Permohonan untuk Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa Untuk Sidang Akademik 2009-2010 di Universiti Sains Malaysia (USM) dibuka sekarang. Calon-calon lepasan Diploma atau Setaraf: IB, AUSMAT, A-Level dan kelayakan lain yang diiktiraf adalah dipelawa untuk memohon.
Untuk makluman, USM telah diiktiraf sebagai Universiti APEX (Accelerated Programme for Excellence, Ministry of Higher Education Malaysia - Program Pemacuan Kecemerlangan, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia) yang terulung di Malaysia.
Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti berikut:
PERMOHONAN DALAM TALIAN
- Lulusan Diploma dari IPTA / Politeknik / IPTS;
- Lulusan STP / HSC / STPM Tahun 2007 atau sebelumnya;
- Lulusan Matrikulasi Tahun 2007 atau sebelumnya;
- Sijil Politeknik (Kejuruteraan; dan
- Kelayakan lain yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat USM (IB, AUSMAT, A-Level dan lain-lain), dan
- Memenuhi Syarat Am dan Syarat Khas program pengajian.
Maklumat lanjut tentang program pengajian ditawarakan, syarat am dan syarat khas program pengajian, layari laman web USM: http://www.usm.my
PERMOHONAN DALAM TALIAN
- Permohonan kemasukan ke USM bagi Program Pengajian Lepasan Diploma atau Setaraf untuk Sidang Akademik 2009 / 2010 adalah melalui Permohonan Dalam Talian (Online Aplication) sahaja.
- Pemohon boleh mengemukakan permohonan dalam talian mulai 4 Januari 2009, jam 6.00 petang.
- Pemohon boleh melayari laman web USM ( http://www. usm.my ) untuk mendapatkan program pengajian yang ditawarkan, Syarat Am dan Keperluan Khas program pengajian di USM, dan seterusnya membuat permohonan.
- Pemohon pelru mendaftar kali pertama dengan menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) dan Kata laluan untuk mengakses Borang Permohonan yang akan dipaparkan.
- Borang permohonan boleh dicapai setelah mendaftar dengan menggunakan No. Kad Pengenalan (MyKad) dan Kata Laluan yang dibekalkan.
- Borang Permohonan yang telah selesai diisi boleh dihantar menggunakan butang "HANTAR". Nombor pengesahan akan diberikan sebagai rujukan semasa berurusan dengan USM.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dicetak dan dihantar bersama (i) Salinan Kad Pengenalan/ MyKad; (ii) Salinan Transkrip Sijil / Diploma; (iii) Salinan Sijil SPM / STPM / Matrikulasi; (iv) Salinan sijil-sijil berkaitan. (Semua salinan perlu disahkan oleh Pegawai Kategori A) ke alamat berikut:
UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
ARAS 2, CANSELORI
11800 USM, PULAU PINANG
- Calon mesti bersedia menduduki Ujian Penetapan Khas (MunsyI) untuk tujuan penetapan pengajian.
Sebarang pertanyaan boleh ditujukan kepada:
UNIT PENGAMBILAN & KEMASUKAN PELAJARBAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIKJABATAN PENDAFTAR UNIVERSITI SAINS MALAYSIAARAS 2, CANSELORI11800 USM, PULAU PINANGTel : 04 653 3196 / 3141 / 2688 / 3327 / 3072 / 3697Faks : 04 653 3328E-mel: admissions@notes.usm.my
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 05 FEBRUARI 2009 !
1 comments
sLm..
bila kemaskini permohonan Fasa 2 di usm pengmbilan kemasukan sesi 10/11 bagi program lepasan matrikulasi 2010..
Post a Comment