Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN) akan membenarkan pembayaran balik pinjaman minimum sehingga RM50 kepada para peminjam, dalam usaha mendapatkan kembali wang pinjaman yang belum dijelaskan, yang kini menjangkau jutaan ringgit.
Selain membenarkan pembayaran minimum, PTPTN juga memutuskan untuk hanya mengenakan caj 1% yuran perkhidmatan mulai tahun ini, berbanding 4% pada tahun sebelumnya.
Para peminjam berkenaan perlu menghubungi pejabat PTPTN berhampiran terlebih dahulu, bagi mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.
Menurut Pengerusi PTPTN Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman di Labuan hari ini, kelonggaran diberikan selepas mengambil kira peratus peminjam yang tidak membuat pembayaran balik pinjaman mereka, yang kini menjangkau 49%. PTPTN memperuntukkan RM3.4 bilion setiap tahun untuk pinjaman pendidikan.
Beliau menggesa agar para ibu bapa sebaiknya membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi anak-anak mereka yang sedang belajar di kolej serta yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bagi memudahkan mereka mendapat kelulusan untuk pinjaman PTPTN.
Terkejut kan dengan data Pengerusi PTPTN di atas? Hampir separuh peminjam belum bayar langsung! 3.4 bilion tu 3 ribu juta. Kalau semua duit diberi pada 30 juta rakyat Malaysia, semua akan dapat RM140.00. Macam-macam boleh buat, tambahan dah nak mula tahun 2009 ni. Kena kasihan sama pada PTPTN, ia perlu dapat dana semula untuk rolling wang kepada pelajar-pelajar peminjam baru.
Semoga para peminjam PTPTN lebih bertanggungjawab.. Jangan tunggu dapat kerja lumayan baru nak bayar. PakTeh pernah jumpa seorang atendan stesen minyak (siswazah belum dapat kerja bersesuaian), tetapi dia tetap boleh bayar PTPTN RM80 sebulan.. konsisten. Antara mahu dan tak mahu, itu isunya.
Satu, tak mahu kerja yang dianggap 'tak berbaloi' dan kedua, memang tak mahu bayar..
1 comments
macam mana sy nak tahu tentang berapa pinjaman pendidikan saya dan berapa lama tempoh pembayaran balik pinjaman tersebut?
Post a Comment