masuk apa-2 pun, ikhlaskan hati untuk kepuasan sendiri ajelaa.. I wonder how to prepare them for the future in this kind of 'dysfunctional' or severely abused system. No wonder ramai bangsa lain esp.migrated from here n causing the brain-drain.
Assalamualaikum,
Saya tak tau mengapa ramai ibubapa beriya-iya sangat nak masukkan anak ke MRSM atau SBP walaupun anak-anak mereka tidak mahu masuk ke sekolah berasrama kerana lebih selesa tinggal di rumah. Sekolah SBP atau MRSM bukanlah lagi menjadi keutamaan untuk kemasukan ke universiti di dalam negeri atau luar negeri. SBP dan MRSM bukanlah penentu kejayaan anak anda dlm PMR atau SPM. Janganlah bersedih bagi mereka yang tak dapat.
Salam...
Alhamdulillah anak saya dapatke MRSM walaupun bukan salah satu dari MRSM yg terpilih (MRSM ni pun ada kelasnya tersendiri... ada MRSM yg mmg top, ada yg sederhana, ada yg suam2).
Pada saya Ron, saya mmg nak anak ke SBP/MRSM sbb nak beliau lebih berdikari, lebih berani ke depan, lebih jatidiri. Syukurlah kalau dapat anak2 yg mmg cermerlang macam anak kak cik. Anak saya cemerlang pelajaran, aktif juga koko tp dia ni tak berapa nak "ke depan" secara sukarela. Paksarela bolehlah. Jadi dah mmg rezeki dia agaknya. Kalau ikut selesa, mmg lagi selesa dia di rumah (saya dah pun ke MRSM yg dia di tawarkan tempat pada sabtu lepas, mmg jauh bezanya dari masa saya duduk MRSM dulu, macam tak berapa ber prestige dah MRSM masa kini - some of them lah bukan semua). Dah 12 tahun saya jaga dia, dah bermacam galakan dan dorongan tp dia mmg lain lah dari saya yg dari kecik2 dah mmg kiasu nak ke depan saja. Jadi saya rasa dia perlukan satu paradigm shift dan mungkin caranya dengan dia menyertai SBP atau MRSM. Tp bagi anak2 yg mmg sangat cemerlang macam anak kak cik, rasanya sekolah di mana pun, insyaALlah, beliau akan terus cemerlang.
Dia pun pergi juga temuduga second intake SBP. Tu yg dia berbelah bagi sbb minatnya lebih ke SBP di sebabkan ada aktiviti2 koko SBP tersebut yg mmg dia amat berminat nak ceburi. Agaknya kenalah buat macam abang khair cakap tu ie tebalkan muka tanya SBP berkenaan & juga tanya Kementerian samada kalau dah dapat MRSM, dah terkeluar ke nama dari 2nd intake SBP.
Cuma satu saya nak komen pasal pemilihan ke SBP yg di perkenalkan mulai tahun ini iaitu pencalonan dari sekolah. Mengikut kata kawan pejabat saya, sekolah anaknya mengelaurkan bermacam-macam sijil untuk anak dia. Yg tak pernah buat aktiviti pun ada. Wakili sekolah sepaktakraw, anaknya bola takraw pun kurang nak kenal. Wakili sekolah pidato, anaknya pidato kelas pun tak pernah. Ni semua sbb sekolah nak meningkatkan peluang anak2 murid sekolah tu untuk terpilih ke SBP. Macamana tu? Sekolah anak saya tak adalah pulak buat macam tu. Tak musatahil tahun2 depan mana2 sekoalh yg dah "belajar" tu, akan buat perkara yg sama. The system is open to abuse by certain parties.
Tp masa serahkan borang second intake tu, saya pun macam datin jugaklah, hampir bertekak dengan kerani sekolah SBP berkenaan sbb dia minta slip gaji saya/suami. Saya fikir kalau saya bagi, mmg awal2 dah kena tapis keluar lah nama anak saya. Akhirnya saya berserah dan bertawakal tak bagi pun. Percaya pada rezeki sajalah. Saya cakap juga pada kerani tu, yg dah mmg "orang atas" tu, mmg senanglah nak masuk. Yg orang bawah pun mmg cerah jugalah peluangnya. Kita di tengah-tengah ni yang sentiasa tersepit....
tinta and kakcik... betul tu. Mmg frust bila budak2 yg terpilih adalah yang zero koko, zero jawatan dan struggle academicly in school.
Yang top scorer, ketua pengawas n presidents of clubs and persatuan and wakil negeri semua terkebil2 aje la.....
Ron, in my case ALL my kids mmg nak ke sbp or mrsm. They love the asrama life esp after having gone tu kursus2 and pertandingan yg makan masa 3-4 hari di tempat lain. Mereka dah experience bangun pagi ramai2, aktiviti sama2. They all suka. And They aim to do the best in every exam so tat their school record tip top so tat they can experience benda tu again in asrama.
My std 4 girl ni pun dah start angan2 nak masuk Sbp/mrsm.... and dia mmg aim for jadi top student in every exam to achieve this. Tak payah i brainwash and tak payah leter pun. I mmg nak anak2 ada matlamat dalam hidup walaupun at a young age.
Tapi kan.... agree with you. If anak tak minat, jgn paksa. But as parents, kita mesti beri support pada anak. And i dapati parents yg merungut abt the system here, are parents ygbenar2 memahami perasaan anak2 yg frust bila mereka cemerlang tapi tak terpilih. And when tat happens, saya ckp pasal diri saya la..... i feel like I'm a failure. That i let my child down. Itula sbbnya kami beriya2 sgt.
caramel
Kalau anak dah tulis kata kata perangsang nak ke sekolah SBP any where everywhere dah menunjukkan kegilaan dan minat mendalam. Ikot kata cikgu dan masuk segala macam koko , activ sukan dan excelent dlm akademik..semata mata nak mengejar impian. Ada yng fanatik siap g sekolah SBP yg dia minat tu ambik gambar depan pintu utama...tip tup semua dah buat semua dan lakukan tapi x dapat jugak...budak budak..hati dia orang pun terguris.
Apa pun, tawakal pada Allah
Assalamualaikum,
Saya masih ingat lagi pada meeting muafakat MRSM sekolah anak saya di mana ada ibubapa kepada murid yang rumah mereka terletak sama bandar atau daerah dengan maktab meminta kebenaran pengurusan maktab untuk membenarkan anak-anak mereka balik setiap minggu untuk diberi tuisyen kerana prestasi anak mereka merosot di sejak tingkatan satu. Permintaan ditolak oleh pengurusan maktab. Pada pendapat saya, pelajar yang 'benar-benar' bergantung kepada tuisyen untuk catch-up dlm matapelajaran ketika darjah 4 hingga 6 atau tingkatan 1 hingga 3, kemasukan mereka ke sekolah SBP dan MRSM kekadang merupakan satu 'smash' kepada mereka kerana mereka benar-benar terpaksa berdikari. Ada yang tersungkur di dalam PMR atau SPM disebabkan faktor tersebut.
Berdikari tu mmg asas sekolah berasrama tp kalau mutu & deikasi guru2 kurang baik, budak2 dalam kelas belajar pun tak faham, macamana berdikari pun anak2 tu, payah untuk mereka.
Kalau maktab tolak, maktab kena buat post-mortem kenapa pretasi budak2 ni menurun. Mungkin kekurangan tu dari maktab sendiri bukan 100% salah budak2. MRSM2 yg bagus2 prestasinya ada berbagai kaedah untuk membantu pelajar2 yg agak ketinggalan. Antaranya sistem mentor-mentee sesama pelajar. Pelajar yg cemerlang jadi mentor pada pelajar lain dalam kumpulan yg kecil (4-5 orang satu kumpulan). Selain tu, ada macam2 lagi lah kaedah yg maktab jalankan untuk memasti kan semua pelajar sama2 cemerlang. But then again, its all up to teh pengetua I suppose. Untunglah mana2 maktab yg dapat pengetua yg tinggi dayasaing, tinggi initiatif nya.
Ron,umie,dll
mungkin pelajar2 ni memang kurang layak masuk kot, sebab merosot sejak Form 1 lagi, so too early to blame maktab. that's why kena pilih pelajar betul-2, jgn main cable coz pelajar2 yg kurang layak ni boleh bagi negative impact on maktab's image. Berdikari mmg asas, kena juga pandai juggle time between studies, dan pelbagai aktiviti lagi yg memang banyak di SBP/MRSM. Pelajar yg layak bukan boleh score over 90% je dlm UPSR tapi boleh tinggalkan kelas berhari-2 sebab pergi practise atau lawan bola jaring, atau pergi practise berpidato dgn cikgu, pergi lawan bercerita sana-sini.. tapi kerja sekolah tetap tip-top. mungkin jugak sebab itu some of these gifted students kena gi tuition jugak to compensate all the missing formal classes at school. Bukan lah nak mengata, tapi kawan anak saya yg dpt MRSM ni, a few days before exam, dtg rumah pinjam buku penulisan anak saya nak fotostat sebab tak pernah dpt A dlm apa-2 periksa BM sebelum ni, selalu buat lawak aje bila buat karangan yg cikgu suruh. He didnt get 5As dlm trial UPSR. So fikir sendirilah kenapa ada prestasi pelajar Form 1 tak memuaskan.
Ron,
duduk rumah memang lebih selesa, but you know 'no pain, no gain'. kat asrama, tak ada siapa nak cuci baju, kasut, stokin, kemaskan katil, lap habuk, kena gotong royong cuci toilet sendiri. All these ketidakselesaan dpt memupuk jati diri seseorang pelajar supaya dpt menjadi khalifah Allah. after all, that is why we are 'here'. Memang ada baik buruk sekolah asrama sebab sbp ni mcm-2 type jugak. Tapi pendapat saya, aktiviti pengisian rohani secara berterusan di asrama boleh membentuk akhlak peribadi seseorang pelajar, sembahyang berjemaah, usrah, kuliah subuh, tazkirah, zikir-2 lepas solat tu, sedikit sebanyak membantu anak-2 ni utk lebih bersedia utk alam dewasa mereka yg kita semua tahu bagaimana. Bila anak-2 remaja di rumah, kebaikkannya kita sentiasa dpt berkomunikasi dgn mereka, so harap-2 anak x terpengaruh dgn gejala2 yg tak sihat sebab skolah harian ni mcm-2 background manusia, ramai yg tak de matlamat hidup. Anak saya sekolah petang, risau juga bila takde aktiviti di sebelah pagi, lebih-2 lagi, akademi fantasia dah nak start kan? (x surelah) :) belum lagi internet activities like chatting, blogging (emmm..) etc. bukannye tak boleh, tapi the drawback is byk peluang dan masa yg boleh ditersalahgunakan, so memanglah saya prefer anak di boarding school, same as my daughter's wish.
Kakcik,
Salamu Aleykum, macamnan cara mrsm menempatkan calon pelajar. kan apa, kawan se asrama smkas anak saya berasal dari kluang johor. dapat mrsm kat Kedah. kesian dia terpaksa melepaskan tawaran tersebut.
hassnan5,
Mrsm dah ikut sbp. Hantar pelajar paling jauhpun negeri bersebelahan. Tahun ni pelajar disuruh isi 5 mrsm yg jadi pilihan. Ini juga di ambil kira.
Having said tat they admit tat there are cases yg students hantar nun jauh.... yelah bila pelajar awal2 dpt matchkan dgn mrsm berdekatan.... pelajar yg nama ujung2 pulak hanya boleh dimatchkan dgn the mrsm yg masih kosong la.....
saya cadangkan jangan lepaskan tawaran. Pergi jumpa org mara beritahu masalahnya. Mereka prihatin hal ini cuma kadang2 tak dpt dielakkan..
fyi saya dulu.... dapat mrsm kuantan.... my father pergi jumpa org mara (against my wishes sbb mrsm kuantan dekat beach... i like) and tup2 dpt surat suruh i daftar di mrsm berdekatan....
no harm trying....
Betul tu, jangan lepaskan tawaran. Pergi dulu, InsyaAllah... akan di permudahkan. Zaman ni pun perhubungan awam dah semakin baik kan. Bukan macam zaman saya dulu, dari kuantan (ya caramel, saya dulu di MRSM Kuantan..:)) sampai ke selatan naik bas tak ada aircond. Sampai rumah, legam muka dengan habuk/debu dsbnya.
Membaca komen2 disini, saya terfikir yg mungkin MARA mmg memilih bukan yg tersangat cemerlang sbb MARA nak membantu lebih ramai bangsa kita supaya lebih berdaya saing. Yg sangat cemerlang tu, mmg akan terus bersinar walaupun bersekolah biasa. Malah akan jadi contoh untuk rakan2 lain. Yg dalam 50-80% kecemerlangan koko nya, mungkin MARA nak give that extra push. Jadinya yg mmg sangat cemerlang secara semulajadinya campur dengan yg menjadi cemerlang atas bimbingan MRSM, maka akan lebih ramai lah bangsa kita akan cemerlang dan tinggi daya saing. Yang menang lebih ramai bangsa kita juga kan. Wallahualam...
Kalau ada pun yg guna kabel saya rasa tidaklah pelajar2 ni saja yg jadi punca merosotkan prestasi maktab. Lagipun berapa ramailah dari 6 ribu yg MARA ambil tu yg guna kabel. Banyak lagi sebab2 dan tekanan2 lain yg mungkin menjejaskan penumpuan dan penerimaan anak2 tu. Sbb tu maktab kena sentiasa perihatin dan sentiasa buat pemantauan rapi terutama budak2 form 1 ni. Berbagai golongan dan jenis yg masuk MRSM ni. Bukan semua dapat menyesuaikan diri dengan mudah. Masa zaman saya, ada yg kalau ikutkan lagi sangat cemerlang pelajar ni dlm pelajaran dan koko masa sekolah rendah, badan pun tinggi lampai sbb pemain netball banding kami orang kampung yg macam tak cukup vitamin ni, tp tiap hari menangis pada minggu pertama. Padahal rumah tu Taman TAS Kuantan saja. Tp dengan sokongan dari rakan2 lain yg kecik2 ni lah, orang kampunglah pulak tu, Alhamdulillah dia ok. Jadi banyak faktor, cemerlang akademi & koko bukan jaminan ketahanan mental & fizikal duduk sekolah asrama.
At the end of the day, saya berpegang pada pendapat yg sama dengan pak teh, ni soal rezeki, qada, qadar dan apa yg Allah tentukan. Anak2 kita dah berusaha jadi yg paling cemerlang, kita pun dah berusaha bantu yg termampu & terdaya sebagai ibu & bapa nak beri peluang mereka ke SBP/MRSM, sampai sanggup ke dua tiga sekolah hantar rayuan (saya ambik cuti bertawaf dari putrajaya ke cheras ke moe untuk hantar surat rayuan w/pun saya agak2 mmg tipislah peluang sbb anak saya bukan 100% cemerlang koko, tp sbb anak, usahalah jugakan), at the end of it, its "kun faya kun". Jadi dalam ketidakpuasan hati kita, cuba cari ruang untuk redha dan berlapang dada sbb adalah perancangan Allah untuk anak2 ni, InsyaAllah. Kadang2 terlalu banyak kurniaan yg Allah bagi pada kita, otak yg semula jadi pandai, cerdas, lidah yg fasih, badan yg sihat, kadang2 adalah yg Allah tak bagi satu dua dan bagi pada orang lain pulak. Allah nak bagi rezeki pada orang lain pulalah agaknya. Usaha atas kita, kurnia atas NYA.
Just to update, saya call SBP yg anak saya pergi temuduga untuk tanya samada kalau terima tawaran MRSM, nama secara auto gugur dari ambilan ke dua SBP. Sekoalh pun tak dapat jawab sbb mereka tak pasti. Ni semua kerja moe katanya. Saya cuba juga moe berkali-kali tp tak dapat2. InsyaAllah kalau saya dapat maklumat lanjut, saya akan kongsi di sini sbb ada yg bertanya kan.
anna.
ana baca post post kat sini buat ana terharu ngan keprihatinan mak bapa dalam menyekolahkan anak anak...
anak ana tak dapat mrsm. actually anna and husband mmg confident dia leh dapat memanndangkan dia lelaki dan di sekolah dia dua orang lelaki aje dapat 5A. Kalau compare jawatan anak, prestasi pelajaran and sukan dia mmg confident. tapi bila keputusan kuar anak ana tak dapat...dia redha..tapi bila dia tau yang kwn dia yg sorang lagi dapat mrsm...terus dia nangis. Even GB and PK pun ckp..my son is better than kwn dia yg dpt tu. ... Jenuh ana kena nasihat my son..apa pun kita kena balik soal rezeki dan qadha dan qadar....
Ana cuba buat rayuan...silap ana gak masa SBP ana just buat e rayuan and tak buat rayuan ke sekolah SBP itself sbb confident dia dpt mrsm....doa agar dia dpt second intake, so that dia dapat join kakak dia.
Ana ada ckp kat anak mayb dia tak dapat mrsm kalah ngan kawan dia sbb syarat 45%..then dia tanya ana..kawan dia nye mak keje apa...ana cakap laa mak si polan keje kilang.
Then my son ckp...nape ibu tak keje kilang aje...senang anak-anak ibu dapat MRSM..alahai pemikiran budak-budak. Kesian dia kan
umie... wah... u mrsm kuantan yer.... takde rezeki kita jumpa kat sana yer? itupun kalau age kita lebih kurangla....
Anak you takdpt mrsm ke? you ahli ansara tak?
umie, yg saya tahu, mara punya pemberian markah ialah ses 45%, result upsr 25% dan koko 30%.
kalau anak 5A, sure dapat 25% kut. And you boleh kira sendiri koko anak you.... u can check balik kat borang computerized yg you hantar tu, entah apa nama borang tu. nak kira ses saya tak paham pulak.
anna.... hehe keje kilang pun ada yg gaji 5 figure tau....
asm wbt
Wah, Di Betong Sarawak, UPSR 3A 2B boleh dapat mrsm?
Tuan-tuan dan puan-puan boleh pakat ke sana untuk rayuan 2nd intake.
salam.. just to share with you all, kakcik ada browse something about JPA scholarship after SPM. Apa yg boleh disimpulkan, the competition is getting very very tough, since all races are in the game but within given quota. For them, JPA scholarship is considered the best becoz it can send you oversea without paying any single ringgit. From what I observed, advantage is given to those studying in SBP/MRSM. i guess this maybe still true becoz during my time spent overseas, Malay students there with full-biasiswa came from SBP/MRSM. I am just wondering if Pakteh or sesiapa have some statistics on students from sek harian yg berjaya win the JPA scholarship. At least, if there is no difference to opportunity given after SPM, it is a big consolation to those left in sek harian.
salam.. nk tnya, 2nd intake sbp ada interview ke? ank sya x pgi interview. yg saya tau daftar untk sbp f4 2nd intake 23mac ni.anak saya dpt SBPI pekan, tp dia x pegi. so sya nk tkr ke sbp yg dkt dgn rmh, saya dh g KPM, mrk kta tggu 2nd intake 23mac ni, jgn daftar SBPI, kalu daftar makna dh x bole tkr sbp lain. sya mula serbasalah, takut x pegi sbpi 10feb, tnggu yg 23mac nti dua2 melepas.
salam, nk tnya 2nd intake utk sbp f4 ada interview ke? dh interview ke? yg sya tau 2nd intake tu 23mac ni.. ank sya dpt SBPI Pekan, tp dia x mau pegi.. dia nk sbp yg dkt2 uma. dh pegi kpm, mrk kta, jgn daftar sbpi, nti dh x leh tkr sbp lain. sya serbasalah, x daftar sbpi 10feb ni nk tnggu 23mac takut dua2 melepas... apa pndpt kwn2?
@tinta: sy rasa lebih baik daftar je 10feb. Jgn sampai yang dikejar x dpt, yang dikendong keciciran. ramai lg yang nak tp x dpt... anak tinta 2 dah cukup bertuah. lainlah kalau dia mmg x kisah kalu x dpt pun.
ada yang di dlm internet ada anma, tapi sampai sekarang surat tawaran x sampai.
Bila pula SBP 2nd intake ?
Salam semua..
Caramel/Tinta - dapat, anak umei dapat MRSM Pasir Salak. Tu sbb umie kata semua ni kurnia dan rezeki dari Nya. Kalau ikut, 25% tu auto lah kan. Koko tu tah tak tau berapa peratus. Tp yg 45% tu mmg kalau ikut Out. Sungguh... tp agaknya dah mmg rezeki dia. Bila dia dapat & kawan2 lain tak dapat, umie terpk juga Allah bagi rezeki ni agak mudah, esok lusa tak tahu apa dugaanNya kan. Apa pun, umie berbalik pada rezeki.
Maaf umie lambat nak update esp to Tinta. Umie check dengan kementerian jumaat lepas, mmg kalau dah dapat MRSM, nama anak automatically akan digugurkan dari tawaran ke 2 intake SBP. Sbb MOU antara MARA/Kementerian mmg dah macam tu ie tak boleh dapat 2 tawaran. Sama dengan SBPI, kalau dah dapat, MRMS tak dapat dah. Wallahualam..
Jd umie hantar lah anak mendaftar di MRSM Pasir Salak. Ni umie nak update - dari 144 orang mendaftar tu sampai ke petang, tak silap umei ada 30 yg tak datang (Form 1 ya). So mmg ada ruang untuk yg buat rayuan tu. Umie cadangkan, sertakan lah surat sokongan sekolah (mmg sijil dah banyak tp minta jasabaik gurubesar bagi satu lagi surat sokongan (umie dulu, sendiri karang, tp tidaklah menokok tambah cuma semua aktiviti2 anak tu karang dalam ayat mudah di baca, pas tu minta GB sign saja). Pas tu kot kalau dapat pergilah hantar sendiri berjumpa dengan kerani2 kemasukan tu. Adalah kawan umei nasihat kakak dia dulu nak sangat anak masuk MRSM, mmg dia follow up closely dengan kerani kemasukan. Bukan merasuah atau bg imbuhan tp menunjukkan kesungguhan. Mmg umie tahu payah kita nak buat sbb semua bekerja tp mana tahu kalau dah dapat nama pun, jadilah f/up dengan phone.
Umie terpk juga nak transfer dia ke MRSM lebih dekat (rumah ke PS dalam 2 jam lebih sikit, nak melawat tiap minggu mmg sakit juga rasanya) tp memikirkan ramai lagi yg menanti untuk kemasukan, umie pendamkan sajalah niat tu. Nanti takut jadi sampai tak mensyukuri nikmat pulak, dah dapat tak puas2 hati. Lagi pun mmg tak ada alasan selain nak dekat dgn rumah. Tak apalah, harap dia ok & tabah di sana, InsyaLlah. Doa umie sebelum tidur malam tadi semoga ALlah meringankan sarat kerinduan dia pada keluarga (mmg di sangtt rapat dgn umie/suami & adik2 nya) dan pindahlah segala kesusahan2 dia tu pada umie.
caramel - umie dah tualah. SPM86.
abg khair - mmg di Sabah/sarawak minimum cuma 3A saja.
Kak Cik
On a very minute scale of comparison - Zaman masa umie di oversea dulu, dari 12 orang yg ambil kursus yang sama, 1 saja dari MRMS (umie lah tu), 3 SBP. Lagi 8 sekolah biasa. Again out of 12, 6 pinjaman MARA, 6 MOE. Yg pinjaman MARA tu semua 6 orang kami dari ITM (umie keluar MRSM masuk ITM, umie berhenti dari kolej persediaan MARA sbb nak merasa hidup "luar" dari keluarga/kelompok MARA/MRSM). 6 lagi semua yg pergi ke kolej persediaan MARA di Seremban masa tu.
Tp tu cerita 18 tahun dulu lah. La ni tak sure statistiknya. Mcm kata kak cik, teh competition become very2 stiff and scary.
Pakteh, result PMR saya 6A 2B. Subject English, Science & Maths mmg saye sentiasa A dri dlu lg. Hehe.. Saye ade mintak SBP tpi x mintak la plak MRSM for some reason. Of course, la x dpt. Saya bru je wat e-rayuan utk SBP. Interview utk 2nd intake bile plak? Keputusan 2nd intake pon bile?
ANNA, saya pown dlu dpt 5A dlm UPSR. Aktiviti kat skolah rendah dlu sume saye aktif! Wakil skolah pertandingan melukis, wakil skolah kuiz, byk kali wakil skolah dlm sukan, olahragawati skolah, etc. Fikir balek, saye mmg hebat la dlu. Tpi saye x dpt pown MRSM & SBP. Tpi saye x kesah la dlu, bkan nk pegi pown. Haha.. Tpi 3 of my friends kat skola rndah dlu boley dpt plak SBP! Dorg dpt 5A jgak UPSR tpi mmg x aktif lngsung la dlm sukan & stuff kat skola dlu. x prnah wakil skolah dlm pape pown. And then my parents ckp klau drjah 6 ni susah nk dpt MRSM & SBP sbab dye tngok jgak career parents. 3 org kwn saye tu dorg mmg anak org susah. And then, mse tu la saye phm. Haha.. Klau nk jgak MRSM or SBP, kena hope for PMR nnti la!!
Ni saye PMR x dpt jgak! Hahaha.. cuz kat skola mnengah ni dh x aktif plak dlm sukan cuz skolah ni mmg cikgu2 nye x bgi peluang lngsung! Tmbah lg, masalah transport, nk dtg skola utk training pown susah! Hadoi. Lpas tu plak, makin lme jdi malas, dpt la 6A 2B PMR. Mmg regret giler lah!! >.< Mse dpt result tu, trus nangis!! That is DEFINITELY my life's BIGGEST regret! I will keep on regretting no matter how hard I try not to :'(
di sabah kalau result 3a 2b pun tak dapat mrsm.Kawan-kawan anak yang dapat 5a pun tidak dapat masuk.Kalau result PMR sama juga . kalau setakat 5a susah sikit kecuali lelaki atau anak polis/tentera.
says;
moga-moga, dapat tawaran this year untuk masuk..
INSYAALAH..
5A!
assalamualaikum... emm... apa beza SBP dgn MRSM??? saya dpat sbp hulu selangor.... tapi saya nak mrsm.... mcm mana ni?? apa patut sya wat??? bleh mohon mrsm x??? saya dah ambil exam UKKM di seremban.....
Post a Comment