| 1 comments ]

Akhirnya berita mutakhir tentang tawaran opsyen pencen bagi kakitangan yang telah memilih KWSP telah disiarkan. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 19 Tahun 2008 dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini

Pekeliling ini lengkap dengan siaran, lampiran, borang serta perbandingan jelas antara skim KWSP dan Skim Pencen untuk diteliti oleh semua kakitangan awam terlibat. Taklimat khas berkaitan pekeliling ini akan diberi oleh semua ketua jabatan. Opsyen tersebut ditawarkan kepada anggota tetap yang telah memilih Skim KWSP sebelum 1 Januari 2009 dan telah disahkan dalam perkhidmatannya sebelum tarikh itu.

Antara perkara penting berdasarkan pekeliling tersebut: 
  1. Tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi maksud pengiraan faedah persaraan (pencen dan ganjaran) ialah mulai tarikh lantikan pertama anggota dalam perkhidmatan sehingga anggota berkenaan bersar atau dibersarakan.
  2. Walau bagaimanapun, apa-apa caruman KWSP syer Kerajaan/majikan serta faedah yang terakru bagi mana-mana tempoh perkhidmatan yang diambil kira hendaklah dibayar balik kepada Kerajaan.
Untuk makluman lanjut, boleh download Surat Pekeliling berkenaan di sini.

Kepada semua kakitangan awam terlibat, bacalah dan telitikan semua implikasi dalam lampiran pekeliling sebelum membuat keputusan dan mengisi borang-borang berkaitan tawaran berkenaan. Selamat maju jaya.

Related Posts by Categories



1 comments

Yu. Cikgu Pak Malau said... @ 2:34 PM

sampai sekarang tak dengar berita pasal opsyen semula ni. Dulu masa suruh sain kalut sangat sampai tak dan nak pikir, dah sain buat lambat plak.... hat mana yg sain dah tak sabaq nak kluar duit kwsp... he he he kwsp tak dak duit kut pasai ramai sangat.... krjn nak pakai duit... ekonomi meleset la nih.... gula pun tak dak plak

Post a Comment