| 4 comments ]

Keputusan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan pada 2010, tahun depan. Sehubungan itu,  Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan.

Sebanyak lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI telah dijalankan berhubung proses kajian dan membuat rumusan status PPSMI. Paling terkini yang berlangsung pertengahan Disember lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Apakah 7 pilihan itu?

  1. Meneruskan PPSMI seperti sedia ada;
  2. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah, tetapi meneruskan PPSMI di sekolah menengah;
  3. Memulakan PPSMI dari Tahun Empat hingga sekolah menengah;
  4. Menggunakan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di sekolah rendah dan digunakan sepenuhnya di sekolah menengah;
  5. Penggunaan bahasa pengantar Sains serta Matematik ditentukan sekolah. 
  6. Penggunaan bahasa Melayu atau bahasa ibunda di Tahun Satu hingga Tiga, diikuti dwibahasa pada Tahun Empat hingga Enam dan penggunaan bahasa Inggeris sepenuhnya di sekolah menengah;
  7. Pilihan memansuhkan subjek Sains di Tahun Satu hingga Tiga, tetapi mengajar ilmu Sains dalam mata pelajaran lain. 

PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002. Pelaksanaan PPSMI adalah secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. 

Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Cuma kini, sejauhmana keberkesanan PPSMI itu menjadi tanda tanya banyak pihak dan menimbulkan banyak polemik dan bantahan.

Kemelut PPSMI semakin meruncing apabila akhbar baru-baru ini melaporkan Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menetapkan 15 Februari ini sebagai tempoh muktamad untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kerajaan masih meneruskan pelaksanaan PPSMI, di samping berhasrat mengadakan 'perarakan keranda' bulan depan.

Soalan Simulasi: Andaikan anda adalah merupakan salah seorang dari ahli panel dalam Persidangan Meja Bulat PPSMI untuk memberi undi. Apakah pilihan anda dari tujuh pilihan tersebut? 

Related Posts by Categories



4 comments

Unknown said... @ 11:00 PM

dilema melayu.


dilema melayu 1.

negara jepun, membangun dan bangkit dari kehancuran hiroshima dan nagasaki menggunakan bahasa ibunda. dan sekarang merupakan salah satu kuasa besar dunia.

negeri china.. mampu menghasilkan kapal selam yang gagal dikesan satelit amerika. para jurutera yang menghasilkannya lulusan beijing universiti yang menggunakan nahasa ibunda sebagai bahasa pengantar universiti.

mercedes kompressor ... mengapa mercedes kompressor dan bukan compressor? sebab huruf C tidak digunakan di negara jerman... jerman merupakan pengeluar kereta mercedes..


Dilema 2.

perkaedahan ilmu dalam pengajaran m3 dan sains amat sesuai digunakan bahasa inggeris..
sebab ;

i) pendedahan ke arah globalisasi jangka masa panjang.

ii) harus diakui BI adalah amat sinonim dengan konsep2 dan modul dalam pembelajaran m3 dan sains.

iii) masih sebagai lingua franca yang membudayakan ilmu m3 dan sains . contoh. harvard uni dan oxford sebagai tamadun ilmu m3 dan sains. perlu diakui hakikat ini..



dilema melayu 3 dan seterusnya...

..... mungkin pak teh atau sesiapa yang ada dilema melayu yang seterusnya...?


cikgu sivik..- mengajar sivik dalam bahasa melayu ...LOL...!!!

PakTeh said... @ 10:18 PM

@cikgu sivik: bagus sekali argument tersebut. nampak pro & con keperluan PPSMI.

dlm gov service, jelas nampak ketrampilan dan kelajuan karier bagi yang dulunya LCE/MCE berbanding dgn yang SRP/SPM. BI sebahagian syarat kursus PTK bagi gred 48 ke atas (public speaking), kan mereka nak kena sambut delegasi asing atau buat presentation. kalau sektor korporat, lebih hebatlah keperluan ini.

atau adakah kena buka semula sistem 2 aliran, seperti dulu? aliran Inggeris untuk yang mampu bawa, dan aliran BM untuk yang kurang sikit..

Unknown said... @ 11:10 PM

dilema melayu VS special malay


( - atau adakah kena buka semula sistem 2 aliran, seperti dulu? aliran Inggeris untuk yang mampu bawa, dan aliran BM untuk yang kurang sikit.. )

------------------------------------------
cerita tentang seorang pakcik orang kampong sejati dan sekumpulan anak muda dari IPTA..

pakcik tersebut telah diminta memberikan tunjuk ajar kepada sekumpulan siswa dari IPTA oleh pegawai dari jabatan pertanian secara praktikal di kebun pakcik tersebut. Secara kebetulan pegawai pertanian tersebut ialah rakan lama pakcik itu.

so, pakcik itu teruslah menerangkan tentang ilmu2 " perkebunannya" kepala students tersebut..

yang terjadi ialah :

1. siswa2 tersebut terlopong @ ternganga

2. pegawai pertanian tersebut ketawa terbahak-bahak.

mengapa situasi ini terjadi?

-pakcik tersebut rupa2nya first batch special malay . so dia ingatkan anak2 muda tersebut mahir menggunakan BI, tapi yang sebaliknya berlaku.

_____________________________________________

* mungkin betul kata pak teh.. sistem 2 aliran mungkin jawapan kepada kemelut ppsmi ini.. sekurang-kurangnya kita mampu menjana warga kita sendiri sebagai fasilitator utk subject BI, dan bukannya mengimport tenaga dari UK menjadi advisor seperti yang terdapat di sesetengah JPN pada tahun 2004/2005 dulu.
( sekarang saya tak pasti)

PakTeh said... @ 7:20 AM

skrg rasanya kita dah ada kepakaran BI sejak skim gred guru-guru cemerlang mata pelajaran diwujudkan. bgmanapun, nampaknya masih ada kekosongan. kurang guru berminat sedangkan peluang kenaikan 'fast track' itu amat baik. mungkin tak suka diselia dan pemantauan dokumentasi :D

tentang sistem 2 aliran itu, ada juga kesulitannya. perlukan lebih guru yg power BI untuk mengajar lain-lain subjek juga. dah datang pula satu kemelut lagi.. :D

Post a Comment