| 1 comments ]

Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM221.6 juta tahun ini kepada program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebagai usaha memperkasakan program berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata peruntukan hampir 40% dari peruntukan tahunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap program itu.

"Kementerian Kewangan pula memberi peruntukan khas di bawah waran peruntukan B.11 (Perkhidmatan Am Perbendaharaan Peruntukan Projek/Program Jakim) sebanyak RM2.3 juta untuk latihan guru dan penyelia serta perolehan peralatan bantu mengajar kelas KAFA seluruh negara," katanya.

Jamil Khir berucap merasmikan Multaqa Penyelia dan Guru KAFA Johor, di sini, Sabtu.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata terdapat kira-kira 34,000 guru KAFA di seluruh negara dengan lebih 1,000 daripadanya di negeri ini. Menurut beliau, Jakim sedang mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk menaikkan elaun guru KAFA.

(Sumber: Bernama - 27/06/2009 - 19:18pm)

Related Posts by Categories



1 comments

MOHD RUSLEE B MOHD SALLEH said... @ 7:21 PM

Saya berpendapat konsep kelas KAFA perlu dinilai semula. Kelas KAFA memang baik dilaksanakan tetapi saya dapati ianya kurang berkesan. Daripada pemantauan saya, saya dapati kebanyakan ustaz dan ustazah mengajar seperti melepaskan batuk di tangga. Disiplin murid tidak dikawal dengan baik menyebabkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan. Murid-murid bermain pun tidak diperdulikan. Ustazah atau ustaz tambahan tiada latihan khusus diberikan kepada mereka. Saya telah lama memerhatikan keadaan ini. Saya fikir adalah lebih baik pengajaran KAFA ini diserapkan pada masa persekolahan biasa. Apa yang saya lihat di dalam kelas waktu pagi ialah dalam sebuah kelas terdapat sehingga dua atau tiga orang ustaz dan ustazah mengajar dalam satu masa. Fenomena ini sudah memadai kerana murid sudah dibimbing dengan sepenuhnya dalam mempelajari Pelajaran Agama Islam , Bahasa Arab dan Al-Quran. Maksimumkan pengajaran adalah lebih baik kerana dalam kelas telah ada dua atau tiga tenaga pengajar dalam satu masa.Tiada gunanya menggunakan peruntukan yang besar tetapi hasilnya tidak seberapa.

Post a Comment