| 0 comments ]

Sehingga 10.30 pagi ini, keadaan banjir di Kelantan semakin pulih dengan drastik dengan hanya 606 mangsa banjir di pusat pemindahan pagi ini berbanding 1,691 orang semalam. Hanya lapan pusat pemindahan masih dibuka dengan Tumpat (444 orang) dan Pasir Mas (162 orang). Ini berikutan cuaca panas di negeri itu semalam yang menyaksikan hujan turun sekali sekala.

Di Terengganu, banjir di Kuala Terengganu pagi ini masih teruk sementara di Marang hampir pulih sepenuhnya. Jumlah mangsa di kedua-dua daerah adalah seramai 1,715 orang, iaitu 1,685 di Kuala Terengganu dan 30 di Marang. Sembilan pusat pemindahan masih dibuka di Kuala Terengganu dan tiga di Marang.

Keadaan banjir di Marang dijangka pulih sepenuhnya pada bila-bila masa memandangkan hujan telah berhenti dan cuaca begitu baik sejak semalam. 13 batang jalan yang ditutup kerana ditenggelami air sedalam antara 0.5 meter hingga 1.5 meter dua hari lepas kini telah dibuka semula.

(Sumber: InfoBanjir Bernama : 12.11PM) - Moga2 musim banjir segera berakhir.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment