| 0 comments ]

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berharap semua Sekolah Rendah Kebangsaan menerima pakai program pertukaran murid "Jalinan Ilmu" dalam usaha melahirkan murid cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Di bawah program ini, murid dari luar bandar dan bandar akan saling bertukar sekolah selama seminggu.

"Program sebegini perlu diterapkan kepada semua sekolah khususnya sekolah harian memandangkan ia satu proses pembelajaran yang amat berkesan," katanya kepada pemberita selepas menutup program Jalinan Ilmu antara Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, Kuala Lumpur dan Sekolah Kebangsaan Cherok Paloh, Kuantan, Pahang di sini hari ini.

Menerusi program pertukaran murid tersebut, murid didedahkan kepada teknik menjawab dan cara menghadapi UPSR.

Mohd Sidek berkata dengan cara itu ia akan dapat memberi input dan pengalaman baru kepada murid dan pihak sekolah dalam meningkatkan lagi tahap pencapaian akademik murid.

(Sumber: Bernama - 4/6/2009 - 21:27pm)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment