| 4 comments ]

Semalam kita digemparkan dengan blog wanita hina nabi. Dikatakan beliau memaparkan lukisan dan tulisan penghinaan terhadap Rasulullah s.a.w. Dalam TV semalam, blog itu berbahasa Melayu serta mengandungi foto, biodata malah nombor telefon sekali. Setelah dikesan, nombor telefon berkenaan adalah sebuah syarikat permotoran besar di Lembah Kelang. Ternyata kisah ini mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia.

Berikut adalah foto blog beliau..


PakTeh pun tak sempat melihat apa di dalam laman tersebut. Ini kerana laman blog tersebut telah dibuang oleh pemiliknya.

Blog has been removed

Sorry, the blog at adibahahmad.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs.

Pagi tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri dan polis mengambil tindakan segera. Menurutnya, perkara itu tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia akan menimbulkan masalah besar dalam negara ini. 

Tetapi kisah lebih terkini, wanita yang terpapar pada laman blog itu telahpun menemui Menteri Penerangan 2 minggu lalu dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya. Ini diakui oleh Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam laporan Bernama petang tadi bahawa wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam blog berkenaan bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.

Wanita itu mengesan kehadiran laman blog yang menggunakan nama serta identitinya itu beberapa bulan lepas dan telah membuat laporan polis serta Suruhanjaya Multimedia (MSC) untuk mengesan pihak bertanggungjawab. Menteri Penerangan mempercayai wanita itu tidak bersalah. Katanya, wanita itu kini dalam tekanan mental dan fizikal.  Tetapi, yang PakTeh pelik tu, 'pemilik blog' itu berdaftar dengan Blogger pada Disember, 2008. Macam mana dia dah kesan blog itu sejak beberapa bulan lalu?

Wallahu'alam. Apa-apa pun semoga penulis 'sebenar' blog itu bertaubat segera.. sebelum dihukum di dunia dan di akhirat.

Related Posts by Categories



4 comments

emy said... @ 9:05 PM

terlajak perahu boleh diundur, semoga yg melakukannya sudah insaf dan kembali ke pangkal jalan, sesungguhnya allah maha pengampun, hu

PakTeh said... @ 8:02 PM

@mizan: betul tu.. ada pandangan kata ianya angkara al-kafirun. ini musuh yang nyata. tapi lebih buruk jika ianya oleh al-munafiqun. ini musuh dalam selimut! hrm..

mozac said... @ 7:37 AM

Dalang org yg wat blog ni bukan org Islam (spekulasi).. Sy sempat tgk blog ni n penuh dengan gambar menghina nabi.. Komen2 pengunjung datang bertalu2 dan nampaknya misi pembuat blog ni tercapai yakni menaikkan kemarahan org Islam di Malaysia khususnya..

PakTeh said... @ 5:59 PM

@mozac: dengar tu begitu juga. zaman akhir zaman ni nabi kata 'zaman fitnah'. penuh cubaan. kita perlu banyak berhati2, bersabar & bersyukur.

Post a Comment