| 0 comments ]

Semalam, berlaku gerhana matahari, kan? Laluan gerhana matahari penuh melintasi keseluruhan perairan lautan di bahagian selatan glob, bermula dari kira-kira 900 km selatan Afrika dan tidak mencecah daratan sehingga ia melintasi Kepulauan Cocos (Keeling), Australia di Lautan Hindi. Bagaimanapun, pemerhati di selatan Afrika, Madagascar, Australia dan Asia Tenggara tetap dapat melihat fenomena separa gerhana.

gerhana-matahari-cincin-separa-26.01.2009
Berikut kita tengok bagaimana fenomena menakjubkan berlalu. Siri foto di bawah menunjukkan bagaimana bulan melintasi antara bumi dan matahari - sebelum, semasa dan selepas gerhana matahari, seperti dilihat dari Bandar Lampung di Indonesia pada 26 Januari, 2009. Subhanallah..

gerhana-matahari-sebelum-semasa-selepas-26.01.2009
Menurut Pengarah Ukur, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Dr. Azhari Mohamed, garisan laluan bulan berada betul-betul atas langit Indonesia, jadi hanya mereka di sana yang dapat lihat keadaan bulan menutupi matahari sehingga kelihatan seperti cincin. 

Kali terakhir gerhana matahari cincin dapat dilihat di Malaysia pada 1998 dan fenomena itu memang dinanti kerana keadaannya lebih cantik berbanding gerhana matahari separa.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment