| 2 comments ]

KAPAR, 11 Dis (Bernama: 21:18PM) -- Harga runcit petrol RON97 kekal RM1.90 seliter jika harga minyak mentah dunia tidak melebihi AS$83 setong, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

"Kementerian sedang merumuskan mekanisme untuk mengekalkan harga RON97 pada kadar RM1.90 seliter sekarang dan saya boleh beri jaminan yang tiada kenaikan jika harga minyak mentah dunia turun di bawah US$83 setong," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen penurunan harga pasaraya Econsave Cash and Carry di sini.

Kempen itu melibatkan 2,120 produk dan akan berlangsung sehingga 28 Feb tahun depan di semua 20 cawangan pasaraya syarikat itu di seluruh negara.

Shahrir berkata permintaan bagi petrol kini dipacu oleh keadaan domestik dan kementerian akan mencari jalan untuk membantu pengguna untuk mempunyai pendapatan yang boleh dibelanjakan.

"Isu sebenar di sini ialah apakah harga yang sepatutnya supaya pengguna mempunyai lebih banyak wang untuk berbelanja dan menyimpan dan berapa banyak yang perlu diperuntukkan untuk pembangunan kerajaan dan tujuan lain," katanya dan menurutnya kerajaan sedang dalam proses mendidik pengguna mengenai rasional disebalik penurunan harga petrol baru-baru ini.

Katanya mekanisme yang dicadangkan untuk menentukan harga minyak akan dikemukakan ke Kabinet dalam mesyuarat esok atau minggu depan.

Persoalannya:
Bukankah harga minyak mentah dunia sekarang di bawah AS$50 ?
Sebelum peningkatan mendadak harga petrol Malaysia pada Jun lalu, kerajaan menanggung subsidi. Sekarang, di mana 'keuntungan kos subsidi yang tidak ditanggung lagi' itu berada, dan ke mana ianya dibelanjakan?

Related Posts by Categories



2 comments

Anonymous said... @ 1:31 AM

sekarang ni kita yang bagi subsidi kat kerajaan. Bukan kerajaan yang beri subsidi. Harga minyak kt pasaran lagi murah dari RM 1.50 seliter.

Ini lah kerajaan BN, kalu dulu masa bulan julai, sbb harga minyak naik mendadak, naik sampai 70 sen, seliter. Sekarang minyak turun mendadak, lmbat la pulak nk turunkan harga minyak. !!!!!!

PakTeh said... @ 10:49 PM

rasanya kerajaan sekarang amat berhati2. Bak kata pepatah: "biar lambat asal selamat". :D

bagaimanapun, 'dikatakan' RM 16juta sehari 'dikumpul' hasil keuntungan 'tak beri subsidi'.

kalau penduduk M'sia ada 30 juta, sehari rakyat boleh dapat RM0.50 sorang. dan macam2 lagi bentuk kiasan lain yg dibicarakan orang. :)

Post a Comment