| 0 comments ]

Semakan Keputusan Tawaran bagi Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Ambilan Julai 2009 akan dibuka pada

1 Julai 2009

http://www.moe.gov.my

Semakan awal juga boleh dibuat melalui SMS mulai 26 Jun 2009 (Jumaat).


Untuk semakan SMS sila taip:

MOE<jarak>KPLSPM<jarak>NOKP dan hantar ke 15888.
contoh: MOE KPLSPM 9000219015940 dan hantar ke 15888.

Untuk semakan nama kursus yang berjaya ditawarkan sila taip;

MOE<jarak>KURKPLSPM<jarak>KODKURSUS dan hantar ke 15888.
contoh: MOE KURKPLSPM S01010101P dan hantar ke 15888

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

BIDANG PENGKHUSUSAN & PAKEJ MATA PELAJARAN
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1. Bidang Pengkhususan

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua (2) jurusan dan satu (1) aliran iaitu :
  1. Sains (M001)
  2. Perakaunan (M003)
  3. Teknikal (M007)

2. Pakej Mata Pelajaran Yang Ditawarkan

  • Mata Pelajaran Teras Jurusan Sains
    • Matematik,
    • Kimia dan
    • Fizik atau Biologi
  • Mata Pelajaran Teras Jurusan Perakaunan
    • Matematik,
    • Perakaunan,
    • Ekonomi dan
    • Pengurusan Perniagaan
  • Mata Pelajaran Teras Aliran Teknikal
    • Matematik,
    • Sains Kejuruteraan dan
    • Asas Kejuruteraan atau
    • Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (PKM) / Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA)


3. Rancangan Program

Jangka Masa Program

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengambil masa dua (2) semester bagi Progarm Matrikulasi Satu Tahun (PST ) manakala empat (4) semester bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ).

Pengambilan Pelajar

Pengambilan pelajar dibuat dua (2) kali setahun, iaitu pertama pada bulan Mei. Pengambilan ini membolehkan pelajar lulusan program ini memasuki IPTA pada semester pertama tahun berikutnya. Manakala pengambilan kedua ialah pada bulan Jun bagi Program Matrikulasi Dua Tahun.

4. Syarat Kelayakan Meneruskan Pengajian

SEMESTER 1

Pencapaian Taraf
PNGS1 > 2.0
Lulus semua mata pelajaran teras.
Meneruskan pengajian ke semester II
1.5 < PNGS1 < 2.0
Lulus sebilangan mata pelajaran teras.
Meneruskan pengajian ke semester II dan
diberi AMARAN.
PNGS1 < 1.5
Gagal dan DIBERHENTIKAN.


SEMESTER II

Pencapaian Taraf
PNGS1 > 2.0
Lulus semua mata pelajaran teras.
Dipertimbangkan untuk kemasukan ke IPTA
1.5 < PNGS1 < 2.0
Lulus sebilangan mata pelajaran teras.
Dibenarkan untuk mengulang program.
PNGS1 < 1.5
Gagal dan DIBERHENTIKAN.


5. Peluang Meneruskan Pengajian Selepas Lulus Program Program Matrikulasi

Pelajar yang lulus program ini dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Bahagian Matrikulasi dan IPTA atau IPTS akan berpeluang mengikuti program ijazah pertama di semua universiti awam. Bagi pelajar yang mengikuti Program Matrikulasi boleh memohon mengikuti program pengajian di universiti awam dalam bidang seperti berikut :

Sains / Teknikal Perakaunan
Perubatan/Sains Kesihatan Bersekutu Perakaunan
Farmasi Pengurusan Perniagaan
Pergigian Pentadbiran Perniagaan
Bioperubatan Pengurusan Sumber Manusia
Sains Ekonomi
Sains Komputer Teknologi Maklumat
Sains Pendidikan Pentadbiran Maklumat
Seni Bina Lain-lain
Sains Gunaan
Sains Teknologi / Teknologi Maklumat
Kejuruteraan
Lain-lain

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

CARA MEMOHON, SEMAKAN, TAWARAN DAN RAYUAN

PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1.0 Cara Membuat Permohonan

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua ( 2 ) cara permohonan iaitu :
  1. Permohonan Secara Manual (PSM)
  2. Permohonan Melalui Internet (PMI)
Pelajar dikehendaki menggunakan salah satu cara di atas kerana hanya satu permohonan sahaja yang akan diproses bagi setiap pelajar. (Jika pelajar mengemukakan lebih daripada satu permohonan, Bahagian Matrikulasi mengguna pakai permohonan melalui internet sahaja).

2.0 Tarikh Tutup
  1. Tarikh tutup bagi kemasukan sesi 2010/2011 ialah pada 10 Oktober 2009.
  2. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

3.0 Semakan Permohonan & Membetulkan Maklumat

Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.

4.0 Semakan Keputusan Permohonan

Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu www.moe.gov.my pada awal atau pertengahan bulan April 2010 untuk mengetahui status permohonan.

5.0 Surat Tawaran dan Pendaftaran

Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei 2010. Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.

6.0 Membuat Rayuan

Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua (2) minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April 2010. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN (PDT)

PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1. Pengambilan

Program ini ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan telah memohon Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia tetapi tidak terpilih bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun (PST).

2. Pendaftaran

Pendaftaran bagi program ini ialah kira-kira sebulan selepas pendaftaran Program Matrikulasi Satu Tahun dijalankan iaitu pada bulan Jun 2010.

3. Modul Pengajian Program Dua Tahun (PDT)

Dua modul pengajian disediakan. Pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan mengambil Modul I atau Modul II semasa tahun pertama, manakala pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM hanya dibenarkan mengambil Modul II.

Modul Pengajian PDT

Mata Pelajaran diambil dalam SPM

Tahun Pertama

Tahun Kedua (mata pelajaran wajib digugurkan)

Biologi *

(boleh ambil Modul I atau Modul II)

Modul I

1. Fizik

2. Kimia

3. Matematik

4. Biologi

5. Bahasa Inggeris

Biologi @ Fizik

Tanpa Biologi

(Modul II sahaja)

Modul II

1. Fizik

2. Kimia

3. Matematik

4. Sains Komputer

5. Bahasa Inggeris

Sains Komputer

Pada tahun kedua pelajar wajib menggugurkan satu ( 1 ) mata pelajaran mengikut modul yang diambil seperti berikut:
  • Modul I : Biologi atau Fizik
  • Modul II : Sains Komputer
Kokurikulum merupakan mata pelajaran wajib dan perlu lulus bagi kedua-dua modul. Pada tahun kedua, pelajar Program Matrikulasi Dua Tahun akan mengikuti pengajian yang sama seperti pelajar Program Matrikulasi Satu Tahun.

4. Syarat Kelayakan Minimum Program Dua Tahun(PDT)

Mendapat keputusan berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

1.
6C
Bahasa Melayu
2.
6C
Bahasa Inggeris
3.
6C
Matematik
4.
6C
Kimia
5.
7D
Matematik Tambahan
6.
6C
Dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut: Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)


(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

KELAYAKAN UNTUK MEMOHON


Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010 dan menghantar borang permohonan sebelum atau pada 10 Oktober 2009. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.


Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.


Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana - mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).


Bagi mengikuti Jurusan Teknikal (M007) :

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.

Catatan :

Pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan juga boleh memohon Program Matrikulasi.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM

PROGRAM KURSUS MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1. Syarat Kelayakan Minimum

a) Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :

Jurusan Sains (M001)
  1. 6C Bahasa Melayu
  2. 6C Bahasa Inggeris
  3. 4B Matematik
  4. 6C Matematik Tambahan
  5. 6C Kimia
  6. 6C dalam satu(1) mata pelajaran daripada berikut :
    • * Fizik
    • * Biologi
    • * Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan>
Jurusan Perakaunan (M003)
  1. 6C Bahasa Melayu
  2. 6C Bahasa Inggeris
  3. 6C Matematik
  4. 7D Matematik Tambahan
  5. 6C dalam dua (2) mata pelajaran daripada berikut :
    • * Prinsip Perakaunan
    • * Ekonomi Asas
    • * Keusahawanan
    • * Perdagangan
    • * Sains Tambahan
    • * Fizik
    • * Kimia
    • * Biologi
    • * Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan
Aliran Teknikal (M007)
  1. 6C Bahasa Melayu
  2. 6C Bahasa Inggeris
  3. 4B Matematik
  4. 6C Matematik Tambahan
  5. 6C Kimia
  6. 6C Fizik
  7. 6C Lukisan Kejuruteraan
  8. 6C dalam satu (1) mata pelajaran daripada berikut :
    • * Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau
    • * 4B Teknologi Kejuruteraan

2. Penempatan

Penempatan pelajar akan ditentukan oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

LATAR BELAKANG & KONSEP

PROGRAM KURSUS MATRIKULASI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


1. Latar Belakang

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua program matrikulasi / asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam ( IPTA ). Pada sesi 1999 / 2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998. Mulai sesi 2000 / 2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Asasi Sains UM dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan Melalui internet ( PMI ) telah diperkenalkan mulai tahun 2003 bagi pengambilan sesi 2004 / 2005 kepada pelajar Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) dan Maktab Rendah Sains MARA ( MRSM ) sebagai projek perintis. Kini untuk sesi pengambilan 2010 / 2011 penggunaan PMI telah meningkat kepada 80 peratus daripada jumlah permohonan berbanding dengan permohonan secara manual ( PSM ).


2. Konsep

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas di universiti awam. Tempoh pengajian program prauniversiti ini mengambil masa dua semester atau setahun bagi Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) kecuali bagi Program Matrikulasi Dua Tahun ( PDT ) yang dijalankan untuk tempoh 4 semester.

Kurikulum program ini memberi penekanan yang seimbang terhadap aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah. Penekanan sedemikian bertujuan menyediakan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan serta mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji khususnya daya kepemimpinan yang tinggi. Semua pelajar program ini akan mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama.

Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi, oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi.


3. Tempat Pengajian

Program Matrikulasi ini dijalankan di 12 buah kolej Matrikulasi, Kementerian Pelajaran Malaysia dan 2 buah kolej MARA yang ditetapkan.

(Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menyemak semula modul teras latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sedia ada, kata Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Beliau berkata di mana perlu modul sedia ada akan diubah, ditambah dan sebagainya untuk memberi penambahbaikan serta keberkesanan program PLKN.

"Kita akan membuat cadangan kepada kerajaan mengenainya. Sebenarnya perkara ini telah diputuskan oleh Jawatankuasa Kabinet semasa penubuhan PLKN pada 2003 bahawa selepas lima tahun, modul teras latihan perlu disemak semula," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Katanya setakat ini belum ada kajian semula yang dibuat.

"Namun begitu, kita banyak menerima surat pujian dan mendapat maklum balas positif. Berdasarkan kajian yang kita buat sendiri, semasa tiga bulan latihan PLKN yang melibatkan empat modul teras latihan iaitu dari segi fizikal, kenegaraan, jati diri dan khidmat komuniti, kita dapati setiap peserta mencapai keputusan lebih 85 peratus," katanya.

Abdul Hadi berkata arahan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar modul teras latihan PLKN sedia ada disemak semula, adalah bertepatan dan perlu dibuat kajian oleh badan bebas agar ianya lebih adil.

Sementara itu, katanya seramai 147,049 peserta akan mengikuti PLKN untuk Siri 7 yang akan bermula pada Januari 2010.

Katanya mereka terdiri daripada 120,000 peserta pilihan, 24,349 dipanggil semula setelah diberi penangguhan dan 2,700 peserta yang sebelum ini engkar menyertai PLKN.

Sehubungan itu, beliau meminta remaja yang lahir pada tahun 1992 untuk menyemak tawaran kepada mereka melalui SMS tidak lewat daripada 1 Ogos depan.

Dalam perkembangan lain, beliau mengarahkan semua komandan PLKN menggalakkan lebih 4,000 pegawai awam dan jurulatih di semua kem PLKN untuk menyertai pasukan sukarelawan Angkatan Tentera Malaysia.

(Sumber: Bernama - 27/06/2009 - 13:18pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Kerajaan menyalurkan peruntukan berjumlah RM221.6 juta tahun ini kepada program Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebagai usaha memperkasakan program berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata peruntukan hampir 40% dari peruntukan tahunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap program itu.

"Kementerian Kewangan pula memberi peruntukan khas di bawah waran peruntukan B.11 (Perkhidmatan Am Perbendaharaan Peruntukan Projek/Program Jakim) sebanyak RM2.3 juta untuk latihan guru dan penyelia serta perolehan peralatan bantu mengajar kelas KAFA seluruh negara," katanya.

Jamil Khir berucap merasmikan Multaqa Penyelia dan Guru KAFA Johor, di sini, Sabtu.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman.

Beliau berkata terdapat kira-kira 34,000 guru KAFA di seluruh negara dengan lebih 1,000 daripadanya di negeri ini. Menurut beliau, Jakim sedang mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Kewangan untuk menaikkan elaun guru KAFA.

(Sumber: Bernama - 27/06/2009 - 19:18pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kerajaan akan mewujudkan pemberian biasiswa khas dikenali sebagai Biasiswa Nasional yang berasaskan kepada merit sepenuhnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mulai tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata biasiswa tersebut akan diberikan kepada pelajar-pelajar terbaik yang layak dan tanpa mengira kaum.

Beliau berkata biasiswa tersebut diwujudkan selaras dengan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengkaji semula pemberian biasiswa kerajaan.

"Kalau individu tersebut benar-benar layak untuk biasiswa itu, ia adalah atas keputusan mereka yang benar-benar terbaik, tanpa mengira kaum atau keturunan.

"Hanya mereka yang terbaik daripada yang terbaik layak untuk diberikan biasiswa ini. Inilah hasrat kerajaan supaya kita mendahulukan kepentingan rakyat. Kita mesti ambil kira kepentingan rakyat," katanya semasa berucap di majlis makan malam MCA di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya malam ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat yang juga Menteri Pengangkutan dan pemimpin-pemimpin kanan MCA.

Majlis makan malam itu dianjurkan MCA dan persatuan-persatuan Cina untuk mengalu-alukan pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri keenam.

Najib memberitahu, Biasiswa Nasional tidak diperkenalkan tahun ini berikutan keputusan Kementerian Pelajaran untuk mengehadkan jumlah subjek dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Kerajaan akan umumkan tahun depan, lebih-lebih lagi kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran baru sahaja mengumumkan bahawa jumlah subjek yang boleh diambil oleh calon dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dihadkan kepada 10 subjek sahaja," katanya.

Beliau memberitahu, Muhyiddin juga telah diberi mandat untuk menilai semula sistem pendidikan negara kerana pembangunan modal insan adalah pemangkin kepada pembentukan dan perkembangan ekonomi negara.

"Model ekonomi baru yang diperkenalkan juga meletakkan pembangunan modal insan sebagai kriteria utama untuk mewujudkan pendapatan negara yang lebih kukuh," kata Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan kata beliau telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta di bawah pusingan pertama pakej rangsangan khusus bagi membina 90 buah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) manakala RM50 juta lagi diperuntukkan untuk kerja-kerja membaik pulih SJKC tententu.

"Usaha membaik pulih dan pembangunan SJKC ini adalah gambaran keyakinan kerajaan terhadap SJKC. Setiap tahun pula kerajaan membelanjakan RM1.8 bilion untuk saraan guru-guru SJKC dan ia merupakan jumlah yang besar. Jangan sekali-kali lupa bahawa ini adalah sumbangan dan keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap kebajikan kaum Tionghua di negara ini.

"Saya juga usik Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew sewaktu beliau datang ke Malaysia baru-baru ini. Saya katakan di Malaysia ada SJKC, tapi di Singapura tidak ada," katanya disambut dengan tepukan gemuruh daripada para tetamu.

Najib juga berkata, kerajaan sedang dalam proses untuk mengiktiraf beberapa universiti di China bagi membolehkan kedua-dua negara memperoleh manfaat yang besar pada masa akan datang.

"Saya percaya kalau kita iktiraf universiti di China, kedua-dua negara akan beroleh manfaat yang sangat besar," tambah beliau.

(Sumber: Bernama - 27/06/2009 - 23:54pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kolej Islam dan Teknologi (KIST) mencipta sejarah tersendiri daripada bidang pendidikan perubatan kepada bidang latihan penerbangan, melalui penubuhan KIST Aviation Academy Sdn Bhd (KISTAA) dengan pelaburan RM20 juta.

Presiden KIST, Muhammad Zamly Abdullah berkata Kist kini mengorak satu lagi langkah ke hadapan dalam bidang pendidikan dengan menawarkan kursus penerbangan Lesen Juruterbang Komersial dengan Rating Instrumen (CPL/IR) serta Lesen Pengangkutan Penerbangan.

Peruntukan RM20 juta itu untuk membangunkan akademi ini termasuk kos untuk menyediakan tapak dan pembelian dua pesawat penerbangan, iaitu pesawat TECNAM model P2002 JF jenis satu enjin dan P2006T jenis enjin dua dari Itali.

Kursus dan pengambilan mulai September ini termasuk program latihan penerbangan komersial bertaraf antarabangsa yang akan beroperasi di kampus baru KIST di Kuala Terengganu, katanya kepada pemberita selepas majlis bersama media, malam tadi.

Beliau berkata KISTAA diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan pada 17 April lepas bagi mengendalikan kursus ini dan kelulusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 21 April lepas.

Zamly berkata seramai 20 pelajar akan diambil pada pengambilan pertama untuk mengikuti kursus selama 16 bulan dengan latihan penerbangan sekurang-kurangnya 200 jam termasuk 30 jam latihan simulator.

"Ilmu dan kursus yang akan diberikan sepanjang latihan adalah keperluan utama untuk melahirkan juruterbang yang profesional, berkebolehan dan berkualiti," katanya.

Dalam tempoh lima tahun sejak KIST ditubuhkan, kolej itu merupakan salah sebuah pusat pengajian tinggi swasta di Kelantan milik penuh Bumiputera yang beroperasi di Kuala Berang, Terengganu pada Januari lepas.

(Sumber: Bernama - 25/06/2009 - 11:59am)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban

SMTTJ mendapat taraf Sekolah Kluster dua tahun lalu

SEBAGAI sebuah sekolah menengah aliran teknik terkemuka di negara ini, Sekolah Teknik Tuanku Jaafar (STTJ), Seremban sentiasa memberi penekanan aspek kebitaraannya bagi mencapai visi menjadi institusi cemerlang bertaraf dunia menjelang 2012.

Pengetuanya, Arshad Md Yusof, berkata kebitaraan itu termasuk reka cipta dan Inovasi, sukan sofbol serta bola jaring sentiasa dipantau pencapaiannya lebih-lebih lagi selepas mendapat taraf Kluster dua tahun lalu.

Beliau berkata, pihaknya terus memberi fokus bidang akademik apabila berjaya mencatat keputusan lulus 100 peratus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sejak lima tahun lalu.

“Pada masa sama kami menggalakkan kerjasama di kalangan 721 pelajar dan 63 tenaga pengajar dalam setiap kegiatan dijalankan,” katanya kepada Berita Harian.

Mengenai pemilihan kebitaraan, Arshad berkata, sukan sofbol dipilih berdasarkan tradisi kecemerlangan dicapai STTJ yang menjadi juara peringkat negeri 10 tahun berturut-turut dari 1987 hingga 1997 di bawah jurulatihnya, Radin Khalid Radin Husin.

SMTTJ mendapat taraf Sekolah Kluster dua tahun lalu.

Katanya, kemampuan pasukan itu mengekalkan pencapaian cemerlang diteruskan apabila menjuarai kejohanan peringkat negeri dan kebangsaan pada Kejohanan Antara Teknik Seluruh Malaysia, Mei lalu.

Selain itu, katanya, sukan bola jaring juga mencatatkan kejayaan membanggakan apabila meraih naib juara peringkat kebangsaan pada 2006, 2007 dan 2008 pada Sukan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan.

Sejajar moto ‘Teknologi Asas Kemajuan’ reka cipta dan inovasi dipilih STTJ dan ia memberikan kelainan kerana memfokus inovasi tenaga solar.

“Antara projek sedang dan sudah dijalankan termasuk penggunaan palang pagar utama pada pintu masuk sekolah, kincir air di Taman Suria STTJ dan pembinaan kereta yang diusahakan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), sekali gus persediaan menyertai Kejohanan Cabaran Kereta Solar Antarabangsa di Australia pada 2011.

"Projek yang dilancarkan Mei lalu menarik minat Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Fuad Zarkashi, seterusnya mencadangkan inovasi berkaitan reka cipta dan teknologi diperkenalkan di semua SMT pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata, keperluan industri kini memerlukan ramai tenaga separuh mahir bidang berkenaan dan SMT mampu menyediakan keperluan asas dalam bidang kerjaya berkaitan.

Katanya, bagi meningkatkan pencapaian STTJ menjalin kerjasama dengan UTM, Universiti Teknikal Melaka, beberapa politeknik dan industri bagi berkongsi kepakaran disamping memotivasikan pelajar secara berterusan.

“Sekolah kami dipilih menyertai Projek GenYES (Youth & Educators Succeeding) anjuran Malaysian Student Technology Leaders (MYSTL) yang memilih Malaysia sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara menjadi perintis projek ini.

“Program membabitkan 30 pelajar bertujuan membantu guru menyelesaikan masalah berkaitan komputer sebagaimana dilaporkan laman web GenYES,” katanya.

Menurut beliau, MYSTL banyak membantu sekolah meningkatkan perkakasan komputer dan kemahiran pelajar serta guru dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

SMT premier yang menjadi pilihan lulusan cemerlang Penilaian Menengah Rendah termasuk SMT Johor Bahru, Johor; SMT Bukit Piatu, Melaka; SMT Cheras, Kuala Lumpur; SMT Kuantan, Pahang; SMT Ipoh, Perak; SMT Batu Lanchang, Pulau Pinang; SMT Alor Setar, Kedah dan SMT Kuala Terengganu, Terengganu.

INFO: Pencapaian STTJ
  • Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 2003
  • Johan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
  • Naib Johan Negeri Sofbol 2006
  • Anugerah Koperasi 5 Bintang 2006
  • Anugerah Khas Koperasi Peringkat Negeri 2007
  • Anugerah Dewan Makan Asrama Terbaik Negeri 2008
  • Johan Sofbol Negeri 2009.

(Sumber: Berita Harian - 24/06/2009 - but BHarian missed something)

Congrates PakLang, the principal who strived for the best achievement of all - 2003! Read his article to know how STTJ has gone through years of acid test (1999-2005).

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Syarikat kawalan dan keselamatan IT Sophos hari ini memberi amaran kepada pengguna internet supaya tidak memasukkan maklumat peribadi mereka di internet kerana ia boleh digunakan pihak lain untuk penipuan identiti.

Amaran oleh Sophos itu dibuat selepas laman web rangkaian sosial popular Facebook didapati mempunyai kelemahan yang membolehkan penggodam mengakses maklumat sensitif profil mengenai mana-mana laman yang mempunyai lebih 200 juta pengguna itu.

Dalam kenyataan di Singapura, Sophos berkata data seperti tarikh lahir, tempat lahir, jantina, anggota keluarga, status hubungan dan pandangan politik serta agama boleh diguna untuk melakukan penipuan identiti.

Pencipta blog FBHive.com mendapati hanya melalui godaman yang mudah boleh menunjukkan semua yang disenarai dalam panel "Maklumat Asas" ahli Facebook, walaupun maklumat itu disembunyikan oleh pengguna dengan mewujudkan keselamatan laman web.

Menggunakan lompang keselamatan, FBHive boleh mengakses maklumat peribadi mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Mark Zuckerberg, Digg Founder Kevin Rose dan bloger terkenal Cory Doctorow, kata Sophos.

Bagaimanapun, ia berkata kekurangan itu kini diperbaiki oleh Facebook, tetapi tidak diketahui sama ada penggodam telah menggunakan maklumat yang didedah oleh kelemahan keselamatan itu untuk tujuan jenayah.

Syarikat IT menasihatkan adalah lebih baik pengguna internet untuk tidak meletakkan maklumat peribadi mereka dalam internet.

(Sumber: Bernama - 24/06/2009 - 17:04pm)

Berawaslah. Sebenarnya bukan Facebook sahaja.. banyak lagi.. Blogger, Wordpress, Twitter, etcs. Puak-puak hackers ini akan buat sahaja untuk mencapai kepuasan diri.. Baik beringats sebelum terkena. Lagi satu, jangan sama sekali guna no. kad kredit, no IC, no kad ATM untuk dijadikan password untuk login akses mana-mana platform internet. Hati-hati juga sewaktu mendaftar mana-mana forum maya. Itu paling senang digodam.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Empat sekolah yang ditutup ekoran wabak Influenza A(H1N1) tidak perlu menggantikan waktu persekolahan mereka sekiranya jumlah minimum 190 hari persekolahan telah dicapai.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata sekolah terbabit perlu menyemak jumlah hari persekolahan mereka dan perlu menggantikannya sekiranya tidak mencapai jumlah tersebut yang telah ditetapkan oleh kementerian.


"Bagi sekolah yang telah melebihi 190 hari persekolahan, (tiada masalah) jika masih berhasrat untuk menggantikannya. Maka terpulang kepada pihak pengurusan sekolah untuk berbuat demikian atau sebaliknya.

"Jadi dalam perkara ini (penutupan sekolah), tidak timbul pelajar yang dikuarantin tidak mempunyai peluang untuk belajar kerana pihak sekolah akan atur dan uruskan segalanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehingga Rabu, empat sekolah iaitu Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Cheras, Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1 dan SRK Assunta 2 di Petaling Jaya dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur diarah ditutup selama seminggu berikutan penularan influenza di kalangan murid dan pelajarnya.

Mengenai langkah mewajibkan pelajar dan guru memakai topeng sebagai persediaan bagi mengelak penyakit itu daripada merebak, Wee berkata Kementerian Kesihatan masih mengkaji perkara tersebut dengan mendalam sama ada mewajibkan pemakaian topeng atau sebaliknya.

"Terpulang kepada Kementerian Kesihatan, jika mereka mewajibkannya maka pihak kita akan mematuhinya.

Bagaimanapun "jika ada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang mengambil inisiatif menyediakan topeng kepada pelajar, kita alu-alukan dan tidak akan menghalang mereka.

"Dasar Kementerian Pelajaran dalam perkara ini adalah terbuka dan telus, kita tidak akan ketepikan mana-mana pendapat baik demi keselamatan para pelajar dan guru," katanya.

(Sumber: Bernama - 24/06/2009 - 16:08pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Berita baik untuk calon terpilih ke IPTA bagi sesi Julai, 2009. Kerajaan Pulau Pinang melanjutkan tarikh tutup bagi permohonan bantuan untuk menampung kos pendaftaraan pelajar memasuki Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sehingga 19 Julai.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik, berkata ia bagi memberi tempoh masa yang secukupnya kepada pelajar mengemukakan permohonan mereka.

"Sepatutnya tarikh akhir permohonan ditetapkan pada 30 Jun ini dan kerajaan negeri melanjutkannya sehingga 19 Julai bagi memberi peluang pelajar memohonnya," katanya dalam satu kenyataan di Pulau Pinang, hari ini.

Beliau berkata, ibu bapa pelajar yang lahir dan bermastautin di negeri ini serta mempunyai pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan layak memohon.

"Pelajar boleh mengemukan permohonan melalui pejabat-pejabat daerah di Pulau Pinang atau melayari lama web www.penang.gov.my untuk maklumat lanjut," katanya.

Ng berkata, setiap pemohon yang berjaya akan diberi RM500 dan bantuan itu hanya untuk sekali sahaja sepanjang pengajian mereka.

Katanya, penuntut pra-Universiti dan matrikulasi tidak layak memohon.

(Sumber: Bernama - 24/06/2009 - 13:56pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kerajaan bercadang mewajibkan pelajar di seluruh negara menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memulakan sesi pembelajaran setiap hari berikutan peningkatan kes Influenza A (H1N1) dengan dua lagi sekolah ditutup semalam dan 10 kes baru dikesan, menjadikan jumlah meningkat kepada 68 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Cheras diarah ditutup sehingga Sabtu ini, manakala Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta 1, Petaling Jaya selama seminggu.

Sebelum ini, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SRK Assunta 2, Petaling Jaya diarah ditutup selama seminggu.

Tiga lagi sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Damansara Utama, Petaling Jaya, SMK Seksyen 9 Shah Alam dan Sekolah Menengah Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur kekal dengan penutupan satu kelas bagi tempoh tujuh hari.

Dr Ismail berkata, cadangan mewajibkan pelajar menjalani pemeriksaan suhu badan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Menangani Penularan H1N1 bersama Kementerian Pelajaran, hari ini.

"Kita akan mengenal pasti kaedah paling sesuai dan mudah untuk guru memeriksa suhu badan pelajar. Sekiranya semua pihak bersetuju, kita akan membekalkan termometer kepada guru bagi mengesan pelajar yang menunjukkan tanda demam," katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan kepada Kementerian Pelajaran supaya mengarahkan semua warga sekolah yang baru pulang dari Australia, Filipina, Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) supaya tidak ke sekolah dalam tempoh tujuh hari.

"Langkah itu perlu kerana kebanyakan kes import H1N1 dibawa masuk dari empat negara berkenaan. Kita juga mengarahkan semua yang terbabit mengkuarantin diri sendiri, iaitu dengan berkurung di rumah masing-masing sepanjang tempoh itu," katanya.

Dr Ismail berkata, daripada 10 kes terbaru, dua adalah penularan tempatan masing-masing pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka dan SJKC Jalan Davidson, manakala lapan kes import membabitkan lima rakyat Malaysia serta masing-masing seorang warga Yaman, Switzerland dan Itali.

"Kes ke-62 adalah seorang pelajar lelaki warga tempatan berusia 16 tahun dan dia adalah kontak kepada kes ke-42, iaitu pelajar Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka yang disahkan positif H1N1," katanya.

Mangsa ke-62 itu yang juga kes jangkitan tempatan kelapan, mengalami demam, batuk dan sakit tekak pada Sabtu lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh keesokannya serta disahkan positif semalam.

Dr Ismail berkata, seorang pelajar lelaki berusia 11 tahun dari SJKC Jalan Davidson pula adalah kontak dengan seorang rakannya yang disahkan positif H1N1, dua hari lalu.

Mangsa ke-66 itu mengadu mengalami demam, batuk dan sakit tekak sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan disahkan positif, kelmarin.

Kes import pula ialah:

  1. Budak perempuan berusia 5 tahun 9 bulan yang baru pulang dari California, AS dengan pesawat Cathay Pacific (CX 873) dan transit di Hong Kong sebelum tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Jumaat lalu;
  2. Pelajar perempuan warga tempatan berusia 14 tahun yang tiba dari Melbourne, Australia, Khamis lalu dengan menaiki pesawat MH148;
  3. Lelaki berusia 23 tahun yang pulang dari Melbourne, Jumaat lalu dengan pesawat MH128 sebelum meneruskan perjalanan ke Kuching melalui penerbangan MH2504;
  4. Budak perempuan berusia 5 tahun 8 bulan yang menetap di Manila dan kembali ke Malaysia bersama ibunya pada 20 Jun lalu dengan penerbangan MH705 sebelum menyambung perjalanan ke Pulau Pinang menerusi pesawat MH1166;
  5. Lelaki berumur 42 tahun yang pulang dari Manila dengan pesawat Cebu Pacific Airways 5J 501 pada 18 Jun;
  6. Lelaki warga Yaman berumur 24 tahun yang bertolak dari Bangkok ke Malaysia pada 19 Jun menaiki penerbangan AirAsia AK 342;
  7. Lelaki warga Switzerland berumur 54 tahun yang ke Malaysia bersama isteri menaiki penerbangan Singapore Airlines SQ 118; dan
  8. Pelajar lelaki warga Itali berusia 19 tahun yang menaiki pesawat MH148 dari Melbourne dan tiba di KLIA pada 21 Jun.

Mohd Ismail berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sehingga jam 8 pagi semalam jumlah terkumpul kes H1N1 yang dilaporkan adalah sebanyak 52,687 kes dengan 231 kematian dari 99 negara, iaitu pertambahan 7,709 kes.

Negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi adalah AS (3,594), Chile (1,190), Kanada (805), United Kingdom (754) dan Australia (297).

(Sumber: Berita Harian - 24/06/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Yayasan Terengganu (YT) menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membiayai biasiswa kecil untuk pelajar Tingkatan Enam yang akan menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun ini.

Pengarah YT, Mohd Kamaru Al-Amin Ismail, berkata seramai 3,000 pelajar yang mendapat keputusan baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu dan ditawarkan tempat melanjutkan pengajian ke Tingkatan Enam tahun ini turut layak menerima biasiswa kecil itu.

Katanya, jumlah peruntukan disediakan YT untuk biasiswa kecil tahun ini meningkat sebanyak RM400,000 berbanding RM2.6 juta tahun lalu membabitkan seramai 26,000 pelajar.

"Bagaimanapun, biasiswa kecil itu hanya akan diberikan kepada pelajar yang layak ke Tingkatan Enam Atas dan pemilihan pelajar diuruskan pihak sekolah," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Kembara Pendidikan Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Kuala Terengganu, kelmarin.

Seramai 32 ahli Sekretariat Permata menyertai program yang bertujuan memperkasakan pendidikan anak negeri ini di peringkat pendidikan menengah selain meningkatkan pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris.

Mohd Kamaru berkata, setiap pelajar akan menerima biasiswa kecil berjumlah RM1,000 seorang dan wang itu cukup untuk menampung mereka menyediakan pelbagai peralatan pembelajaran.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata YT juga peruntukan sebanyak RM60,000 kepada Permata yang ditubuhkan di 22 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan dua institut perguruan di negeri ini.

Katanya, setiap Permata akan menerima peruntukan sebanyak RM25,000 bagi memudahkan persatuan itu melaksanakan pelbagai aktiviti terutama membabitkan anak negeri ini yang menerima bantuan kewangan YT.

"Permata yang ditubuhkan di setiap IPTA akan dijadikan sebagai jambatan bagi membolehkan anak negeri ini menganjurkan aktiviti,” katanya.

(Sumber: Berita Harian - 24/06/2009)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Hasil kajian secara menyeluruh mengenai dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan diumumkan awal Julai ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau akan membentangkan hasil keputusan itu kepada Jemaah Kabinet secara terperinci dalam masa terdekat sebelum mengumumkannya kepada rakyat.

Muhyiddin memberi jaminan keputusan yang akan diambil kerajaan berhubung dasar PPSMI akan memberi kebaikan kepada murid, guru dan masa depan negara. Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69 kes apabila 10 kes baru dilaporkan dengan dua kes tempatan dan lapan kes import, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lay hari ini. Menakutkan bukan? Setakat hari ini, berikut antara sekolah yang telah menerima arahan tutup kelas atau sekolah dalam satu jangka masa tertentu oleh Kementerian Kesihatan:

  1. SJK(C) Jalan Davidson; satu sekolah - tutup seminggu
  2. SRK Assunta 1, Petaling Jaya; satu sekolah - tutup seminggu
  3. SRK Assunta 2, Petaling Jaya; satu sekolah - tutup seminggu
  4. Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Batu 9 Cheras; satu sekolah - tutup seminggu
  5. SMK Seksyen 9 Shah Alam; satu kelas - tutup seminggu
  6. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya; satu kelas - tutup seminggu
  7. SM Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur. satu kelas - tutup seminggu
Empat sekolah ditutup seminggu, manakala 3 sekolah lagi hanya ditutup satu kelas, juga dalam temph yang sama. Bagaimanapun, Kerajaan tidak bercadang menutup semua sekolah di Lembah Klang ekoran penularan virus influenza A (H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran - Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Setakat ini, sejumlah 200,000 dos vaksin influenza dibekalkan kepada semua negeri sejak awal Mei lepas untuk disuntik kepada petugas barisan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Dianggarkan 200,000 petugas barisan hadapan akan terlibat dalam menangani wabak pandemik influenza seperti yang terkandung dalam pelan kebangsaan "National Influenza Preparedness Pandemic Plan 2006".

Petugas barisan hadapan itu terdiri daripada penjawat awam di bawah kategori anggota kesihatan dan perubatan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Imigresen, kata Datuk Seri Liow hari ini.

Menurutnya, vaksin bagi influenza A (H1N1) masih belum dapat dihasilkan lagi. Pada masa ini , Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bersama-sama dengan syarikat utama pembuat vaksin dunia sedang giat berusaha untuk menghasilkan vaksin itu sebagai pencegahan kepada wabak berkenaan.

Virus influenza A (H1N1) merupakan satu virus baru dan sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh pihak WHO, masa yang diperlukan untuk menghasilkan vaksin yang dimaksudkan ialah di antara tiga hingga enam bulan. Vaksin influenza A (H1N1) ini dijangka akan dapat disediakan sebelum penghujung tahun ini.

(Sumber: Kenyataan akhbar - 23/06/2009)

Kerap didengar bahawa antara petanda akhir zaman ialah wabak penyakit pelik banyak menular di muka bumi. Wabak Influenza A H1N1 ini bersifat global, bukan lokal. Cirinya GLOKAL.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pelajaran akan menaik taraf fungsi makmal komputer sekolah di seluruh negara bagi membolehkan ia diguna sebagai makmal bahasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, ia adalah satu langkah untuk meningkatkan pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

"Penggunaan teknologi akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, perisian dan peralatan yang sesuai akan dibekalkan dalam melaksanakan rancangan ini," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah yang diambil untuk memperbaiki pelajaran termasuk pengajaran Bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains di semua peringkat dan jenis sekolah.

Muhyiddin berkata, kementerian juga sedang mengkaji untuk memperkenalkan mata pelajaran Kesusasteraan Inggeris di kalangan murid serta menekankan tatabahasa Bahasa Inggeris bagi meningkatkan mutu penulisan dan pengucapan mata pelajaran itu di kalangan murid.

Muhyiddin berkata, masa pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris juga akan ditambah untuk membolehkan kandungan pengajaran ditambah.

"Justeru, tahap kompetensi guru Bahasa Inggeris akan ditingkatkan. Lebih ramai guru Bahasa Inggeris yang berkelayakan akan diambil untuk mengajar terutama di sekolah luar bandar," katanya.

Mengenai pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI), Muhyiddin berkata keputusan mengenai perkara itu yang dijangka diumum awal Julai ini akan memberi kebaikan kepada guru dan murid.

"Kita jamin keputusan akan diambil oleh kerajaan dalam masa terdekat (dan) akan beri kebaikan kepada guru dan murid, analisis dan kertas hala tuju sudah siap dan akan dibentang kepada Jemaah Menteri. Apa saja keputusan dibuat biarlah dengan kepentingan rakyat.

"Kita akan umumkan dengan jelas terperinci, bukan apa yang telah dilaksana tetapi apa yang akan dilaksanakan, adakah pendekatan yang kita gunakan ini yang terbaik atau tidak," katanya.

(Sumber: Bernama - 23/6/2009 - 13:18pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Sumber Manusia akan menggiatkan kempen bagi mempromosikan program latihan kerja, terutamanya kepada siswazah dan para belia menganggur, kata Menteri berkenaan Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata program latihan dan penempatan itu menawarkan elaun bulanan maksimum RM800 termasuk latihan percuma bagi enam bulan dan jaminan pekerjaan, satu tawaran peluang tiga dalam satu diadakan khusus bagi dua kumpulan berkenaan dan mereka yang diberhentikan kerja.

Dr S. Subramaniam kini sedang menjelajah seluruh negara bagi mempromosikan tawaran pekerjaan dan beliau akan berada di Sungai Petani, Kedah pada 4 Jun.

Kementerian Sumber Manusia mengadakan program berkenaan di Perak dan Selangor dua minggu lepas dan mendapat sambutan menggalakkan di Ipoh tetapi di Shah Alam, sambutan agak dingin kemungkinan kerana kurang minat atau kesedaran, katanya.

"Program ini adalah usaha kerajaan untuk menangani masalah pengangguran di negara ini dan melahirkan tenaga kerja mahir. Kami mahu mendekati setiap lapisan masyarakat," kata Subramaniam.

Program di Sungai Petani, yang akan diadakan di Institut Kemahiran Mara, Jalan Badlishah antara pukul 8 pagi dan 1 tengah hari, akan dihadiri sendiri Menteri Sumber Manusia yang akan menemui pemohon kerja dan orang ramai.

Bagi menggalakkan lebih ramai orang yang tidak bekerja menyertai program itu, Subramaniam berkata kementerian akan menggandakan kempen publisiti menerusi media dan badan bukan kerajaan.

Beliau berkata satu program pembangunan bagi belia-belia India akan diadakan di semua negeri dan di Sungai Petani, program itu akan diadakan di Pusat Pembangunan Kemahiran Industri dan Pengurusan Kedah (Kismec), Jalan PKNK, 1/1, Taman Ria Jaya antara pukul 4 dan 7 petang.

Subramaniam, yang juga Setiausaha Agung MIC, berkata beliau-belia India terutamanya yang mengganggur hendaklah merebut peluang itu kerana latihan akan diberikan kepada mereka di institut-institut latihan industri.

(Sumber: 31/5/2009 - 13:44pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Sehingga kini, seramai 663 pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara ditawar biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk pengajian dalam dan luar negara.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata mereka terdiri daripada 193 pengajian di luar negara dan 470 untuk pengajian dalam negara.

"Daripada jumlah itu, seramai 100 pemegang luar negara dan 119 pelajar dalam negara telah menamatkan pengajian masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasir Puteh, Ahad.

Katanya seramai 93 pelajar luar negara dan 351 pelajar dalam negara sedang meneruskan pengajian termasuk di universiti ternama seluruh dunia antaranya Cambridge, Oxford, London School of Economic, Imperial College of Science dan pelbagai institusi pengajian tinggi tanah air.

Beliau berkata di samping itu PNB juga menggalakkan pelajar sekolah menyertai pelaburan bijak untuk mendekatkan mereka dengan dunia pelaburan dan sehingga kini sebanyak 104 sekolah di seluruh negara menyertainya.

Katanya kegagalan mendidik generasi muda dengan baik akan menyebabkan negara bukan sahaja terlepas peluang untuk mempunyai warga kerja berharga pada masa depan tetapi juga akan menimbulkan masalah sosial yang boleh menggugat kestabilan masyarakat.

(Sumber: Bernama - 31/05/2009 - 13:35pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Belia dan Sukan menyediakan peruntukan sebanyak RM10.9 juta bagi melaksanakan program Rakan Muda Sekolah, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Peruntukan itu akan disalurkan kepada 2,181 buah sekolah di seluruh negara di mana setiap sekolah akan menerima RM5,000 untuk menjayakan program tersebut, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Rakan Muda peringkat Wilayah Persekutuan di sKuaal Lumpur hari ini.

Razali berkata pihak kementerian mensasarkan seramai 200 orang pelajar yang berumur antara 15 hingga 17 tahun akan menyertai program itu di setiap sekolah. Program Rakan Muda Sekolah mula diperkenalkan sejak 11 Jan tahun ini.

"Program Rakan Muda mestilah berlandaskan kepada lapan prinsip gaya hidup, tetapi di peringkat sekolah kita hanya menekankan kepada empat prinsip sahaja. Antara empat gaya hidup yang kita tekankan di setiap sekolah adalah inovasi, kecergasan, masyarakat dan pecinta alam," katanya.

Razali berkata program itu dijalankan di luar waktu persekolahan formal bagi memudahkan pelajar mengikuti aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

(Sumber: Bernama - 22/06/2009 - 6:00pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pelancaran MEASAT-3a Di Maikonur Cosmodrome, Kazakhtan Pada 22-06-2009

Satelit terbaru Malaysia, MEASAT-3a berjaya dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhtan mengikut jadual pada pukul 5.50 pagi waktu Malaysia di sini pada hari ini (Isnin) - 22 Jun 2009.

Satelit komunikasi bernilai AS$165 juta itu yang dilancarkan dalam cuaca sejuk dan berangin, adalah bagi meningkatkan lagi kapasiti satelit Measat Satellite Systems Sdn Bhd. Syarikat itu kini mempunyai empat satelit di orbit.

Perbezaan masa antara Kazakhstan dan Malaysia adalah dua jam yang bermakna satelit itu dilancarkan di Baikonur pada pukul 3.50 pagi.

MEASAT-3a sepatutnya dilancarkan pada Ogos tahun lepas tetapi kemalangan kren merosakkannya semasa persediaan untuk pelancaran dan terpaksa dibawa kembali ke Dulles di Washington untuk dibaiki.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, yang mengetuai kumpulan 50 anggota menyaksikan pelancaran satelit keempat Measat itu gembira dengan kejayaan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu lagi peningkatan kemampuan penyiaran Malaysia.

Mereka yang menyaksikan pelancaran itu kagum dengan tenaga roket yang membelah angkasa dan secara spontan bertepuk tangan sebaik pelancaran.

Rais berkata ini merupakan kali pertama beliau menyaksikan pelancaran satelit.

Bakal beroperasi pada Julai, MEASAT-3a akan menggantikan MEASAT-1 yang dijadualkan tamat operasinya pada 2015. Satelit MEASAT-3a dilancarkan ke orbit oleh pengangkut pelancar Zenit-3SLB bagi perjalanannya sehingga lokasi akhir pada 91.5 darjah Longitud Timur.

Rais berkata beliau berbangga dengan kejayaan pelancaran satelit berkenaan memandangkan ia akan membantu meningkatkan kedudukan Malaysia dalam perniagaan satelit antarabangsa serta penyiaran.

Ia juga akan meletakkan satu asas bagi rakyat Malaysia sendiri untuk mereka bentuk, mewujudkan dan mengeluarkan satelit mereka sendiri di masa depan dan tidak bergantung kepada pihak lain atau terhad kepada membuat komponen sahaja, katanya.

Beliau juga menyifatkan kejayaan pelancaran tu sebagai satu rangsangan kepada industri kreatif Malaysia.

Pelancaran satelit MEASAT-3a seberat 2,417 kilogram yang disaksikan sekumpulan rakyat Malaysia di kawasan gurun di Kazakhstan, beberapa kilometer dari tapak pelancaran, disiarkan secara langsung di Awani, saluran 501 Astro.

Antara yang menyaksikan pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Operasi Measat, Paul Brown-Kenyon, Peguam Korporat Measat Farah Suhanah Ahmad Sarji dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) Datuk Zam Zamzairani Mohd Isa.

Pelancaran MEASAT-3a, yang dikeluarkan oleh Orbital Sciences Corp of Dulles, Amerika Syarikat itu juga menjadi satu peristiwa yang tidak boleh dilupakan bagi 14 pelajar cemerlang dari Malaysia, India, Indonesia, Filipina dan United Kingdom. Mereka dipilih oleh Measat untuk mengalami satu peluang sekali dalam seumur hidup.

Antara pelajar itu ialah lima pelajar Malaysia yang mendapat keputusan cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2007. Ia merupakan satu impian yang menjadi kenyataan bagi Ahmad Ruiz Mohd Asri dari Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur; Edmund Chen Min Lau dari Kuching, Sarawak; Lina Na'ilah Abdul Talip dari Kajang; Chandra Sekhar Kuppusamy dari Johor Baharu, dan Cliff Asher R. Ongil dari Beaufort, Sabah.

(Sumber: Bernama - 22/06/2009 - 9:09AM)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan Jabatan Pengajian Politeknik menjalankan kajian bagi tujuan menaik taraf kedudukan politeknik bagi membolehkan institusi itu menawarkan kursus peringkat ijazah.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha menaik taraf institusi itu dibuat berikutan institusi itu menjadi pilihan pelajar lelaki yang meminati jurusan kemahiran.

Kerajaan akan terus berusaha untuk menyediakan peluang untuk belajar di politeknik termasuk menaik taraf institusi itu bagi membolehkannya menawarkan kursus peringkat ijazah, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah kecemerlangan PMR, SPM dan STPM 2008 bagi kawasan Parlimen Pasir Gudang di Sekolah Menengah Kebangsaan Permas Jaya di Johor Bharu hari ini.

"Pada masa ini politeknik hanya menawarkan jurusan peringkat diploma sahaja dan apabila dilaksanakan kelak, tiga ke empat politeknik akan dipilih untuk menawarkan jurusan-jurusan peringkat ijazah," kata Mohamed Khaled yang juga anggota Parlimen Pasir Gudang.

Beliau berkata politeknik menerima 120,000 permohonan sedangkan jumlah tempat yang ditawarkan kepada pelajar hanya 20,000.

Katanya lulusan politeknik juga menjadi pilihan pihak industri kerana mereka memiliki kemahiran yang diperlukan.

(Sumber: Bernama - 20/06/2009 - 18:13pm))

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini mencadangkan skim pembantu guru diperluaskan di sekolah harian dan berasrama penuh bagi membantu golongan guru yang kini turut dibebani tugas perkeranian.

Sambil meminta kerajaan mempertimbangan cadangan itu demi melahirkan pelajar yang hebat, Presiden NUTP Hashim Adnan berkata ia antara lain akan membolehkan para guru memberikan tumpuan penuh terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

"Tugas perkeranian ini kadang-kadang mengambil masa yang lama yang perlu dibuat oleh cikgu itu sendiri, contohnya mengira stok barangan di stor.

"Ini semua satu penambahan kerja yang tak sepatutnya dilakukan oleh guru kelas. Guru ini satu sahaja dalam hati dia, dia mahu semua anak murid dia lulus. Mana-mana guru pun tak mahu anak murid dia gagal.

"Tetapi atas sebab tugas perkeranian dia banyak sangat, bila dia letih dan penat, dia dah tak mampu nak mengajar dan dipenghujungnya anak murid juga yang rugi," katanya kepada pemberita selepas seminar NUTP di Kuala Lumpur hari ini.

Hashim berkata pembantu guru, yang terletak dibawah skim yang sama dengan pembantu tadbir perkeranian dan operasi gred N17 dalam Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kini hanya ditempatkan di prasekolah dan sekolah pemulihan bagi membantu guru.

"Setakat ini di sekolah harian dan berasrama masih belum ada lagi pembantu guru dan dengan anggaran 5.5 juta pelajar, kita memerlukan kira-kira 11,000 orang pembantu guru untuk 10,000 buah sekolah di seluruh negara," katanya.

Hashim berkata pembantu guru itu juga boleh diberikan peranan untuk menjaga kebajikan dan keselamatan pelajar sekiranya terdapat sesuatu aktiviti diluar sekolah.

"Sebagai contoh, sekiranya sesebuah sekolah itu memasuki pertandingan bola sepak di peringkat daerah, pembantu guru inilah yang diberi tanggungjawab membawa pelajar ke stadium dan menjaga keselamatan dan barangan mereka. Jadi guru akan kurang sedikit bebannya," katanya.

Mengulas cadangan mensyaratkan pelajar wajib lulus Bahasa Inggeris sebagai syarat layak memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Hashim berkata ia perlu ditangguhkan sungguhpun ia masih diperingkat cadangan, sehingga negara mempunyai guru berkemahiran dan berkelayakan yang mencukupi untuk mengajar subjek itu.

"Perlu diingat, kita tidak mahu guru yang hanya pergi kursus selama dua minggu kemudian diminta mengajar bahasa Inggeris. Ini tidak boleh. Kalau mahu, letakkan guru yang sememangnya mahir, fasih dan berkelayakan untuk mengajar dalam bahasa Inggeris," katanya.

"Selain itu, sebelum dilaksanakan cadangan itu, kita perlu pastikan kita mempunyai cukup guru untuk mengajar. Kalau di bandar kita tidak khuatir tetapi di pedalaman, bagaimana. Kita tak boleh membiarkan pelajar di luar bandar terus ketinggalan ekoran ketiadaan guru yang benar-benar menguasai bahasa Inggeris untuk mengajar mereka," katanya.

(Sumber: Bernama - 20/06/2009 - 15:05pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Kementerian Pengajian Tinggi akan menubuhkan sebuah Unit Keusahawanan tidak lama lagi, khusus bagi membolehkan para graduan diberikan bimbingan yang sewajarnya sebelum menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Timbalan menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata unit itu akan bertanggungjawab membimbing, melatih serta menggalakkan para graduan supaya terlibat dalam bidang berkenaan.

"Ia secara tidak langsung bertujuan melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan graduan kerana kerajaan memang menyediakan banyak peluang perniagaan di dalam negara," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Forum Industri Kecil Sederhana (IKS) anjuran Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda Parti Gerakan Pusat di Mentakab, hari ini.

Beliau berkata ketika ini hanya 2.5 peratus sahaja graduan dalam negara yang dilihat menceburi bidang keusahawanan berbanding negara Amerika Syarikat yang menjangkau 15 peratus dan Eropah 10 peratus.

Saifuddin yang juga Anggota Parlimen Temerloh berkata unit itu juga akan menjalankan perbincangan dengan institusi-institusi kewangan seperti Mara, bank SME, Tekun Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan institusi kewangan yang lain bagi memudahkan pinjaman diberikan kepada graduan untuk memulakan perniagaan mereka.

(Sumber: Bernama - 20/06/2009 - 6:45pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Universiti Sains Malaysia (USM) muncul universiti pertama di negara ini yang menerapkan garis panduan pengukuran kelestarian bangunan menggunakan "Indeks Binaan Hijau" (GBI) dalam modul latihan dan pengajaran di Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangannya.

Indeks itu, yang dibangunkan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), merupakan mekanisme pertama yang diwujudkan di negara ini bagi mengukur tahap kelestarian sesebuah bangunan.

Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, melalui kerjasama dengan PAM itu, universiti berkenaan dapat melahirkan graduan terlatih dan memahami tanggungjawab untuk menghasilkan rekabentuk bangunan yang menepati garis panduan itu pada masa akan datang.

Berucap pada majlis penandatanganan memorandum perjanjian (MoA) antara USM dan PAM di Pulau Pinang, beliau berkata, indeks itu akan diterapkan dalam program Senibina, Perancangan Bandar dan Wilayah, Ukur Bahan, Pengurusan Binaan, Rekabentuk Dalaman dan Teknologi Bangunan.

Katanya, antara penekanan dalam indeks itu ialah mewujudkan rekabentuk dan binaan yang bukan sahaja lestari malahan boleh menjimatkan penggunaan tenaga, menjaga ekosistem dan mewujudkan persekitaran gaya hidup selamat.

Katanya, indeks itu akan mula digunapakai untuk tujuan latihan kepada pelajar USM pada awal Julai ini dan USM mungkin menggunakan indeks itu untuk mengukur kelestarian binaan telah dan bakal dibangunkan di sekitar kawasan kampusnya.

Sementara itu, Presiden PAM Lee Chor Wah berkata, setakat ini indeks itu mengukur tahap kelestarian binaan bangunan komersil dan kediaman dan pada hujung tahun ini, ia akan diperluaskan kepada perancangan induk pembangunan kawasan.

Beliau berkata, melalui indeks itu, setiap binaan akan diberi penarafan platinum, emas, perak atau diperakui lulus sahaja dan setakat ini PAM telah mengenalpasti 11 buah bangunan sebagai projek perintis untuk diberi penarafan itu.

Katanya, Malaysia perlu mengamalkan indeks berkenaan untuk menarik pelaburan asing ke negara ini memandangkan banyak negara lain seperti Singapura, Jepun dan United Kingdom sudah mempunyai garis panduan sedemikian.

"Kebanyakan pelabur asing akan melihat sama ada binaan di sesebuah negara telah mempunyai indeks atau garis panduan ukuran kelestarian sebagai penanda aras untuk mereka menerokai pelaburan di negara berkenaan," katanya.

(Sumber: Bernama - 19/06/2009 - 19:36pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Universiti Malaya (UM) merancang mengurangkan pengambilan pelajar sebanyak 3,000 bagi tempoh tiga tahun akan datang dan meningkatkan pengambilan pelajar lepasan ijazah termasuk pelajar lepasan ijazah asing, dalam usaha untuk menjadi satu daripada universiti terkemuka dunia.

Naib Canselor UM Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon berkata universiti itu bercadang meningkatkan jumlah pelajar lepasan ijazah sebanyak 5,000 sepanjang tempoh itu, meningkatkan peratusan pelajar lepasan ijazah antarabangsa kepada 40.

Katanya peningkatan jumlah pelajar lepasan ijazah itu ialah bagi membantu universiti itu membina keupayaan penyelidikannya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari dengan para naib canselor Komanwel di Kuala Lumpur, katanya nisbah pelajar tempatan-asing bagi universiti terkemuka dunia ialah 60:40.

Ketika ini, UM, universiti tertua di neagra, mempunyai 18,000 mahasiswa dan mahasiswi dan 10,000 pelajar lepasan ijazah, termasuk 3,500 pelajar antarabangsa dari 82 negara.

(Sumber: Bernama - 19/06/2009 - 21:26pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Seramai 4,424 calon yang tersalah diberi tawaran oleh Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebahagian daripada 40,366 pemohon yang berjaya dalam pemilihan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2009/2010.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi Datuk Prof Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata kesemua calon berkenaan berjaya melepasi sesi pemilihan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) jabatan berkenaan.

Beliau berkata mereka adalah antara 4,574 calon yang tersalah diberi tawaran oleh USM berikutan kesilapan teknikal pada 29 Mei lepas.

"Baki 150 pemohon yang tidak disenarai akan dipertimbangkan oleh pihak USM menerusi rayuan kerana pada dasarnya mereka telah melepasi pra-penilaian yang dibuat oleh pihak universiti," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Radin Umar berkata 40,366 pemohon telah ditawarkan tempat untuk mengikuti program pengajian lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Setaraf (Ijazah Pertama) bagi sesi akademik 2009/2010 di semua IPTA seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, 27,829 pemohon terdiri daripada kaum bumiputera manakala 10,116 dan 2,421 calon masing-masing terdiri daripada kaum Cina dan India," katanya.

Radin Umar berkata pemohon boleh menyemak status permohonan masing-masing menerusi internet di laman web http://jpt.uum.edu.my, http://www.jpt.utm.my atau http://upu.mohe.gov.my atau menghubungi talian hotline 03 88835858 atau talian helpline 03 88835848.

"Mereka juga boleh melakukan penyemakan melalui SMS untuk semua talian telefon bimbit dengan menaip UPU RESULT (No Kad Pengenalan) dan menghantarnya ke 15888," katanya.

Beliau berkata kesemua surat tawaran rasmi akan dikeluarkan mulai hari ini dan calon diminta membuat pengesahan penerimaan tawaran dalam tempoh tujuh hari atau sebelum 25 Jun.

"Calon yang tidak membuat sebarang pengesahan sebelum atau pada tarikh itu dianggap sebagai telah menolak tawaran dan tidak akan diberi tempat di IPTA," katanya.

(Sumber: Bernama - 19/06/2009 - 17:36pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Majlis Peperiksaan Malaysia akan memperkenalkan satu sistem modular bagi menggantikan sistem penggal Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menjelang 2011, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata sistem modular yang berasaskan kepada tiga semester adalah serupa seperti sistem di universiti, dengan pelajar hanya perlu menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding dengan sistem penggal, pelajar perlu mengingati fakta yang dipelajari dari Tingkatan Enam Bawah sehinggalah ke hari terakhir mereka di Tingkatan Enam Atas.

"20 hingga 30 peratus akan berasaskan kepada tugasan kursus atau projek dan penilaian lain di samping kerja amali.

"Dan 70 hingga 80 peratus adalah berasaskan peperiksaan pusat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen Khamis.

(Sumber: Bernama - 18/06/2009 - 18:22pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) menyokong cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi ianya bersyarat, kata Setiausaha Satu Gapena Prof Datuk Dr Zainal Abidin Borhan.

Katanya syarat-syarat tersebut perlu dipatuhi sebelum kerajaan meluluskan usul berkenaan bagi mengelak situasi yang sama seperti isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang banyak menimbulkan masalah terutama kepada pelajar luar bandar.

"Kita meletakkan syarat supaya pada kali ini kerajaan tidak tergopoh gapah untuk melaksanakan usul ini sebagaimana yang terjadi semasa PPMSI dilaksanakan dahulu dan jika kerajaan menolak syarat tersebut kami akan tentang usul ini," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, antara syarat itu ialah Gapena mahu kerajaan memansuhkan PPSMI, mengekalkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada semua peringkat pembelajaran serta memastikan tenaga pengajar Bahasa Inggeris terlatih mencukupi serta bersedia berkhidmat di luar bandar.

"Kerajaan juga perlu memastikan prasarana dan alat bantuan mengajar bagi pelaksanaan usul ini mencukupi khususnya untuk sekolah di kawasan luar bandar, membatalkan syarat lulus MUET untuk memasuki Pusat Pengajian Tinggi dan memasukkan mata pelajaran kesusasteraan Melayu dan Sejarah dalam kurikulum sekolah," kata Zainal Abidin.

"Apa yang kami bimbang, pelajar luar bandar tidak mendapat kemudahan yang sama sperti pelajar di bandar kerana wujud trend sebilangan guru yang tidak mahu berkhidmat di luar bandar seperti di pedalaman atau perkampungan masyarakat Orang Asli."

Beliau menyokong cadangan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya guru-guru yang telah bersara diambil semula untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan.

(Sumber: Bernama - 18/06/2009 - 16:58pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

India dan Malaysia telah memutuskan untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani semua isu berkaitan pengajian tinggi antara kedua-dua negara, kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia India - Kapil Sibal hari ini.

Beliau berkata pasukan petugas khas itu akan mengemukakan satu laporan dalam tempoh tiga bulan kepada menteri yang bertanggungjawab mengenai pengajian tinggi India dan Malaysia untuk membolehkan mereka memutuskan tindakan selanjutnya.

Menteri India itu berkata isu-isu yang akan ditangani pasukan petugas khas itu meliputi hal-hal berkaitan pengiktirafan ijazah perubatan.

"Idea di sebalik penubuhannya (pasukan petugas khas ini)... kami mahu melihat aliran bebas penuntut daripada satu sistem ke sistem lain... daripada institusi pendidikan ke institusi yang lain antara India dan Malaysia," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai pengajian terbuka dan jarak jauh di Asia e University (AeU), di Kuala Lumpur.

Kapil Sibal berkata sebarang kesulitan mengenai pembangunan pengajian tinggi antara India dan Malaysia akan ditangani oleh pasukan petugas khas bagi mencari jalan menyelesaikan masalah berkenaan.

"Terdapat pelbagai isu... bagaimana mahu menangani... menyelesaikannya. Ini merupakan suatu tugas bagi pasukan petugas khas untuk mencadangkannya kepada kami," kata Kapil Sibal, yang portfolio tugasnya meliputi pendidikan rendah, menengah dan tinggi serta latihan vokasionla serta pembangunan modal insan.

Kapil Sibal berkata India, dengan kira-kira 350 universiti dan 20,000 kolej, merupakan satu pusat pendidikan manakala Malaysia juga berhasrat menjadi pusat pengajian dan kini berusaha menarik penuntut dari banyak negara.

"Kami ingin mengambil peluang dasar pintu terbuka Malaysia dan berharap membawa masuk institusi-institusi ke sini dan pada masa sama menerokai kemungkinan mempunyai universiti asing di India," katanya.

Mengenai pertemuannya dengan Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam semalam, Kapil Sibal berkata India dan Malaysia memutuskan untuk menubuhkan kumpulan kerja bagi mencari peluang-peluang usahasama dalam bidang-bidang pembangunan kemahiran dan latihan vokasional.

Beliau berkata Malaysia mempunyai banyak pengalaman dalam kedua-dua bidang pembangunan sumber manusia dan India mahu mempelajarinya dari Malaysia.

Sementara itu, pada satu majlis lain di tempat sama, Kapil Sibal menyempurnakan pelancaran awal Pameran Pendidikan India 2009, yang julung kali diadakan, dijadulkan berlangsung di pusat membeli-belah Mid Valley Mega Mall di sini pada Sabtu dan Ahad ini.

(Sumber: Bernama - 18/06/2009 - 16:00pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Satelit remote sensing kedua negara RazakSAT yang sepatutnya dilancarkan 21 April lalu namun ditangguhkan atas sebab teknikal, kini bakal dilancarkan 14 Julai ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili berkata tarikh baru itu diberikan oleh Space Exploration Technology yang bertanggungjawab melancarkan satelit itu, setelah mereka memperbaiki masalah teknikal yang timbul iaitu gegaran berlebihan pada pelancar roket.

RazakSAT akan dilancarkan di Kwajalein Atoll, Republik Kepulauan Marshall yang akan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, katanya.

Dr Maximus berkata satelit yang akan mengelilingi orbit garisan Khatulistiwa itu bukan sahaja akan memberi kemudahan kepada negara dalam bidang meteorologi dan remote sensing, malah memberi ruang untuk menjana pendapatan kepada negara di mana negara lain akan dibenarkan turut menggunakannya dengan dikenakan bayaran.

Setakat ini beberapa negara telah menunjukkan minat untuk menggunakan servis tersebut termasuk Indonesia dan beberapa negara Afrika, katanya.

Dalam isu lain, Dr Maximus berkata mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi, yang akan melibatkan pelaksanaan program bagi memupuk idea kreatif dan inovatif di kalangan rakyat negara ini tanpa mengira umur, kaum dan kedudukan geografi.

Beliau berkata program yang dijangka dilancarkan oleh Perdana Menteri dalam tempoh terdekat itu bakal melibatkan lapan buah kementerian yang akan berbincang untuk memilih pengisian program yang sesuai.

Beliau berkata sempena program itu juga, sebuah portal iaitu "myideas" akan turut dilancarkan Rabu depan oleh Perdana Menteri bagi memberi saluran kepada orang ramai dalam menyampaikan idea masing-masing untuk pembangunan negara dengan tema "1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".

"Kita juga sedang membida untuk menganjurkan Forum Ekonomi Dunia di Kuala Lumpur yang akan memfokus kepada aspek inovasi," katanya.

(Sumber: Bernama - 17/06/2009 - 19:34pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 1 comments ]

Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan untuk memberi pengecualian kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran Sains Agama untuk mengambil 11 mata pelajaran maksimum bagi peperiksaan itu tahun depan.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bagaimanapun, 10 mata pelajaran maksimum SPM bagi tahun 2010 yang ditetapkan sebelum ini masih kekal untuk calon lain.

"Kementerian bersetuju dengan rayuan daripada pihak pentadbir Sekolah Menengah Agama supaya pelajar diizinkan mengambil 11 mata pelajaran, ia merupakan pengecualian terhadap pelajar yang perlu mengambil aliran Sains dan Agama sekaligus," kata Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, dalam sidang media sebelum mengadakan perbincangan dua hala dengan delegasi Persidangan Menteri Pelajaran Komanwel di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur.

Muhyiddin berkata pengecualian itu hanya untuk peperiksaan pada tahun 2010 dan akan kembali kepada 10 mata pelajaran maksimum bagi calon aliran Sains Agama pada tahun 2011.

"Ini kerana mereka tidak boleh tukar (mata pelajaran) dengan segera, tetapi mulai 2011 semua calon akan ambil 10 mata pelajaran sahaja, maknanya kita beri tempoh kepada sekolah agama untuk membuat pengubahsuaian dan calon memilih mata pelajaran yang benar-benar dikuasai mereka," katanya.

Beliau berkata selain empat mata pelajaran teras yang diambil oleh calon aliran berkenaan, tujuh mata pelajaran elektif yang diambil ialah Al-Quran, Sunnah, Bahasa Arab Tinggi, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

Muhyiddin berkata keputusan itu diharapkan dapat menyumbangkan kepada pembinaan modal insan yang bukan sahaja mempunyai kekuatan "pendidikan pengetahuan" tetapi juga "pendidikan insaniah".

Beliau berkata di samping itu, ia akan menolak sesetengah persepsi yang mengatakan Malaysia mengamalkan sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan.

"Jika ambil sejumlah (mata pelajaran) yang banyak itu, sudah pastinya ia menjurus kepada keputusan yang baik dan ia menjadi terlalu berorientasikan peperiksaan, maka kita akan bangunkan potensi murid dalam jurusan yang dipilih secara lebih intensif dan komprehensif," katanya.

Beliau berkata dengan itu guru dan pelajar juga akan mempunyai lebih masa untuk menjalankan aktiviti kokurikulum yang pastinya mampu membangunkan potensi akal, jasmani dan emosi pelajar secara seimbang dan selari dengan falsafah pendidikan negara.

Kementerian baru-baru ini mengehadkan sejumlah 10 mata pelajaran yang boleh diambil oleh pelajar dalam peperiksaan SPM bagi memastikan keadilan dalam pemberian biasiswa kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Bagaimanapun, 21 kesatuan dan persatuan guru seluruh negara baru-baru ini membantah dan mahukan had mata pelajaran yang boleh diambil calon SPM ditingkatkan kepada 12 subjek.

Sementara itu, mengenai cadangan kementerian untuk mewajibkan calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai syarat lulus peperiksaan SPM, Muhyiddin berkata hampir 80 peratus daripada keseluruhan maklum balas bersetuju dengan cadangan itu.

"Kita belum ada keputusan, masih mengumpul maklum balas, walaupun hampir 80 peratus setuju dengan pandangan yang saya suarakan, saya minta supaya ada respons dan kita akan buat kajian terperinci," katanya.

Beliau berkata kebanyakan responden yang bersetuju dengan cadangan itu turut menetapkan beberapa syarat antaranya kementerian perlu memastikan tenaga pengajar mencukupi, guru Bahasa Inggeris cukup terlatih dan perlu mengambil kira pelajar di luar bandar.

"Menerusi website kementerian juga kita terima lebih 3,000 pandangan dan mengatakan bahawa idea ini bagus," katanya sambil menolak bahawa kerajaan mengenepikan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menerusi cadangan itu.

Beliau berkata keputusan mengenai cadangan itu mungkin akan dibuat dalam tahun ini juga.

(Sumber: Bernama - 17/06/2009 - 16:33pm)

Baca Selengkapnya (Read More)...