| 49 comments ]

Calon-calon UPSR tahun 2008 boleh menyemak permohonan anda di laman Aplikasi Semakan Pencalonan Ke Tingkatan 1 SBP 2009. Masukkan angka giliran UPSR 2008 dan tekan Semak

Setakat ini, belum ada keputusan tawaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia untuk ke Ting. 1 SBP sesi 2009. Saya akan cuba update-kan bila masanya maklumat rasmi diperolehi.


UPDATE!! Keputusan dah keluar pada 20 Disember, 2008.

                               >>>   KLIK  SINI ke ENTRI SEMAKAN TAWARAN SBP T1 2009.   <<<
                      


Related Posts by Categories



49 comments

Anonymous said... @ 2:19 PM

bila boleh tau eik

PakTeh said... @ 11:19 PM

-> Anonymous: apabila pengumuman rasmi dibuat, semakan boleh dibuat online. jangan terkejut jika surat tawaran dihantar lebih awal dari semakan online :) seperti 2008.

Jannah said... @ 2:40 AM

erm
mak saye kerja di sbp
kate kawannye 18 dis kot dah keluar
betul ke dah keluar??

Katrina Nur Safra said... @ 9:50 AM
This comment has been removed by the author.
6Am@N@h_2008 said... @ 3:45 PM

bile tarikh sebenar keputusan klua erk?

PakTeh said... @ 12:25 PM

-> @^_^HuNnY ; Katrina Nur Safra ; 6am@N@h_2008

20 Disember setelah pengumuman rasmi oleh Kementerian. Semakan MRSM hujung Jan atau awal Feb 2009.

Anonymous said... @ 11:01 PM

assalamualaikum Pak Teh, adik saya dapat 5a dalam upsr this year. tapi tak dapat mana2 tawaran SBP. saya dah buat eRayuan. Cuma belum buat surat rayuan kepada pengetua SBP. kalau dah buat rayuan, berapa percent chances utk dia dapat ye.

PakTeh said... @ 4:41 PM

-> @ahmad zahir: 50-50.

adalah sukar calon yang layak masuk sbp untuk menolak tawaran tersebut, tetapi tidak mustahil pula ianya boleh berlaku. sekadar untuk difikirkan: adakah rayuan dengan serahan tangan sama dengan rayuan yang dipos sahaja? ada beza rasanya.. semoga berjaya.

Anonymous said... @ 9:26 PM

InsyaAllah saya akan cuba buat serahan tangan. Doakan adik saya ya pak teh. dia sedih sangat tak dapat.

PakTeh said... @ 10:02 PM

salam zahir. semoga usaha, doa & tawakkal diberkati Allah.

kakcik said... @ 10:30 PM

salam, test

kakcik said... @ 10:36 PM

salam pakteh, anak sulung saya dpt 5A, ketua pengawas ekolah, tokoh akademik, aktif koko, byk masuk pertandingan, sijil2 pun byk, tapi tak dpt tawaran whereas another girl yang very passive at school dpt STF JB. as a mother i feel disappointed and sad becoz anak saya berharap sgt. my next hope is mrsm, kalau tak dpt jugak, i think sth wrong with the system. dah buat e-rayu, bila boleh tahu results rayuan tu? mrsm tunggu sbp second intake ke? sorry pjg sgt.

PakTeh said... @ 11:24 PM

salam kakcik.. saya faham perasaan anak itu, mirip anak saya tahun lalu. tapi tak apa, selain erayuan - cuba juga buat surat rayuan kpd pengetua sbp berhampiran. senarai sekolah berkenaan, klik sini. sekurangnya masih ada cara, dan sebaiknya serahan tangan :)

seperkara lagi, kalau ikut trend kemasukan 2008 lepas, tawaran sbp 2nd intake adalah selepas kemasukan mrsm 1st intake.

Unknown said... @ 4:11 PM

anak saya dapat 5A yang musykilnya tawaran temuduga ke mrsm agama baru sampai hari ini 24/12/2009 sedangkan tarikh temuduganya pada 22/12/2009. Adakah masih dtawarkan ke mrsm lain atau namanya akan disenaraihitamkan oleh mrsm... Tolonglah jawab

Unknown said... @ 4:17 PM

anak saya baru menerima surat temuduga ke mrsm agama pada 24/12/2009 sedangkan tarikh temuduga pada 22/12/2009. Jadi dia tidak berpeluang untuk menduduki t/duga itu. Apakah masih ada peluang lagi untuk memasuki mrsm atau pun telah disenaraihitamkan... Tolonglah jawab.. kesian anak saya..

PakTeh said... @ 11:33 PM

nareezal, salam. saya cadangkan agar telefon semula segera pada no. tel. rasmi yg ada pada surat panggilan temuduga itu. bangkitkan berkaitan kelewatan surat itu tiba, dan mohon jasa baik agar dapat gantian temuduga pada hari lain.

insya allah, semoga mereka pertimbangkan & semoga berjaya.

azmi said... @ 10:47 PM

Ternyata banyak penipuan butir-butir diri pelajar dimana rata-rata memberikan keterangan palsu terutamanya pendapatan ibubapa/penjaga. Kami ibubapa pelajar yang dalam ketogori pengurusan & profesional nampaknya kempunan untuk melihat anak2 ke SBP kerana krateria pendapatan. Bagi yang ada kabel besar-besar tak apa lah. Kalau mahu anak kita nak di terima ke SBP terpaksalah memberikan butiran yang anak kita tinggal dengan Datuk/Nenek yang dah bersara atau tak bekerja. Anak2 saya dari yang pertama sampailah yang ketiga UPSR semuanya 5A tapi hanya berputih mata tidak di terima mana2 SBT atau MRSM. Sedihnya mereka betapa malangnya menjadi anak2 saya. (Hanya Kelohan Untuk Pendoman Pihak Atasan)

Thar said... @ 6:50 PM

Mane pakteh?? Lame x comment..sy nk tnye nih..my question is,klau dh wat rayuan for rk,leh ke dpt mrsm or sbp?? sy ni rk pon x dpt.cm ne pulak la ngan mrsm or sbp.ntahla..pdhal sy top student kat skolah.tp sy x aktif sngt in koko but sy pen.ketua PSS.tp kwn2 sy yg lain sume dh dpt rk n smka..sy sdih sngt..hope spe2 leh jwb my question n my confussion.

PakTeh said... @ 7:50 PM

-> azmi: saya akui pandangan azmi itu. anak saya tahun lepas juga tak dpt sbp atau mrsm. bagi saya, itu bukan rezekinya. dan bagi saya, sebaik2 rezeki adalah yg halal.

namun begitu saya bersyukur dia belajar dlm situasi yg halal lagi bersih, tidak libatkan integriti buruk penipuan borang permohonan oleh penjaga, kabel dsb. Alhamdulillah.

yg penting, di mana juga sekolah, anak kita tetap mampu, mahu dan terus belajar. sedikit dorongan, Insya Allah mereka tetap boleh berjaya.

PakTeh said... @ 8:01 PM

-> Mokhtar: PakTeh minta maaf lambat reply, Blogger ni sistem recent comments dia lembap, dekat 12 jam baru kluar :(

kalau PakTeh tak silap, tawaran ikut urutan:
1. sbp 1st intake - Dis
2. rk / kaa/ smka 1st intake - Dis
3. mrsm 1st intake - Jan
-----------------------------
4. sbp 2nd intake - Feb/Mac
5. mrsm 2nd intake - Feb/Mac
6. rk / kaa / smka 2nd intake - Mac/April

yg penting; buat rayuan utk semua yg x dapat. kalau 'terdapat' 2 tawaran, pilih 1 & maklumkan pd pihak lagi satu yg kita tak akan masuk agar beri peluang org lain ganti tempat dgn segera.

ez said... @ 4:19 PM

salam...
biasenye yg ryuan utk sbp 2 sape yg plh, pgtue skolah c2 je ke ataupn kmntrian gak?klu bagi by hand ade chance ke?-ez

PakTeh said... @ 8:04 PM

@ez: salam. rasanya pgtua sbp berkenaan lebih tahu jika ada murid yang telah dicalonkan ke sekolahnya tetapi tidak berminat/menolak tawaran, setelah pendaftaran bermula. dia lebih tahu kekosongan tempat di sekolahnya, kan? juga dia akan lebih tahu siapa yg merayu sungguh2 utk mengisi kekosongan itu :) bgmanapun, surat tawaran tetap dr kementerian setelah mesyuarat penyelarasan semula kemasukan. (hanya sekadar satu andaian.. :)

faiz said... @ 10:24 PM

pakteh...saya nak tnya cket saya dpt 6A1B1C C dlm Bi tp sain ngan math saya A bleh msok sbp ke????

PakTeh said... @ 9:00 PM

@faiz: nampaknya syarat minimum bertanda ** tersangkut sedikit. tetapi tidak mustahil jika tetap dipilih. bersedia dgn alternatif rayuan.

* Sekurang-kurangnya gred A bagi 6 mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing / Bahasa Antarabangsa.

** Mendapat gred B dalam mata pelajaran yang lain.

*** Untuk ke Tingkatan 4 Aliran Agama / Sains Agama, pemohon hendaklah memperolehi gred A bagi mata pelajaran Pendidikan Islam dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi.

abg_khair said... @ 11:36 PM

asm wbt
Pak Teh,
Anak saya dapat 4A 1B(B-Bahasa Inggeris), membolehkan ia merayu kerana memenuhi syarat asas SBP. Saya sudah merayu bagi pihak anak saya dengan serahan tangan. Jika ada rezeki akan dipanggil temuduga pada 19 Januari 2009. Anak saya tokoh nilam Bahasa Inggeris, tetapi UPSR baru ni tidak memihak kepadanya. Adakah anak saya masih berpeluang untuk memasuki ke SBP? Jika anak saya dipanggil untuk temuduga apakah bentuk soalan yang akan dikemukakan nanti? Terima kasih atas apa jua pandangan Pak Teh, dan doakan anak saya berjaya memenuhi impiannya.

Khair Omar

abg_khair said... @ 11:41 PM

asm wbt
Pak Teh,
Pada 19 januari 2009 akan diadakan temmuduga serentak di SBP bagi kes rayuan ke SBP Tingkatan 1. Apakah bentuk soalan yang bakal dikemukakan nanti?

TOKAI said... @ 12:36 PM

Salam Pak Teh. ank sulung dpt 5A + tokoh murid+tokoh akademik+Pen.Ketua Pgws+aktif kokurikulum.Sy sbgi bapa bangga dgn pncpaian ank sy. Tp sedihnya ank sy, ibubapanya dlm jab kjaan katogeri pengurusan & profesional. kesimpulannya xdpt msk mana2.. mana keadilan.. klu sy pun yg bslh jgnla ank yg kena hukuman :(..kasihan ank sy.. muram bl tgk wajah bersih dia..

TOKAI said... @ 12:46 PM

Salam PakTeh. Moga dberkati Allah hndknya.ank sy mdpt 5A+Tokoh Murid+Tokoh Akademik+Pen.Ketua Pgws+aktif Koko. sy sbgi bapa bangga dgn pncpaian ank sulung sy ni. sedihnya, ank sy ni ibubapanya keja dlm jab kjaan kategori pngrsn & pro. mgkn krn 2 dia xmdpt mana2 tawaran. klu pun sy & ibunya yg 'bsalah' jgnla ank kami yg kena hukuman...:(.. sayunya bl stp x mlhat wajah ank kami yg bersih 2..dia xbslh lnsng..

the blackpaper said... @ 2:30 PM

betul ke ada temuduga utk rayuan sbp tingkatan 1? ianya temuduga terbuka atau selected candidates saja. macam saya baca di smeshonline, ianya adalah temuduga terbuka. ada apa2 news? tengok di website kementerian takda apa2 update pun.

faiz said... @ 2:58 PM

emm...pakteh apa mksud alternatif rayuan ek?? sya x bapa nak fham...dan kalu sya minta tlong dengan orang kemnterian pljran di p.pinang bleh dapt msok sbp kew??..sbb ayah sya ada sorang kwan keje kat situ...

kakcik said... @ 6:31 PM

saya baru dpt tahu anak saya tak dpt KRK, itu pun setelah check sendiri dgn sekolah berkenaan. went to PPD, dia kata rayuan utk KRK dah ditutup. Saya kurang faham sebab saya tak jumpa apa-2 informasi pun pasal KRK di website PPD. yang ada cuma SMKA/KAA aje. my next hope is mrsm lah.. dah hantar rayuan to a few SBP tapi harapan mcm tipis saje. SBPI Rawang nak 18 org, tapi surat rayuan lebih 100. Seri puteri pun ada 367 surat rayuan. sedih.. -kakcik-

kakcik said... @ 6:33 PM

temuduga serentak? meaning cannot go interview for more than one places lah?

PakTeh said... @ 8:07 PM

@ abg_khair: syarat minimum sbp (seperti di laman KPM) adalah 5A atau 4A 1B dalam UPSR (Matematik dan Sains mesti gred A). Peluang masih ada, cuma persaingan amat tinggi. ramai lagi calon 5A tidak mendapat tempat dalam 1st intake baru ini.

tentang temuduga itu, mohon maaf - saya tidak tahu ttg apa bentuk soalan. semoga anak yakin diri, berketrampilan dan mampu buktikan ilmu dimilikinya melayakkan dia ke sbp. semoga berjaya.

PakTeh said... @ 8:23 PM

@ TOKAI: saya turut bersimpati pd TOKAI, juga semua anak & ibubapa yg anak tidak ditawarkan ke sbp baru2 ini. saya faham perasaan itu sbb anak saya juga begitu tahun lalu.

antara isu yang saya pasti adalah faktor pendapatan & tanggungan keluarga dalam permohonan. ibubapa yg berpendapatan rendah dgn tanggungan yg tinggi, merit markahnya tentu lebih tinggi berbanding yg lebih berada dgn tanggungan yg kecil. faktor 5A atau kokurikulum, mungkin agak setara antara semua pesaing. bagaimanapun, semoga berjaya dlm rayuan.

PakTeh said... @ 8:43 PM

@theblackpepper: hal ehwal temuduga sbp adalah di luar pengetahuan pakteh. elok hubungi kementerian sendiri (bahagian pengurusan sbp/kluster) untuk makluman lanjut yang sah tentang dasar pengambilan sbp terkini. semoga berjaya.

PakTeh said... @ 8:53 PM

@faiz: maksud 'alternatif rayuan' itu bermaksud sesiapa yg gagal dlm semakan tawaran kemasukan sbp itu boleh membuat e-rayuan secara online. (semoga telah melakukannya). mereka juga boleh membuat surat rayuan rasmi seperti yg dinyatakan dalam laman semakan online berkenaan (semoga telah melakukannya juga).

tentang urusan hubungan dgn pihak tertentu @ kabel, pakteh tak suka dengar. maaf. bagi pakteh, ianya perkembangan buruk untuk mendapatkan peluang pendidikan secara sihat, halal dan bersih.

PakTeh said... @ 9:02 PM

@kakchik: Kelas Rancangan Khas (KRK) di bawah kawalan JPN negeri. Ada laman JPN yg kerap kemaskini, dan ada yg tidak. Disember, ramai staf yg bercuti agaknya :) begitu juga laman PPD.

ttg isu temuduga, pakteh ada beri komen di atas.. seadanya. semoga berjaya.

Anonymous said... @ 9:22 PM

saya bersetuju dgn pendapat pak teh berkenaan kabel. alhamdulillah, keluarga saya tak pernah pakai kabel utk lanjut pelajaran.biarlah tak dapat offer, as long cara nya betul. no wonder banyak masalah, cara mendapat pendidikan pun dah tak betul. saya rasa patut bangkit kan isu ini pada majlis fatwa. tanya dia orang, status sambung belajar dengan pakai kabel. HALAL kah atau HARAM kah. hehehehe.

lagi satu, saya ingat nak propose supaya keputusan pengambilan SBP atau MRSM ke di hebah kepada umum. siapa penerimanya dan pencapaian akademiknya mahupun kokurikulumnya. biar telus.

faiz said... @ 9:31 PM

tima kasih ats nasihat pakteh....gipun btul jga apa yg pakteh ktakan...tp bkan kah semakan untuk tngktan 4 blom keluar...jd mcm mna sya nak buat e-rayuan?...

PakTeh said... @ 9:43 PM

@ahmad zahir: bukan sahaja utk menuntut ilmu, malah untuk dapat pekerjaan. kedua-duanya punca rezeki hingga akhir hayat.. dan sara keluarga. aduh..

cadangan hebahan itu nampak bagus. cuma mungkin sensitif - kuota 'mim' berbanding 'cha' dan yang lain. sekarang angin 'cuaca' tak berapa baik di malaysia. ;)

kakcik said... @ 9:46 PM

thanks pakteh. i think all parents want what best for their children. maybe we need to convince our children tak kisahlah sekolah mana pun, kalau berlian, kat dlm lumpur sekalipun akan menyerlah. but as parents we just want to make sure we did enough to support them.

PakTeh said... @ 9:53 PM

@faiz: sama2. la.. ingatkan faiz apply sbp T1. rupanya F4! entri ni sebenarnya ttg semakan ke T1 SBP. tapi tak apa.. :D

ya, tawaran T4 SBP mmg tak keluar lagi, pada masa ini. semoga berjaya. dan maaf sekali lagi, pakteh tak perasan tadi :D

PakTeh said... @ 10:35 PM

@kakchik: sama2. saya setuju dgn apa kakchik katakan itu. ramai orang yg berjaya dalam negara hanya berasal dari sekolah biasa, di desa. mereka tetap bersemangat kerana ada ibubapa yang sering mendorong walau ibubapa itu sendiri tidak tahu tulis-baca.

kita cuma perlu tunjukkan contoh yang mudah di sekitar untuk dinilai oleh anak2. mereka akan mudah memahami, apatah lagi mereka memang bergeliga.

great parents -> inspire..

kakcik said... @ 11:21 PM

Pakteh, just found out that JPN Perak has the facility to buat rayuan RK on-line, deadline until 12 Jan 2009, good job! I wonder why JPN Selangor cant do the same. To make it look worse, PPD officer in Shah Alam just said RK rayuan sudah ditutup but strangely they had never informed us abt the status of application until today. pelik tak? sorila.. saya masih dgn subjek ini.

PakTeh said... @ 12:13 AM

@kakchik: lain organisasi lain sistem digunakan. mengikut arahan pihak atasan di negeri masing-masing. kaedah perlaksanaan berbeza-beza, walau semua cuba menuju objektif dasar kementerian yg sama.

dunia pendidikan di malaysia rencam dan cukup kompleks, sering timbul konflik dan polemik.

* why not just call jpns .. a kid can get some bucks from his father rather than asking from his elder brother. if his father says 'no way', .. that kid still has a kind and generous grandpa.

ahmad salleh said... @ 3:07 PM

guna kabel dasar laut lagi besar dan kukuh untuk dapat sbp

PakTeh said... @ 9:00 PM

@ahmad salleh: kabel dasar laut? itu pun lingkup baru ni.. berbulan2 Telekom kena repair. terganggu browsing internet ke eropah.

usaha rayuan mmg kena buat, itu usaha dan dibenarkan. lepas tu kita doa & tawakkal. biasanya ketentuan Allah penuh rahmat yang kita tidak sedari. cuma jgn sampai kita menidakkan hak org lain yg lebih layak.. itu zalim. pedoman utk pembeli kabel, pengedar kabel, pembekal kabel serta pencuri kabel. :D

Hanisah Safian said... @ 8:19 PM

salam.saya nak tanya,kalau dah dapat tawaran untuk SMKA, boleh ke dapat tawaran untuk SBP or MRSM lagi?

zahis said... @ 9:33 AM

salam. kalau x dapat panggilan temuduga bagi kes rayuan sbp tkt 1 by 19/01 maknanya mmg rayuan kita dianggap x berjayalah ke?

Post a Comment