| 62 comments ]

Pelik kan? Tahun sebelum ini, pengambilan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah secara biasa - iaitu dengan membuat semakan secara online sahaja, bagi ambilan pertama dan kedua. 

Tahun ini, berbeza. Ambilan pertama diketahui dengan semakan online. Ambilan kedua perlu melalui proses temuduga pula. Kenapa ? 

Kita baca penjelasan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom semalam berhubung isu ini.

Beliau menyatakan perubahan dasar Kementerian Pelajaran yang mengambil kira kewujudan sekolah kluster pada tahun ini menjadi faktor utama proses temu duga dijalankan bagi pengambilan kedua pelajar sekolah berasrama penuh (SBP).

Perubahan tersebut dilakukan untuk membolehkan pihak sekolah mengenal pasti pelajar untuk dimasukkan ke bidang yang sesuai mengikut kehendak dan matlamat sekolah masing-masing.

"Mulai tahun ini, kita telah memberi 20 peratus kuasa kepada semua pengetua sekolah mengambil pelajar mereka. Sebab itu temu duga hanya dibuat pada sesi kedua tidak pada sesi pertama.

"Ini bermakna 20 peratus pengambilan pelajar SBP diberikan kepada sekolah itu bagi membolehkan mereka mencari pelajar yang sesuai dengan bidang tertentu seperti sekolah yang mengutamakan sukan bola sepak dan ragbi," katanya.

Ok, itu kenyataannya semalam untuk memberi gambaran mengapa temuduga itu dilaksanakan dalam ambilan kedua ke SBP tahun ini.

Namun begitu, terdapat rungutan tentang penetapan dasar berapa temuduga boleh dilakukan oleh seseorang murid. Ada yang 1 atau 2 atau lebih. Kita tahu, semua calon gagal tentu buat e-rayuan, tetapi bagaimana dengan hal surat rayuan rasmi ? 

Berikut antara isu yang PakTeh keliru untuk kita perbincangkan bersama. 

  1. Adakah ambilan pertama itu ditawarkan pada yang terbaik ? Terdengar rungutan ibubapa bahawa calon yang gagal dalam ambilan pertama, prestasi keseluruhannya lebih baik dari yang berjaya pada ambilan pertama. Ianya boleh dipertikaikan kerana perbandingan calon adalah dari sekolah yang sama. Jika Pengetua SBP mahu calon yang bagus dalam sukan, mengapa ada murid yang hanya wakil sekolah berjaya ambilan pertama, berbanding yang wakil daerah? Perbandingan ini didasarkan pada kedudukan sosio ekonomi yg sama, sama jantina, sama-sama luar bandar, jawatan khas yg sama, 5A dah tentu.
  2. Berapa banyak rayuan bertulis boleh dibuat oleh seseorang yang gagal ambilan pertama? Adakah hanya mesti satu sahaja atau boleh lebih dari satu? Jika hanya satu, kebarangkalian untuk berjaya lebih tipis berbanding dari membuat rayuan bertulis kepada banyak SBP. Apatah lagi jika tumpuan rayuan ke sesebuah SBP tertentu tinggi, berbanding SBP yang lain. Ibubapa sememangnya tidak tahu ke SBP mana satu yang paling berpotensi untuk buat rayuan..
  3. Adakah semua rayuan itu akan dapat panggilan temuduga? Jika ya, tentu tahun depan - semua SBP menerima timbunan surat rayuan untuk dipertimbangkan. Jika tidak, apa gunanya membuat rayuan.
  4. Bagaimana jika ibubapa buat banyak rayuan ke banyak sekolah. Tentu berlaku banyak temuduga untuk seseorang calon rayuan. Penemuduga tidak boleh marah pada murid jika mereka hadir kesemua temuduga. Mereka hadir sebab dapat surat panggilan. Mengapa banyak surat panggilan diterima mencerminkan ketidakselarasan antara kesemua SBP di Malaysia. Autonomi, tetapi bergerak secara terasing? Maka Bahagian SBP/Sekolah Kluster perlu kaji semula dan menyelaraskan isu rayuan temuduga itu.
  5. Adakah soalan-soalan temuduga itu betul-betul sesuai untuk murid awal 13 tahun. Semua datang dari jauh dengan harapan berbunga. Ada yang datang dengan penuh persediaan. Atau ada yang datang sekadar mencukupkan syarat menghadirkan diri.. ?
  6. Dua puluh peratus kuasa Pengetua itu bagus.. Autonomi kan? Cuma janganlah nanti jadi isu lain.. anak-anak kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan akan dapat laluan mudah bagi ruang 20% itu. Semoga semua Pengetua SBP/Kluster dan ahli panel pemilihan adil dan saksama. Utamakan yang lebih berhak. Ya.. kita semua akan mati. Kita semua akan diadili -di depan Rabbul Jalil nanti.
Berhubung Dasar 20% ini, bagaimana kalau..
  1. Jika ambilan pertama guna online - semua sekali guna online, termasuk ambilan kedua. Maknanya hanya data markah merit calon diambilkira, tanpa perlu temuduga bagi semua ambilan.
  2. Jika nak pilih budak yang berbakat tertentu dan perlu temuduga - ok teruskan. Tetapi temuduga perlu bermula dengan ambilan pertama. Pilihan akan lebih tepat, adil. dan saksama, Insya Allah.
Bagaimana komen anda semua pula? Silakan..

Related Posts by Categories



62 comments

azhar said... @ 6:03 AM

Asm,

Pada pandangan saya, panggilan temuduga kali kedua adalah membuang masa dan membazir duit rakyat (duit sekolah/duit ibubapa). Sebaiknya guna ranking keputusan terbaik diikuti, ko-kurikulum dan status keluarga. Pecah ikut peratusa quota masing2. Orang bandar pun nak masuk sekolah asrama juga. Orang kampung pun nak juga duduk hostel biar tiada kemudahan ko-kurikulum kat sekolah. Orang kaya dan orang kampung nak juga lihat anak dapat bersaing dengan semua lapisan peringkat sosial. Pastinya pangilan temuduga ini menyusahkan ibubapa/anak yang terpaksa cuti kerja dan tidak hadir kesekolah. Apa yang untung ialah kroni pengetua/guru2 (bukan nak mengata tapi itulah yang paling bertepatan). Bagi orang politik pula dapat ampuan sebab berjaya menaikkan peratus yang dapat 5A. Semua orang nak cemerlang,anjakkan unjuran markah, buatlah 100% dapat 5A! Apa susahnya... janji dapat nama....biar anak bangsa punah sebab nak masuk sekolah asrama

cikgusivik said... @ 1:32 PM

kisah benar pada 19 Januari 2009.

pelajar 1.

saya ditanya 3 soalan jer.. nama , asal dan mengapa minat ke sbp.

pelajar 2.

saya pun. tak sampai pun 4 minit kena tanya.

pelajar 3.

saya empat soalan.. sama saja..cuma tambah ayah kerja apa.

bapa 1.

saya baru petang semalam pi amik surat sokongan dari bahagian.

bapa 2.

saya guna network perhubungan terus..senang cerita.

____________________________________________

cikgu sivik - kadang2 hidup kita di malaysia ni terlalu subjektif... universal ethics makin ditinggalkan.. tak gitu pak teh?

miralalat93(: said... @ 7:56 PM

saya x dapt ke SBP!
even saya dapat 8A dlm pmr 2008!
sedeyh sgt!
*myra):

NUR AMALINA said... @ 8:37 AM

Adakah temuduga ini hanya terbuka kepada pelajar tingkatan satu?

najmiah said... @ 11:38 PM

Sayapun ingin nak berkongsi cerita... anak saya juga merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam kokurikulum, dalam masa yang sama cemerlang dalam kurikulum.Kemuncaknya dia dianugerahkan Johan Murid Cemerlang Kokurikulum Sek.Rendah(Kategori Perempuan)2007.Menurut KPM inilah anugerah tertinggi kementerian di bidang kokurikulum.Anak saya dah dapat 5A,anugerahnya pun seorang sahaja dalam Msia,jadi pen.ketua murid dan macam-macam lagi. Anugerah Kokurikulum Negeri dan anugerah kokurikulum daerah(2007 &2008). Mewaklili negeri dalam acara sajak 2 tahun berturut-turut, johan lalulintas Shell 2 tahun juga, jambori PPIM Kebangsaan, bola jaring wakil zon. Diangkat jd tokoh puteri daerah, tokoh dr muda daerah dan setimbun sijil dalam pelbagai acara di pelbagai peringkat,x dpt juga sbp.Apa masalahnya? Sungguh kasihan kepada anak kecil yang cuba menempatkan dirinya di SBP,walau
dia tidak mengeluh..sebagai ibu saya dapat rasakan kehampaannya. Saya memujuknya "Ada hikmah x dapat ni. Semua dah ditentukan Allah!" ..maka bersekolahlah anak saya di sekolah biasa-biasa, meski ditertawakan rakan-rakannya.."Murid cemerlang sekolah di XXX, sekolah X ada masa depan."dan rakan yang mengata itu hanya lulus cukup-cukup makan saja.Lebih parah bila permohonan ke SMKA berhampiran juga tidak berjaya, padahal pemilihannya dibuat di peringkat PPD secara manual.Murid yang x pernah wakil sekolahpun dapat, x dapat 5A pun dapat! Dia? Hampa lagi, bila ditanya orang-orang di PPD berkata.."La, kenapa X bagitau awal-awal!" Pelikkan, borang permohonan bukan main tebal. X kan x nampak. Pemilihan tu telus ke? Kalau bagitau x payah tengok borang.Dapat teruslah agaknya. Mujur ada temuduga ambilan ke 2 ni. Ia memberi harapan baru untuk anak saya. Seakan merajuk, dia tidak mahu ke SBP berhampiran,
bahkan mendesak kami membuat rayuan ke sebuah sbp di negeri berjiran.Akhirnya ditemuduga 19 Januari lalu. Maka kamipun terus berharap ada rezekinya di sbp.

tintapena said... @ 10:20 AM

Sekarang dah ramai yang mempunya kelayakan seperti Najmiah katakan dan masih ramai yang tidak mendapat tempat d SBP

tintapena said... @ 10:21 AM

Mungkin ramai lagi yang senasib dengan apa yang dinyatakan oleh najmiah. Nasib x menyebelahi mereka dan insyallah ambilan kedua nanti berhasil

Datinhana said... @ 8:10 AM

Ass, setelah membaca komen anda semua, saya juga terpanggil untuk memberi komen berdasarkan kisah benar yang saya dan rakan-rakan alami:
1. Saya sokong pandangan yang menyatakan temuduga hanya membazir masa & wang ringgit. Sebagai contoh ada ibubapa yang dari terengganu terpaksa datang ke KL hanya untuk membawa anak berusia 13 tahun yang sepatut berada disekolah pada hari tersebut. Dah tentu le 2 hari sianak dan bapa terpaksa bercuti . Sedangkan belum tentu sianak memenuhi kreatiria yang dikehendaki oleh SBP tersebut. Semua calon dipanggil temuduga , kenapa tidak di short listed mengikut kehendak SBP masing2.Klu dah nak pilih yang boleh main bola yang dipanggil interview kaki bangku, dah tentu le membazir wang ringgit & masa sianak & bapa.
2. Ada yang buat rayuan lebih dari satu SBP. Berkejarlah ibubapa lepas satu SBP ke SBP yang lain. SI A merayu2 pada pengetua tapi tak dilayan yang peliknya ada juga yang berjaya untuk diinterview di SBP ke2. Nampaknya yang berkabel semuanya boleh melanggari peraturan. Betapa rendahnya rasa diri orang yang tak berkabel ni....
3. Sebut pasal kabel , masa interview tu sendiri kita dah boleh dapat keputusan tak payah tunggu surat tawaran dari KPM . Yang berkabel interviewnya tak sampai 5 minit pun . kesian sianak-anak yang tak kabel masa tu juga dah rasa sedih & kecewa. Bila diinterview parent katanya memang ada orang dalam.Kesian budak2 yang baru berusia 13 tahun dah diberi tekanan mental.Memang interview ni lansung tak telus.
4. Cadangan saya pada KPM cuba le buat pemilihan keSBP yang lebih telus .Kurangkan le mengguna sumber manusia yang dah tentu tak boleh bersikap adil . saya rasa cara pemilihan ke PLKN tu lebih telus. Lagi satu cuba le beri sedikit keistemewaan pada calon yang menjawab Fully Sc dan Matematik dalam BI.Dasar ni lebih berkesan untuk membuktikan KPM betul2 serius dalam melaksanakan PPSMI. Ni tak calon yang menjawab dalam BM yang terpilih ke SBP. Pelajar sendiri rasa pelik kawan yang menjawab dalam BM ke SBP sedangkan dia yang berusaha mendokong dasar KPM dalam PPSMI dipinggirkan.

tintapena said... @ 10:59 AM

Askm.
Nampaknye ketelusan masing menjadi pokok. Maka masa serta pengorbanan ibubapa dan pelajar yg tidak mempunyai "kabel" akan terus menjadi "pelakon tambahan" pada 19hb Jan lalu. Semua yang menghadiri temuduga datang dengan penuh harapan yang menggunung.Sayang kalau apa yang Datinhana katakan itu benar.

caramel said... @ 7:23 PM

Seperti najmiah, saya rasa amat hampa bila anak tak dpt sbp. Anak saya juga aktive koko, ada 5 sijil peringkat kebangsaan dalam bidang yg berlainan, sijil2 peringkat negeri dan daerah melambak2.... ketua pengawas dan yg paling membanggakan bila dia pergi luar negara wakil malaysia dan menang pulak tu.

And sapa yg dapat sbp kat sek dia?

budak yg lemah academicaaly dlm kelas, no KOKO, no jawatan.

HOWEVER, to me the interview was a good thing. The sbp yg anak i pergi for interview mg cari students with good koko. Tak taula sbp lain.... tapi this sbp mmg searched for the best..... ini saya dpt tau dari someone juga ....

so to those yg anak kuat koko tapi tercicir..... interview ni mmg for themla. cuma parents kena select which sbp to go too.

Parents buatla research, sbp berkenaan punya ong points.... macam sdar cari rigby players.... so i guess if anak u punya physical besar and strong, your son shud buat interview sana....

So jgn putus harapan. Tak sia2 anak active koko. Cuma kita kena kerja kuatls sikit nak "kalahkan" org2 berkabel ni.....

caramel said... @ 9:50 PM

sorry byk spelling mistakes kat atas.... kena repair la keyboard ni.... ada key2 yg tenggelam.... kena picit byk kali.... hehe

tintapena said... @ 10:29 AM

caramel
sokong...skol mana anak awak g..
bagus juga kot kalau ada interview, tapi 80% yang dah masuk , kalo sesama masuk interview rasa banyak yang tak lepas. Tapi 20% nie lah yang kena berebut sesangat. Tambahan pula kalo dah ada "list" untuk ambilan kedua melalui kabel..maka belambak mana pun chances slim kot. Kalo g interview 100 orang , nak ambil 20 orang tolak lak yang dah ada kenalan yang boleh "tolong" maka berebut la 100 orang nie untuk tempat duduk 10 orang. 10% saja
Insyallah kalo 2nd intake yang berjaya , memang reseki mereka.
Mana nak tahu sbp mana nak pergi, kalo semua g yang 1 , maka ramai lah yang akan compete. Dengar kata SMKA labu , terlalu ramai yang ke sana..so comptetition memang hebat.

Ron said... @ 12:28 PM

Assalamualaikum,
Pengurusan sekolah SBP telah menghantar markah temuduga pelajar-pelajar rayuan SBP utk tingkatan 1 yang diadakan di sekolah mereka ke Kementerian Pelajaran. Oleh itu pemilihan akan dibuat oleh pihak kementerian. Cuba buat panggilan ke sekolah SBP di mana anak anda ditemuduga.

tintapena said... @ 12:57 PM

Bila pula T1 ambilan ke dua dijangka di umumkan. MRSM dah kita ketahui ?

umie said... @ 1:30 PM

Tak semua SBP panggil semua yg hantar rayuan untuk di temuduga. SBP yg anak saya pergi, dari lebih 200 permohonan, dia panggil 100 saja. Mmg dah tapis lah tu agaknya. Satu lagi SBP yg panggil dia untuk temuduga (tp kami tak berkesempatan) pulak, prosesnya sangat thorough. Satu hari suntuk di sana. Dari temuduga ke fitness check. Siap kena bawa baju bersukan sebab sebelah petang untuk fitness check. Sekolah ni mmg panggil semua yg hantar rayuan. So mmg ramailah. Tu sbb saya pergi sekolah pertama saja sbb mmg dah di saring terlebih dulu & mmg dah di jangka yg di panggil tu yg agak2 dapat memantapkan bintara sekolah tersebut. Sebelum decide mana sekolah nak pergi, mmg kami dah talipon dan tanya perkara-perkara ni.

Satu lagi, mmg dalam website MOE untuk rayuan dah di cadangkan dengan jelas supaya buat rayaun ke sekolah yg berdekatan dengan rumah. Supaya memudahkan pelajar & ibubapa bila di panggil untuk temuduga. Tidaklah jadi dari tempat yang jauh2 sampai nak kena keluar duit ringgit dan masa sbb nak hadiri temuduga. Kalau nak juga sekolah tertentu tp jauh dari rumah, terpaksalah berkorban sikit bila di panggil temuduga.

caramel said... @ 8:14 PM

tinta, anak saya kat sek harian now. dia dpt mrsm.

jgn risau.... i rasa 2nd intake via interview ni.... kabel tak byk kacau. ada ttp ada la... tapi tak byk....

umie said... @ 11:45 PM

Ron, dah check pun dengan SBP, depa tak nak release info. Apa2 pun kena tunggu moe juga lah. Call moe pun tak berangkat hari ni. Agaknya dah serak suara pegawai2 tu melayan panggilan2 dari ibu bapa.

cikgusivik said... @ 1:00 AM

tahun ni pasti ramai students akan " terdapat" atau "terterima" dua2 tawaran2... sbp 2nd intake dan mrsm 2nd intake tu...

kalau tahun2 sudah hanya kes2 terasing... tahun ni nampak gayanya terasing jugak.. tapi kurang sepi sket...

tak gitu pak teh..?

Lanz said... @ 11:37 AM

Salam

Anak saya dpt mrsm ... tapi tgh tunggu 2nd intake SBP jugak ... ada sapa tau macam mana boleh dapat keputsan SBP 2nd intake ... sbb saya dah call sekolah dan MOE dia org cakap 15 hb Feb baru keluar result temuduga sedangkan mrsm registration 10 feb ni ... kalau boleh nak pegi SBP sebab dekat umah :)

ss said... @ 2:21 AM

begitulee nasib anak2 yg aktif tetapi takde kabel..bertungkuslumus belajar utk dapatkan 5A dsn juga bertungkuslumus mengharumkan nama daerah dan negeri dengan harapan usahanya aka memudahkan memasuki sbp..namun hampanya dia apabila keputusan dikeluar..GAGAL..malah lebih menghampakan rakan-rakannya yang 5A sekadar mewakili rumah sukan sekolah..itupun simpanan jer..berjaya ke SBP...sian sungguh..moyok seminggu..amat bimbang akan mempengaruhi prestasi pelajarannya ..terpaksa memberi motivasi yang lebih..walaupun dahulu dia amat bermotivasi..terpukul sungguh dia..malah pernah berkata..nyesal aktif2 dulu..yg tak aktifpun senang2 dapat sbp....apa nak buat...sistem dah macam tu...kata 10% utk koku..apapun memang rezeki di tangan Allah...buat anakku..bersabarler...mungkin hari ini bukan harimu..besok atau akan mendatang..sinar pasti menjelma...

tinta said... @ 5:04 PM

salam,
Lanz, 2nd intake sbp f4 rasanya 23mac ni.. ank saya dpt sbpi tp x pergi sbb jauh.. jadi tnggu 2nd intake sbp, mnta tkr sbp yg dkt2 umah. tp x ada pergi interview utk 2nd intake, ada interview ke? anak lanz ada g interview utk 2nd intake sbp ke? cmna dpt pggilan interview?

munirah said... @ 11:43 PM

salam,
saya juga ingin berkongsi cerita. saya tak dapat mana2 tawaran pun while kawan2 yang xdapat 8A semuanya dapat tawaran sama ada ke sbp atau mrsm. saya berasa sangat kecewa. selama ini, saya belajar bersungguh2 supaya mendapat keputusan cemerlang dan dapat pergi ke sekolah tang lebih baik. dalam trial pun saya dah dapat stright A. dalam kokurikulum pun saya aktif. rasa terkilan susah nak padam apabila memikirkan nasib keluarga. walaupun kehidupan saya sederhana,saya mesti membantu ibu saya untuk membesarkan adik2 yang masih kecil,maklumlah ayah dah tak ada. masa upsr dulu pun saya dapat 5A tapi xdapat mana2 tawaran jugak but i think positive. hopefuly, dapat tawaran lepas pmr. tp harapan saya hancur. sedih sangat...!!!

munirah said... @ 11:46 PM

sedih sangat!!! xdapat mane2 twaran pom!! macam mane org yang dapat 7A2B dpt sdgkn 8A xdpt..

zakwan said... @ 7:41 AM

salam semua
anak saya alhamdulillah gak dpt 5A but tak le sehandal anak2 yg lain cumanya dia juga ada mewakili koko keperingkat kebangsaan. Dah interview SMKA but alhamdulillah tak dpt SMKA but dpt segambut jaya asrama. Sedihnya SMKA yg 4A banyak dpt. Mungkin rezeki mereka. MRSM tak dpt walaupun emak dia ahli ansara (MRSM Muar) dan saya berkesempatan mendapat bantuan sokongan dari Emak kepada Dato Seri Najib walaupun saya org pas, hehhehehe...tarak dpt gak MRSM dan SBP.
Dulu dah kata pada anak2 saya, kamu usahakan 5A then the rest leave it to abah...But saya rasa saya gagal and anak2 saya berjaya. Kesian tengok. Dua2 anak saya yg dah lepas UPSR semua 5A but just dpt sekolah KAA. Pada saya bagus juga kalau pengambilan kesekolah SBP dan juga MRSM menggunakan seperti sistem pemilihan ke universiti kerajaan iaitu menggunakan UPU so that tiada yg dah dpt tawaran akan dpt tawaran ditempat lain. So dah sure tidak menyusahkan pihak kerajaan. Amacam.

amirridhor said... @ 3:32 PM

Sebenarnya Sekolah Asrama penuh atau tidak..bukanlah penting sangat yang penting..di mana ada kesungguhan..kecemerlangan pasti tercapai..saya juga punya adik yang tak kemana-mana walaupun dapat 5A UPSR..

http://hot.tipsinternetbisnes.com

sheera said... @ 4:40 PM

interview dah start ke?
xtahu la pulak


mmg x adil la pasal interview nih
sy sokong dgn cdgn pakTeh yg pertama

tapi apakan daya
semua terletak di tgn mereka
moga2 Tuhan permudahkan urusan kita
Amin

tinta said... @ 11:19 PM

@munirah. sabar dan bykkan berdoa, sepatutnya utk org2 yg mcm munirah, bole minta jasa baik YB tmpt munirah antarkan senarai nama pelajar cemerlang yg kurang kemampuan ke kementerian. kementerian bole tolong dr segi kewangan utk pelajar2 cemerlang yg kurang kemampuan. ada peruntukan utk itu. Mara juga bole tolong, cuma minta YB tmpt anda tu usahakan...wassalam

tintapena said... @ 8:12 PM

BILA AGAK AGAK KEPUTUSAN SBP 2ND INTAKE KELUAR ?

buyeh said... @ 2:46 AM

aslkm..adik saya dah dapat sbp ambilan pertama.di sbp integrasi d kuantan tetapi dia tidak pergi sbab jauh.lgpun dia tiap tiapulan kena pergi hospital.so skg dia tngu ambilan ke dua..dah buat rayuan..so bila keluar result 2 agak agaknya.

tinta said... @ 12:08 PM

@buyeh. ank sya pun dpt sbp 1st intake di phg tp x pegi gak. 2nd intake daftar 23mac ni. dlm awal mac dh kuar result. sya pun tgh tnggu 2nd intake juga. rayuan dh diluluskan ke?

zakwan said... @ 7:09 PM

salam , ambilan kedua akan keluar asal2nya sebelum 15 but now saya dah call tadi, KPM kata masuk SBP 26 Feb ni.
Mengenai anak sesiapa yg telah mendapat tawaran pada peringkat pertama pengambilan SBP dan menolak dgn alasan yg munasabah, tak salah saya berlaku depan mata saya pada kes yg sama, pihak KPM memberi kelebihan kepada budak tersebut melepasi interview, means dia diasingkan dan diberi layanan potong Q oleh pihak KPM. Cuba confirmkan dgn KPM

tintapena said... @ 8:05 PM

aisay...
apasal macam tu..habis cam mana dengan yang menduduki temuduga sbp ke2 ?
Dah 12hb nie , tapi KPM belom ada lagi bayangan nye..
Berapa orang setiap sekolah di tetapkan,,,kalau lah 20% di beri setiap sekolah , berapakah orang yang akan dipilih ?
ada yang hint kan bila keputusan akan di keluarkan.

tinta said... @ 11:55 AM

salam, 2nd intake sbp form 1 26feb, utk form 4 23mac. form 1 ada interview tp utk form 4 x ada interview. cth sbp dftr 10feb aritu (form4) di daerah saya, student yg daftar 200lbh org, pengetua sbp tu ckp total student utk form 4 thn ni sekolah tu nak 300 org, means utk 2nd intake form 4 tu dlm x smpai 100 org lg.

mamaliza said... @ 1:09 PM

salam, anak sya dpt masuk sbpi form 4 tp x pegi daftar. dia pilih aliran sains teknikal, tp saya n hubby prefer dia pilih aliran sains tulen. dia x confidence dlm subjek bio sbb tu dia agak takut nk amik sains tulen, now dia dh agak yakin bole bawak subjek bio dan soalannya sekarang boleh kah dia tkr aliran ke sains tulen walhal dia dh terpilih ke jurusan sains teknikal, dn skrg tggu 2nd intake form 4 utk aliran sains tueln.

caramel said... @ 1:41 PM

bukan ke 2nd intake sbp 23 feb? Tarikh ni dari dulu tak berubahkan. 15 feb ialah tarikh results keluar results. Tapi saya heran gak why on a sunday.... so maybe in the web on sunday tapi surat dpt monday kut

halfpyschotic said... @ 2:16 PM

ermm..
camne nak wat ryuan sbp ea?
e-rayuan je ke..nak surat2 x?

buyeh said... @ 9:36 PM

so skg kena tunggu rayuan jerla

buyeh said... @ 9:40 PM

@tinta...rayuan 2 insyallah diluluskan...tp xtau lg dapat ke x...ambilan pertama adik saya dapat kat kuantan..dah wat rayuan untuk ditempatkan yang dekat rumah je tp kalau dapat gak yang jauh memang xpergi la...

Wonderful Paradise said... @ 12:51 PM

SALAM, BILA TARIKH SEBENAR 2ND INTAKE SBP YER???

NAK CHECK NAMA KAT MANA SENARAI PELAJAR YG DAPAT???..KAT LMN WEB YG SAMA CAM ARITU JUGAK EK??

TLG...15.2 KE NAK UMUM KE HARI LAIN???

tintapena said... @ 7:02 PM

entah la
MOE website x der pon update sini pun x jugak...
Nampaknya kena tunggu esok la kot. Ari nie Sunday mana ada yang kerja.

Lanz said... @ 2:09 PM

salam ...akhirnya dpt call bhg sek asrama penuh tadi ... clerk dia ckp semua pegawai tak de gi meeting nak finalise ambilan kedua T1 dan T4 ... result dijangka kuar hari Rabu ni ...esok ptg baru pegawai blk meeting offsite ... punya la susah nak finalise names biar betul atau tunggu wahyu dari orang .... gomen when u going to change ... kpd parent semua mcm saya ... byk bersabar tungguuuuu

Ron said... @ 6:57 AM

assalamualaikum,
Saya ada terdengar ada ibubapa yang dah tahu pd minggu lepas lagi yang anak mereka berjaya dalam rayuan SBP tingkatan 1. Mungkin maklumat itu dari orng MOE atau SBP itu sendiri. Mungkin kebanyakan pelajar yang dapat masuk ke SBP utk tingkatan 1 bagi ambilan kedua ini sudah tahu keputusannya sejak satu dua minggu lepas lagi kerana mereka ada orang dalam.

Arif said... @ 9:27 AM

Salam,

Saya ingin membuat aduan mengenai proses ambilan/tawaran ke Tingkatan 1 SBP untuk tahun ini 2009. Anak saya telah tidak ditawarkan kemana-mana SBP walaupun selepas hadiri 2 temuduga. Anak saya merasa beliau telah membuat yang terbaik semasa sesi temuduga terutama sekali semasa di SBPI XXX di mana temuduga secara beramai-ramai telah di adakan dan anak saya telah menunjukkan kebolehan yang menyerlah berbanding dengan rakan-rakan temuduga yang lain. Tetapi, sayang sekali anak saya tidak di tawarkan langsung. Tambah kecewa lagi apabila ada rakan-rakan anak saya yang di beri tempat ke SBP bagi ambilan ke 2 walaupun tanpa melalui sesi temuduga di sekolah yang dipohon. Ini sungguh menghairankan bagaimana ini boleh terjadi. Jadi, apakah sebenarnya tujuan temuduga di adakan kalau perkara sedemikian berlaku dan atas dasar apakah pemilihan dibuat sebenarnya?
Saya berharap pihak KPT akan mengambil maklum dengan serius tentang perkara (aduan) ini dan membuat tindakan yang sewajarnya bagi menambahbaik proses ambilan pelajar ke SBP di masa hadapan.

Saya rasa sesi temuduga hanya memberi harapan kosong kepada sebahagian pelajar dan ibubapa. Kalau tidak ada "cable" atau "connection" dgn orang tertentu memang susah untuk berjaya. Saya amat kesal dengan perkara ini.

Arif said... @ 9:31 AM

Saya ingin membuat aduan mengenai proses ambilan/tawaran ke Tingkatan 1 SBP untuk tahun ini 2009. Anak saya telah tidak ditawarkan kemana-mana SBP walaupun selepas rayuan dibuat. Kekecewaan saya teramat sangat apabila anak saya tidak diterima masuk ke SBP walaupun selepas menghadiri temuduga di 2 buah SBPI
Anak saya merasa beliau telah membuat yang terbaik semasa sesi temuduga terutama sekali semasa di SBPI A di mana temuduga secara beramai-ramai telah di adakan dan anak saya telah menunjukkan kebolehan yang menyerlah berbanding dengan rakan-rakan temuduga yang lain. Tetapi, sayang sekali anak saya tidak di tawarkan langsung.
Tambah kecewa lagi apabila ada rakan-rakan anak saya yang di beri tempat ke SBP bagi ambilan ke 2 walaupun tanpa melalui sesi temuduga di sekolah yang dipohon. Ini sungguh menghairankan bagaimana ini boleh terjadi. Jadi, apakah sebenarnya tujuan temuduga di adakan kalau perkara sedemikian berlaku dan atas dasar apakah pemilihan dibuat sebenarnya?
Saya berharap pihak KPT akan mengambil maklum dengan serius tentang perkara (aduan) ini dan membuat tindakan yang sewajarnya bagi menambahbaik proses ambilan pelajar ke SBP di masa hadapan.

Temuduga hanya memberi harapan kosong kpd pelajar dan ibubapa shj. kalau tiada cable/connection dgn org tertentu jangan harap le.

Ron said... @ 3:39 PM

Assalamualaikum,
Pada minggu lepas saya berjumpa dengan kawan lama dan saya ada menyebut tentang rayuan SBP T1 ambilan ke2. Dia pun memberitahu tentang anak kawan sekampung isterinya yang mendapat tempat di SBPXXX bagi ambilan ke2 dan kawan sekampungnya itu telah menanyakannya di mana jalan hendak ke sekolah tersebut untuk pendatfaran nanti. Saya terkejut dan memberitahu kawan saya itu sepatutnya ambilan ke2 ini melalui temuduga di sekolah tersebut dan keputusan rayuan adalah minggu ini.

Keputusan kemasukan SBP ambilan ke2 ini adalah 100% Kuota Pengetua. MOE (KPM) hanya menerima dan merekodkan nama-nama pelajar yg diserahkan oleh pengetua sahaja untuk kemasukan. Surat rayuan untuk ambilan ke2 boleh dihantar kepada Pengetua SBP tersebut.

Nizam said... @ 3:58 PM

Salam,

Saya ingin membuat aduan mengenai proses pengambilan kedua SBP. Anak lelaki saya telah membuat rayuan dan telah dipanggil untuk ditemuduga pada 19 Feb. lalu di SBP xxx.

Dia telah membuat persediaan rapi..pakaian, cara berjalan, latih tubi menjawab soalan temuduga atas inisiatif sendiri.

Sejumlah 78 nama dipanggil dan difahamkan 65 calon hadir. Pengambilan seramai 120 orang dari 83 pelajar sediaada (pengambilan pertama), bermaksud terdapat 37 calon layak untuk diterima.Peluang yang dilihat besar...

Temuduga berjalan lancar, dan dimaklumkan oleh anak saya, peluangnya amat cerah kerana panel penemuduga amat berpuashati dgn kebolehannya berbahasa inggeris dan kenyataan2nya dari sesi
berkomunikasi (Soalan: Penyelesaian konkrit kepada kekejaman zoinis), kerana jika saudara ingat, mmg pada tarikh itu serangan Israel ke Palestin adalah kemuncak,sehingga panel berkenaan menawarkan beliau menjadi anggota Debator sekolah. "Yes, I will" kata beliau dgn yakin.
Selepas itu, beliau melihat dengan matanya sendiri namanya dibulatkan oleh panel.

Selang esoknya, sewaktu malam, anak saya memaklomkan bahawa kepada saya dia telah menghubungi pejabat sekolah terbabit, dan minta dihubungkan kepada nama-nama guru yang menemuduganya...dan salah seorang panel itu, masih mengingati anak saya dan memaklumkan
bahawa dan mengatakan...awak memang bagus..!

Saya terkejut dgn inisiatif proaktif beliau dan menasihatinya,agar lain kali cakap dgn saya dahulu sebelum membuat tindakan sebegitu rupa.

Akhirnya, dia tidak mendapat apa-apa...semalam dan hari ini dia menjadi seorang amat pendiam.

Saya percaya pelajar-pelajar sebegini mengalami tekanan...kerana persaingan,tetapi menyedihkan ...persaingan yang tidak adil dikenakan keatas mereka..Saya tidak duduk dalam sudu perak seperti mereka-mereka ini....

Guna kabel (jika benar)juga adalah amalan rasuah dan salahguna kuasa yang semakin menjadi budaya orang melayu.

Saya tidak menyalahkan pelajar-pelajar yang terpilih. Tahniah kepada makbapak mereka..

Harapnya mereka-mereka, anak-anak yang memiliki semangat juang, semangat saing yang tinggi boleh menerima kegagalan dan ketidakadilan sebegini.


Anak adalah anugerah Allah, berikan mereka yang terbaik...keimanan,makanan,pendidikan,pelajaran,
tempat tinggal,kebahagiaan dan kasih sayang.

InsyaAllah...kebahagiaan kita semua akan dibalas pada usia emas tatkala anak-anak ini berjaya dan beriman.

regards,
nizamz

Anna said... @ 5:07 PM

Ada ke yang tak pergi temuduga diterima masuk ke SBP ambilan ke2?
Menurut pegawai, masa saya called hari tu, dia ckp panggilan kedua adalah for those yang dipanggil interview. Jadi saya pun cakap kat dia yang as for me its no use for me to look forward nak chek samada anak dapat atau tak, and dia pun mengiyakan. hmm..funny kan.....
Dengan keadaan macam gini, Ana rasa malas dah nak buat rayuan. Almaklum laa cable tak ada..yg ada cable kat umah cable talipon je

tintapena said... @ 10:39 PM

Teman sekelian.
Memang persaingan sengit pada ambilan kedua. Dari apa yang di nyatakan, adalah anak anak anda mempunyai peluang untuk kesana. Kita seharusnya dapat melihat ketelusan bagaimana temuduga dan seleksi pelajar dijalankan oleh pihak sekolah dan juga KPM. Saya juga terkejut yang kawan anak saya pun tidak menghadiri temuduga , tetapi masih mendapat tempat di sbp xxx. Terasa terkilan dengan usaha anak saya dan anak nak yg lain ke temuduga namum kurang berhasil dan mereka yang hanya membuat e rayuan mendapat tempat.
Jesteru, kita ingain juga mengetahui bagaimana kah pemilihan dijalankan.Kalau lah benar ini berlaku ( kawan anak saya yg tidak ke temuduga masih mendapat tempat di sbp ) , mungkin ada penjelasan yang baik dari KPM atau mereka yang arif dan mengetahui keadaan yg sebenar tentang pemilihan ini.
Alhamdulillah, saya yang hanya ada kabel talipon jer dan tak mampu untuk mnerjah kebel yg power power mendapat khabar gemira yang anak saya terpilih ke sbp dan mendaftar pada 25hb ini.
Alhamdulillah dan pada yang kurang berjaya , saya bersimpati kerana kalau saya di tempat ada saya juga menjadi manusia yang begitu hancur harapan sebagaimana anak saya. Berdoa dan bersabar. Rayuan masih ada dan jangan putus asa terus kan untuk MRSM dan SBP 3rd intake.
Wassalam

Nizam said... @ 11:22 AM

Salam,

Saya telah menanamkan ingatan kepada anak saya...jangan mengharapkan kepada 3rd intake.

Sekarang dia meneruskan persekolahan di sekolah harian biasa.

Ada rakan memaklumkan,sbp meletakkan permarkahan sebanyak 45% bagi sosio ekonomi calon...jika benar alhamdulillah, saya reda jika memang pelajar2 pintar dari keluarga miskin dipilih untuk memasuki sbp.

Tetapi adakah kesemua pelajar adalah dari golongan berpendapatan rendah dipilih KPM? apa tindakan KPM jika pelajar benar2 dari keluarga pendapatan rendah disisihkan oleh kronisme?

Saya berpendapatan kurang RM2000, tinggal dibandar, isteri surirumah boleh dianggap berpendapatan tinggi oleh KPM?...atau kerana aku seorang pekerja kilang....

umie said... @ 12:09 PM

Ke dua-dua pengetua sbp yg kami hantar borang rayuan ke dua menejlaskan pengambilan ke dua melalui sesi temuduga hanya 20% kuota sahaja. Lagi 80%, di pilih oleh Moe melalui rayuan yg diterima melalui internet. Ini tahun pertama pengetua di beri peluang memilih 20% atas dasar memperkasakan bintara sekolah2 tersebut. So kalau nak kuatkan team rugby, penegtua pilihlah yg agak2 boleh main rugby etc..etc.. Jadi memang lebih ramai terpilih melalui Moe sebenarnya.

Anak umie terpilih (tak sure melalui sekolah atau Moe) tp nama automatically dropped bila semakan dengan MARA menunjukkan beliau terpilih ke MRSM. So, ke MRSM lah beliau. Rezeki di sana.

Tinta... congrats!!! Finally ya, Alhamdulillah...

Nizam/Arif, cubalah pengambilan ke tiga SBP & MRSM. Cuma cuba baut diam2 tanpa pengetahuan anak2 sbb tak nak anak2 kecewa lg kan. Mana tahu ada rezeki mereka. Di MRSM anak saya, masa mendaftar dekat 30 tak datang daftar. Lepas tu ada yg keluar dan sehingga kelmarin, ada lagi rakan sekelas beliau meninggalkan MRSM. So far dalam 6 orang dah rasanya. Cubalah... sama2 kami doakan...

umie said... @ 12:11 PM

Anna/Arif/Nizam

Proses pengambilan ke dua telah di jelaskan denagn terang oleh pak teh di atas. Maaf pak teh... terlupa...

Tp perkara yg sama mmg di jelaskan oleh pengetua2 SBP yg kami pergi.

kakcik said... @ 9:02 PM

kakcik agak keliru dgn dasar 20% ini. adakah 20% ini mewakili kesemua yg terpilih utk ambilan kedua? dan 80% itu mewakili kesemua yg terpilih dlm ambilan pertama? jika betul, tak wajarlah kalau dpt ambilan kedua tanpa temuduga kan? alhamdulillah, at last ada juga berita gembira buat anak saya, dia akan ke SBPI (the best interview she had from the 3 interviews) hari Rabu ini walaupun tak ada cable. kakcik faham perasaan nizam/arif.. no words can describe it, buatlah mcm umie kata tu, buat rayuan senyap2 aje, and support them at the current school.

umie said... @ 7:47 PM

Congratulations kak Cik.. Alhamdulillah...

20% dari pengambilan ke dua melalui interview. Maknanya kalau ambilan ke dua sekolah nak mabik lagi 100, 80 akan di pilih melalui MOE & 20% melalui interview. So macam anak kak cik, could be from the interview. MOE will check for overlapping of names.

Sdr Nizam.. sbp ada 3rd intake. Anak kawan saya masuk MCKK tahun lepas bulan april (3rd intake). Cuba Sdr Nizam hantar rayuan ke MOE, sertakan surat dari sdr sendiri. Terangkan keadaan socio-ekonomi kelaurga. Sbb beribu calon pegawai2 sbp tu nak kena pilih & tengok. Semestinya ada yg terlepas dari pandangan tp mog akalau ada personal touch tu, dapatlah mereka beri perhatian lebih untuk permohonan anak2 ni.

Saya faham mmg besar pengharapan terhadap anak2 sbb macam saya sendiri yg toa ada harta dunia nak bagi pada anak2, dengan memberi sokongan penuh pada anak2 dari segi pelajaran lah ahrta yg terbaik saya boleh bagi. Cubalah sdr nizam/arif.. mana tahu ada rezeki kali ini.

kakcik said... @ 10:39 PM

thanks umie, congrats to tinta.
anak kakcik dah buat medical check up. ada apa-2 lagi ke yg perlu dibuat, perlukah minta surat berhenti dari sekolah hariannya sekarang? anak tinta pergi sekolah tak hari isnin dan selasa ini? kena tunggu hari rabu kah nak beli barang-2 keperluan di koperasi sekolah tu?
terima kasih.

kakcik said... @ 10:44 PM

umie, so kalau sekolah tu boleh ambil 30 orang for second intake, hanya 6 org lalu interview dan 24 orang lagi dari MOE? kesiannya yg pergi interview sampai 300 org tu.. maybe nxt year, semua kena pi interview barulah adil.

Nizam said... @ 2:21 PM

Terimakasih Puan Umie,

Saya ada jumpa Pegawai PPD mengenai kemasukkan ke Sekolah Rancangan Khas...Pegawai PPD memaklumkan selepas kemasukkan ke tiga, 3 mac ini...jika ada pelajar tidak hadir pada tarikh berkenaan, saya akan dimaklumkan mengenai kekosongannya, asrama tidak termasuk, maksudnya jika ditawar masuk ke Sekolah rancangan khas ini...asrama bergantung kepada kekosongan....

...sekurang-kurangnya semangatnya untuk belajar disekolah yang baik masih ada lagi...sekarang ni...saya tengok anak saya dah macam menunggu orang datang masuk meminang...menunggu dengan harapan...

Tapi saya hairan...mengapa nama anak saya tiada dalam senarai sbp? MARA? 2-nd intake sbp? atau sekurang-kurangnya Sekolah rancangan khas?...rasanya adakah mungkin sekolah tidak menyenaraikan namanya ke KPM? Borang MARA saya hantar sendiri....

rayyan said... @ 1:30 AM

Terus merayu dgn pengetua sek berkenaan

rayyan said... @ 6:51 PM

Pd 25hb Feb, anak saya telah lapor diri di sbp. Masa interview x ramai yg dtg. Masa 1st intake, yg hadir cuma 75 org sedangkan kuotanya 150 org. Jadi nak ambil 75 org lg tp hadir interview cuma 60+ org shj.Kalau ikut pd m3, semua yg hadir akan terpilih. Tp masa dtg daftar, list nama ada 77 org. Bila bertanya dgn guru di situ, beliau terkejut juga krn nama yg dihantar kpd sek cuma 30+ org shj yg interview di situ terpilih ke sek tersebut. Serve dgn beberapa org ibubapa yg hadir, mereka kata interview di tempat lain tp dpt di sini. Bermakna kuota 20% pengetua (30+ org) & selebihnya dr KPM w/pun yg dtg interview ramai.

Itu sek pertama anak saya interview. Sek kedua pula menerima permohonan rayuan (hantar sendiri ke sek) 400+ permohonan tetapi yg dipanggil utk temuduga cuma 100 org & KPM hantar 16 nama lg. Kehadirannya agak ramai iaitu 96 org tetapi nak ambil 30+ org shj. Persoalannya 30+ tu akan diisi oleh kuota pengetua atau KPM? Awal2 lg dah nampak tipis harapan.

Kes ketiga pula kenapa perlu KPM menawarkan tempat kpd pelajar yg langsung tak dipanggil utk temuduga rayuan. Pelajar tersebut hanya click pd e-rayuan & surat panggilan tak pernah sampai tapi tawaran dapat. Bila dah dpt tawaran tak mahu pergi pulak. Bukan seorg tp 2 org di sek anak saya. Kesian saya tengok pelajar yg seorg lg yg memang pergi interview & sgt berharap belajar di sbp tapi tak dpt.

Sblm result rayuan keluar, saya tel ke bhg sbp, KPM utk check nama anak saya, tapi tak dpt. Akhirnya dpt juga saya bercakap dgn org yg berjawatan agak tinggi di bhg sbp tersebut. Beliau mencadangkan kpd saya, jika nama anak saya tidak tersenarai, terus pergi berjumpa dgn pengetua tempat anak saya temuduga dan buat rayuan lisan utk pastikan nama anak saya berada di 1st rank senarai menunggu jika masih ada kekosongan. Urusan pengambilan utk 3rd intake ini tidak lg diuruskan oleh KPM. Sek akan mengisi kekosongan jika perlu cuma surat tawaran akan dikeluarkan oleh KPM. Sbg cth, sek anak saya skarang cuma 68 org yg mendaftar sedangkan list ada 77 org. Harap ibubapa yg nama anaknya tidak tersenarai, cepat2 pergi buat rayuan lisan dgn pengetua sbp.

Carl S. Adun said... @ 10:31 PM

saya mendapat 5A dalam UPSR(2008)tetapi tidak dapat pula ke SBP..saya ada soalan,saya tidak manghantar borang untuk ke SBP,kerana ibu saya tidak yakin jikalau saya akan mendapat 5a,hal ini demikian kerana pada masa itu result UPSR belum keluar..anda rasa rayuan saya akn diterima tidak?..saya ada isi MRSM tapi tidak berjya dan saya tidak membuat rayuan ke MRSM tetapi sebaliknya membuat rayuan ke SBP sdangkan saya tidak mengisi borangnya..satu lagi saya merasa sangat geram dengan rakan2 saya yang lain,mereka dapat ke SBP tetpi mereka tidak hendak pergi,buat apa mereka mangisi borang jika sebenarnya mereka tidak sanggup meningalkan ibu bapa dan macam-macamlah lagi,saya rasa mereka
hanya mensia-siakan peluang orang lain..berilah peluang kepada orang yang betul2 hendak pergi saperti saya..geramnya..

rayyan said... @ 10:15 PM

Memang dah step permohonannya begitu, Carl S.Adun. Setiap pelajar mesti menghantar permohonan ke SBP sebelum result UPSR keluar. Utk lain2 permohonan tu, slps result diumumkan spt MRSM dsb. Sepatutnya Carl S.Adun kena buat rayuan utk ke 2nd MRSM tidak ke SBP sebab fail permohonan di Bhg SBP, KPM tak wujud. Macamana diaorg nak proses rayuan Carl S.Adun sedangkan permohonannya tiada?

cikgusivik said... @ 2:01 AM

permohonan ke sbp pihak sekolah yang uruskan..( sekolah rendah dulu ) jawatankuasa terdiri dari guru besar, Pk, kaunselor dan penyelaras tahuun 6.

cuba Carl S.Adun klik / copy paste link di bawah ni dan lihat pencalonan yg telah dibuat oleh pihak sekolah dulu.


http://apps.emoe.gov.my/sst1online2008/semakan_pencalonan_sst1/

Amir Sabrin Mohammad Ali said... @ 2:49 PM

sama macam sy,kawan sy buat permohonan secara talian utk smt.tapi bila permohonan dah berjaya tak nak pergi plak smt.mereka-2 nie lah yg mensia-siakan peluang orang-2 yang btul-2 nak pergi smt.

Post a Comment