| 0 comments ]

PakTeh baca laporan Bernama tadi. Ada berita baik dan ada perkara yang kurang baik untuk tindakan kita semua. 

Berita baik adalah kerajaan berusaha menjadikan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) setaraf dengan sekolah-sekolah lain dan tidak membiarkan pelajarnya terpinggir. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan cek berjumlah RM8 juta kepada 20 buah SABK di Pantai Timur, dengan 14 daripadanya SABK di Terengganu hari ini.

PakTeh tidaklah nak kaitkan bantuan ini berkait dengan 'kepanasan' kempen pilihanraya di Kuala Terengganu sekarang. Cuma ada beberapa kata-kata (quotes) Datuk Seri Najib yang menarik untuk difikir dan dihayati dan difahami.

  • Kerajaan tidak akan meminggirkan pendidikan Islam dari arus pendidikan perdana dalam usaha melahirkan umat Islam yang mempunyai kekuatan dan mampu menghadapi sebarang cabaran.
  • Tanpa kekuatan ini, lihatlah apa yang berlaku di Palestin. Kerakusan rejim Tel Aviv bukan sahaja menyayat hati, tetapi juga membuka minda, apabila 1.4 bilion umat Islam di serata dunia boleh tewas kepada tujuh juta Yahudi di Israel, Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah.
  • Timbul persoalan, bilangan muslim ramai tetapi kenapa tidak boleh selamatkan umat Islam biar di mana mereka berada. Ketetapan demi ketetapan pun, Israel tidak peduli sama sekali kecuali kita ada kekuatan.
  • Sistem pendidikan Islam mampu melahirkan ulama yang bersama-sama golongan pemimpin, turut memainkan peranan penting membentuk masyarakat yang harmoni.
  • Inilah pentingnya peranan ulama dan umara' (pemimpin), baik kerjasama kedua-duanya, baiklah masyarakat. Kalau hubungan kedua-duanya tidak baik, rosaklah masyarakat.
  • Kerajaan hendak angkat kedudukan umat Islam. Kita ingin ikut jejak Rasulullah, baginda bukan sahaja pendakwah tetapi juga pemimpin kerajaan, yang bukan sahaja membangunkan bala tentera tetapi juga dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perjumpaan Mesra Bersama Imam, Bilal dan Ahli Jawatankuasa (Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) Masjid dan Surau Dalam Daerah Kuala Terengganu di Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.

Semoga apa yang Datuk Seri tu kata, dikota. Bagi kita pula, timbalah dan kuasailah ilmu sebanyak-banyaknya. Semoga sumber kekuatan itu dapat dijana dan berkuasa.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment