Kisah asal-usul NESCAFÉ menghimbau semula ke tahun 1930, bila kerajaan Brazil mencabar Nestlé untuk mencipta sejenis minuman berasaskan kopi yang dipermudahkan untuk orang ramai, sekadar ditambah air sahaja namun tetap mengekalkan perisa asli kopi berkenaan.
Setelah 7 tahun kajian oleh pakar kopi Max Morgenthaler dan sekumpulan pengkajinya berbangsa Swiss, muncullah NESCAFÉ dan kehebatannya diperkenalkan ke seluruh dunia dengan pelancaran rasmi di Switzerland pada 1 April, 1938.
Bagaimana nama NESCAFÉ muncul? Ianya adalah gabungan "Nestlé" dan "cafe". Nestlé adalah nama syarikat konglomerat makanan & minuman antara terbesar di dunia manakala NESCAFÉ pula salah satu hasil produk keluarannya.
Semasa Perang Dunia Ke-2, kopi segera ini menjadi minuman asasi bagi angkatan tentera Amerika Syarikat, dan sejak itu, popularitinya menjulang. Pada dekad 1950an, kopi menjadi minuman bergaya bagi generasi muda Rock & Roll yang memasuki kedai-kedai kopi yang semakin popular di US ketika itu.
Hari ini, NESCAFÉ adalah jenama kopi yang paling diminati di dunia. Di United Kingdom sahaja, mereka minum 15000 cawan NESCAFÉ setiap minit. (Sumber: IRI 52 w/e 24 Mac 2007).
Terdapat lebih kurang 60 spesis kopi tetapi Arabica dan Robusta merupakan dua spesis kopi istimewa yang ditanam untuk komersial. Robusta dengan ciri perisa yang kuat dan keasidan yang rendah, ditanam kebanyakannya di Vietnam, Brazil dan Indonesia. Manakala Arabica pula terkenal dengan aroma penaik selera dan keasidan sederhana, ditanam di Brazil, Columbia, Ethiopia, America Tengah, Mexico, India dan Africa Timur. Bagi memastikan kualiti perisa dan aroma unik yang konsisten, pakar-pakar Nescafe mencampurkan (blend) kopi Arabica dan Robusta dari ladang kopi terbaik di dunia.
Untuk rujukan lanjut, rujuk laman web Nescafe, England. Kenapa PakTeh minat sangat masukkan entri ini? Hehe.. sebab PakTeh 'hantu' Nescafe! Sehari entah berapa teko..
0 comments
Post a Comment