| 0 comments ]

CyberSecurity Malaysia, agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan melancarkan Perkhidmatan Cyber999 awal bulan depan bagi menyediakan bantuan kecemasan kepada pengguna Internet di ruang siber.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata Cyber999 akan bertindak sebagai pusat bantuan untuk perkhidmatan respons insiden siber terutama dengan ancaman yang semakin bertambah kepada keselamatan siber.

"Purata jenayah keselamatan di Malaysia adalah kira-kira 300 kes sebulan dan kita perlu menangani isu sedemikian termasuk virus dan pencerbohan," katanya selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MOU) antara Kolej Yayasan Melaka dan Majlis Antarabangsa Perunding Perdagangan Elektronik Antarabangsa (EC-Council) Asia Pasifik.

Acara berkenaan disaksikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Haji Mohd Ali Rustam.

Fadillah berkata Malaysia mempunyai kira-kira 700 profesional keselamatan teknologi maklumat dan terdapat keperluan untuk meningkatkan jumlah itu.

"Pada tahun depan, kita perlu sekurang-kurangnya 1,500 profesional keselamatan IT. Program oleh Kolej Yayasan Melaka (KYM) dan EC-Council akan dapat mewujudkan lebih banyak profesional keselamatan IT," kata Fadillah.

Profesional keselamatan IT amat diperlukan memandangkan bahaya potensi ancaman yang menyelubungi dunia siber, katanya.

"Perniagaan tidak boleh bergantung semata-mata kepada penggunaan aspek keselamatan tradisional seperti sistem pengesanan gangguan firewalls dan imbasan virus kerana mereka bukan lagi mencukupi untuk melindungi sesebuah organisasi daripada ancaman," katanya.

Beliau berkata acara Hacker Halted Asia Pacific 2009 yang akan diadakan mulai 10 hingga 13 Nov akan mendedahkan perkembangan terkini keselamatan maklumat yang memberi kesan komuniti global.

EC-Council, penyedia utama pensijilan keselamatan IT dan KYM berpadu tenaga untuk menganjurkan Hacker Halted Asia Pacific 2009.

(Sumber: Bernama - 9/6/2009 - 22:25pm)

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment