| 33 comments ]

Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat pagi tadi oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.

Nampaknya, bukanlah pada hujung bulan Januari seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Bagaimanapun, memang lazim bagi pihak MARA mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan MRSM pada bulan Februari.

Setakat ini, hanya MRSM Ulul Albab di Kota Putera, Besut sahaja yang telahpun membuat pendaftaran masuk pada 19 Januari lalu, setelah calon-calonnya melalui proses temuduga. MRSM beraliran agama itu bermatlamatkan semua pelajarnya telah menghafaz Al-Quran 30 juzuk apabila memasuki Tingkatan Tiga. MRSM tersebut hanya menawarkan 180 tempat sahaja bagi calon Tingkatan Satu yang berjaya, dari sejumlah 800 orang yang ditemuduga.

Bagi kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat MRSM lainnya, surat tawaran akan menyusul kemudian setelah semakan online dibuka. Kini proses saringan terakhir dijalankan, khususnya setelah keputusan Tingkatan Empat ke SBP keluar pada 24 Januari lalu yang bersambung pula dengan Cuti Raya Cina. Seperti sedia maklum, calon yang telah berjaya mendapat SBP tidak akan mendapat lagi tawaran MRSM.

Kemasukan ke MRSM sememangnya amat kompetetif. Dalam kenyataan akhbar sebelum ini, Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin berkata, MARA menerima 16,750 permohonan untuk mengisi 6,839 tempat Tingkatan Empat yang disediakan di sebanyak 41 MRSM tahun ini. Bagi pengambilan pelajar Tingkatan Satu di MRSM pula, MARA menerima 25,097 permohonan bagi mengisi 5,330 tempat.

Kepada calon-calon yang gelisah menunggu, jangan bimbang. Biasanya aplikasi dalam talian MRSM akan beroperasi selama kira-kira 2 minggu setelah ianya dibuka untuk semakan online.

Sementara itu, belajarlah seperti biasa di sekolah sekarang, dengan bersungguh-sungguh. Bukankah anda semua pelajar-pelajar cemerlang? Jika anda telah meraih keputusan hebat di sekolah sekarang, tentunya mampu begitu juga untuk PMR dan SPM kelak di sekolah yang sama. Buktikan!

Selamat maju jaya.

Related Posts by Categories



33 comments

ABSOLUTE said... @ 2:47 PM

kata2 semangat yang memberangsangkan.
tak saba2 nk tau nih. hmm

PakTeh said... @ 12:56 AM

@asybedazzle: semoga berjaya.

Unknown said... @ 3:28 PM

saya amat teruja untuk mengetahui tawaran kemasukan untuk anak saya tapi saya amat sedih kerana saya dapat rasakan anak saya tidak ditawarkan memandangkan persaingan yang hebat. Lihat akhbar hari ini 37 pelajar cemerlang dari Selangor dah dapat tempat di MRSM..ini yang buat saya lagi sedih...

Tirai Hidup said... @ 7:29 PM

harap mimiku dapa masuk mrsm Kroh

Unknown said... @ 7:30 PM

Hindun: Lihat akhbar B.Harian semalam mengenai seorang penerima Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Miskin/Anak Yatim Nasional YaPEIM. Saya petik satu perenggan dari rencana itu:
"Kekecewaan menduga ketabahan diri sewaktu di tingkatan 4. Pada awalnya saya teramat gembira apabila mendapat tawaran MRSM YT Besut di Terengganu. Namun setelah segala keperluan disiapkan untuk hari pendaftaran keesokan harinya, saya dikejutkan dengan kehadiran sepucuk surat pos laju yang mengatakan tawaran saya dibatalkan atas sebab teknikal! 21 Feb 2005 menyaksikan betapa berderainya segala harapan saya. Berhari-hari saya menangis kerana terlalu kecewa. Walaubagaimanapun, sokongan daripada keluarga, guru dan rakan-rakan mengembalikan semangat."

Pelajar itu akhirnya berjaya dengan cemerlang dalam SPMnya dan sekarang belajar di universiti. Dia bangkit dari kekecewaannya dan berjaya di sebuah sekolah biasa. Berikan sokongan kepada anak dan semaikan dalam dirinya tanpa MRSM pun boleh berjaya. Semoga anak Hindun mendapat tempat di MRSM, jika tidak..jangan bersedih. Kejyaan ada di mana2.

Unknown said... @ 7:42 PM

salam...saya pun dah tak sabar2 nak tunggu result bila la anak saya akan ditempatkan ke ting 1 mrsm. everyday saya check, hopefully cpt2 la ya... ini kerana sekolah dimana anak saya berada skrg adalah sgt tidak sesuai, i mean the environment.

Unknown said... @ 7:49 PM

salam. saya pun tak sabar2 nak tau bila result nak keluar ni. anak saya dah nak sgt masuk mrsm, bukan senang nak tgk boys duduk hostel. ini kerana sekolah yg dia berada skrg sgt tidak sesuai environment nya. everyday dia berdoa... mmg la upsr last year ramai yg dpt keputusan cemerlang. adakah chances utk boys lebih cerah?

Shahirah Zainol said... @ 9:45 PM

the competition is quite though as many malaysian's youth are more intelligent nowadays. i think my chance of becoming one of mrsm's student is very low. but i still hope and pray to God. let God decide what's best for us. Amin.

Nazrin said... @ 11:30 PM

Saya ingin tahu,
adakah tawaran untuk pelajar dari Sabah & Sarawak untuk memasuki MRSM akan keluar pada minggu hadapan?

Dari,
Student Luar Bandar ( 7A 1B )

Gadis Melayu said... @ 7:26 AM

wah, x sabarnye nk tggu kuputusan ni kluar.harap2 sy ditawarkan ke MRSM kali ni.dari mse form 1 lgi minx,tp x dpt..walaupun keputusan saya agak cemerlang.

Hanananani! said... @ 11:32 AM

tak sabar tgu keputusan keluar. harap tak mengecewakn sya

.paiz. said... @ 12:50 PM

ooo god, i hope my lil brother manage to get a place there..

Unknown said... @ 3:24 PM

sya x sbrrrr menunggggguuuuuuuuu dh niehh.....!!!hopefully dpt lar mrsm yg sya impikan 2.....doakan sya dpt yerrrr MRSM PDRM.....klu x dpt pn x per dh tkdirr...lgpn skg nieh sya dh kolh d kolh kluster....SMKSA BEB....!!!!

firmee said... @ 3:27 PM

blelah keputusan mrsm ni nak kuar???harap2 dapatlah....

idzuan_amiruddin said... @ 4:44 PM

komposisi jantina di mrsm mestilah seimbang antara pengambilan pelajar lelaki dan perempuan untuk membentuk sistem pendidikan yg adil serta mengelakkan berlakunya diskriminasi.

Unknown said... @ 6:21 PM

Nampaknya bukan rezeki anak perempuan saya ke mrsm.Hanya 2 daripada 34 pelajar yg dpt 5A di sekolah anak saya dapat mrsm, dua2 lelaki. Walaupun persen markah yang dinilai dinyatakan tapi ada lagi murid lelaki yang kokurikulum lbh hebat dari 2 yang terpilih tadi,x dapat juga. Anak yatim.Sosioekonomi yang dapat tu pun blh tahan juga. Entah le....

cikgu_liza said... @ 7:21 PM

@najmiah, bersabarlah. Cuba buat rayuan. Masih boleh diusahakan. Sbp ari 2, dapat temuduga tak? Mmg tahun ni saingan terlalu sengit. Sya dpt rasakan apa yang najmiah rasa.

cikgu_liza said... @ 7:25 PM

@najmiah, harap bersabar. Sy turun simpati. Buatlah rayuan. Kita ada hak dan masih ada peluang. Mmg tahun ni saingan terlalu sengit. Faktor2 yang disenaraikan x boleh nak ambil ketentuan Allah. Jadi teruslah berusaha dan berdoa moga Allah memberi ruang dan peluang.

Anonymous said... @ 8:13 PM

frust jugak bila anak saya tidak dapat tawaran ke MRSM walaupun masa sekolah anak saya selalu score subject math. Result dapat 5A dan aktif aktiviti luar, seminar, kelas agama etc...tetapi ttp tidak membantu. Saya jelaskan padanya berilah peluang pada anak2 org susah, anak yatim or budak2 luar bandar msk MRSM or SBP. Kami pun bknlah org senang, gaji tak seberapa tapi ttp ambik berat pada anak2 sebegitu. Alhamdulillah anak saya faham TETAPI akhirnya dia bukak mulut "..mama, knp kwn saya yang ada driver, pg sek naik harrier, brabus, adik beradik 2 org & gaji bapa RM60k mthly tapi dpt msk SBP?..diakan dah terang2 org tau anak org kaya tapi dpt tawaran msk SBP??.."..Saya tergamam....ya..saya kenal kwn anak saya tu..1 sekolah kenal..Jadi...ada sesiapa di sini boleh explain kan knp dia dpt??. Walhal di sekolah anak saya selalu dpt result jauh lebih baik dari dia??.... :-)

Anonymous said... @ 9:17 PM

doakan
saya dapat ehy(:
saya..
xdapat Sbp
and saya sgt
frust..
saya ngis):
ssoo.
saya mengharapkn MRSm saje,,,):
saya nak tnya,
saya akui saya x kuat koko..
tapy bley masuk x?

Nazrin said... @ 9:35 PM

Syukur alhamdulillah, akhirnya penantian selama 3 tahun terjawab juga..

I got a spot for MRSM Form 4 at Tawau, Sabah..

Jauh gak dari rumah, from Mount Kinabalu to Tawau.. :)

My cousin yang dapat 5A perempuan dapat MRSM gak, tapi yang sorang lagi tak dapat ( 4A1B ), kawan sekelas yang dapat 7A pun xdapat gak..

Tapi masih boleh buat rayuan kan...

Anonymous said... @ 9:35 PM

doakan saya dapat);
saya rasa..
saya leyh buat ukkm hary 2
dan result saya 8A..
saya..
x ktif sgt koko..);
saya tkt frust agy..
dalah sbp hary 2 x dpt);
so saya xnak mrm pun x dapat..
tapy saya reda,,
cuma skit sefeyh..
)):lg satu taun jer....
)):
yg xdpt jgn sedeyh,,
budak2 form 1.
still ada peluang kg..
tapy budak2 PMR?..
saya punya environment kolah x sehebat
MRSM..
x brapa sesuai,,
tapy..
dmana kita brda
kalau kita ada iltizam
insyaallah akan berjaya..
saya mohon sgt,,
saya mmg nak sgt pergi ke mRSm.
tolong lah berlaku adil):

Unknown said... @ 10:20 PM

cikgu_liza, tq atas nasihat yg diberi.Mmg anak saya dah ditemuduga utk ambilan ke 2 SBP.InsyaAllah, harapan tetap ada.Sayapun selalu bgtau anak saya.apapun yg berlaku.. semuanya mmg telah ditentukan Allah.

norliza said... @ 8:25 AM

Saya sangat sendih tengok anak saya menangis sebab tidak berjaya ke MRSM. Yang menyedihkan lagi, kawan-kawannya semua dapat masuk MRSM kecuali dia sedangkan result PMRnya lebih baik dari kawan-kawannya yang lain. Saya bukannya kaya sangat. Orang tua saya pun menoreh getah, berkat usaha saya belajar dan galakan dari arwah bapa saya bekerja di jabatan kerajaan sekarang. Kalau nak dikira kaya orang lain lagi kaya kenapa anak mereka dapat masuk MRSM. Saya amat frust sekolah begini pun dipolitikkan. Saya doakan orang politik berkenaan yang menempah beberapa persent kuota kemasukan khas untuk saudara maranya sahaja cepat-cepatlah turun dari jawatannya sekarang. Dia ni memang samseng. Biar la anak-nak orang yang tak berapa kaya sekadar terbela nasibnya

Unknown said... @ 4:37 PM

Memang anak saya tidak berjaya ke MRSM, saya sedih melihatnya menangis kecewa yang tidak terhingga sebab dia memang aim nak masuk MRSM dari tahun 5 lagi.. bayangkan anak lelaki menangis ..apakan daya nasib tidak menyebelahinya. Itulah nasib bersekolah di kategori dalam bandar tidak ada apa-apa keistimewaan untuk menempatkan diri di SBP n MRSM beruntung dan tahniahlah pada yang berjaya ISTIMEWANYA yang guna kabel-kabel...yang tiada kabel ni kempunanlah sampai bila-bila.

Unknown said... @ 12:03 PM

salam,x de ke semakan nama ambilan ke mrsm yg kali ke 3??????????????????nape lame sgt nk tugu??????????????

Anna said... @ 3:55 PM

nursyarafah....mrsm sekarang ni dok tunggu intake ke2....intake ke3 tak ada....
ambilan ke 2 akan diketahui minggu depan
pendaftaran mrms intake ke 2 march 23rd

NuYa_LyA said... @ 8:56 PM

salam pak teh,

bila kputusan mrsm 2nd intake nk kuar???
lma lg ke??

huhu..
sdey nyer..

cikna said... @ 5:27 PM

yeye xsbr nk tnggu kputusan kuar.....haha...mnx2 r aq dpt ms0k...aminnn

Shara said... @ 11:49 PM

senang je ada cable macam sauh kapal laut tu dapat la dia kalau tak ada cable tak yah mimpilah
dunia zaman sekarang gah je lebih untuk orang susah yang dapat semuanya anak orang berpengaruh seperti mana yang dikatakan 1 malaysia itu yang kita nak faham (satu itu apa......)

Haslinda Ibrahim said... @ 12:40 AM

saya ingin tahu..sekiranya anak saya dapat tawaran masuk ke SBP, ada atau tidah kemungkinan anak saya akan di tawarkan masuk ke MRSM ?

_ $hUkR! _ said... @ 1:46 AM

Assalamualikum Pak Teh.
Name saya Shukri Ishah.
Saye mndpat keputusan 8A PMR 2009 ini.

Saye ad 1 soalan.
Jikalau saye terima tawaran ke SBP tetapi tidak mendartar diri saye ke SBP tersebut, adakah saye masih berpeluang untuk diterima ke MRSM.

Tolonglah, saya perlukan jawapan itu.
pak teh boleh e-mail sy di admirerofalamin@yahoo.com
atau ke myspace saye (myspace.com/admirer94)
Tolonglah Pakteh...
saye perlukan jwapan Pakteh tu.

mrsm applyers said... @ 2:24 PM

mrsm ad buat temuduga kali kedua pd 16/1 . btul ke ? i need an explanation .

Post a Comment