| 3 comments ]

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan baru-baru, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran. 

Ini menyebabkan permohonan ke MRSM & SBP, antara sekolah yang amat diharapkan oleh semua calon bumiputera dan ibubapa telah meningkat. Namun begitu saingannya amat sengit kerana tawaran tempatnya amat terhad. 

Untuk sesi pengajian 2009, SBP menyediakan ruang lebih luas untuk kemasukan Ting. 1 iaitu sebanyak 6,100 tempat. Berbeza dengan MRSM, ianya lebih sengit. Terdapat sejumlah kira-kira 23,000 permohonan berbanding cuma 5,320 tempat di MRSM bagi kemasukan Tingkatan 1 dan 4 untuk sesi pengajian 2009 di seluruh negara. Fikir-fikirkan..

Menurut Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin, kerana faktor tempat yang terhad menyebabkan hanya pelajar yang benar-benar berkualiti saja layak memasuki MRSM bagi memastikannya kekal sebuah institusi yang unggul. 

Surat tawaran melanjutkan pelajaran ke MRSM akan diedarkan pada pertengahan bulan Januari dan pemohon yang berjaya perlu melaporkan diri di MRSM seperti ditawarkan pada penghujung bulan yang sama. Keutamaan adalah kepada murid luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka yang kekurangan kemudahan pendidikan berbanding dinikmati penduduk di bandar.

Permohonan kali kedua hanya boleh dibuat jika adanya kekosongan selepas proses pendaftaran kemasukan pelajar baru selesai dilakukan. Pemohon boleh membuat rayuan kerana kalau ada kekosongan MARA akan menawarkan tempat di MRSM. Kebiasaannya akan berlaku banyak kes pelajar menolak tawaran yang kita berikan.

Semoga berjaya!

Related Posts by Categories



3 comments

Unknown said... @ 7:17 PM

mcm mana sy nak dptkan surat twrn ke mrsm mukah? sy sepatutnya mendaftar pd 10/2/2009, tp sampai sekarang sy blm dpt surat twrn

umie said... @ 11:37 PM

imvu, mungkin lamabt sikit sbb tarikh surat tawaran 28 Januari. Saya baru terima hari ni. Sebaiknya, cuba tanya pejabat MARA berdekatan samada mereka boleh emial softcopy dokumen2 penting dulu spt syarat2 twaran & persiapan2 yg perlu. Borang2 lain, dapat lamabt sikit pun tak apa, masih ada masa.

Amir Sabrin Mohammad Ali said... @ 7:04 PM

tu lar,sy berasa pelik kenapa mara / kpm lambat hantar surat tawaran.dowang ada masalah apa??

Post a Comment