| 0 comments ]

Semua calon-calon yang baru menamatkan SPM dan STPM 2008 dialu-alukan untuk menghadiri Karnival Pengajian Tinggi Negara Tahun 2009. Karnival untuk Pendidikan Tinggi ini memberi pendedahan secara terus tentang kursus, bidang dan maklumat yang menarik berkaitan semua universiti IPTA seluruh Malaysia. 

Calon-calon boleh dapatkan pelbagai brosur serta bertanya secara langsung tentang kursus diminati, syarat permohonan malah karier masa depan berkaitan bidang jurusan berkaitan dari wakil-wakil universiti (IPTA) seluruh negara. Karnival ini dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Kementerian Pelajaran.

Pada tahun 2009, karnival ini akan berlangsung dari 16 Januari - 5 April yang diadakan secara berperingkat di lokasi-lokasi terpilih berikut:

Zon 1
Tarikh: 16-18 Januari, 2009
Lokasi: PWTC, Kuala Lumpur
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Zon 2
Tarikh: 30 Januari - 1 Februari, 2009
Lokasi: Dewan 2020, Kangar, Perlis
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Zon 3
Tarikh: 13 - 15 Februari, 2009
Lokasi: 1 Borneo (Shopping Mall), Kota Kinabalu, Sabah
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Zon 4
Tarikh: 27 Februari - 1 Mac, 2009
Lokasi: Dewan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Zon 5
Tarikh: 13 - 15 Mac, 2009
Lokasi: Pusat Dagangan Anarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Zon 6
Tarikh: 21 - 23 Mac, 2009
Lokasi: Dewan Utama Pelajar, USM, Pulau Pinang
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Zon 7
Tarikh: 27 - 29 Mac, 2009
Lokasi: Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak
Masa: 9.00 pagi - 5.00 petang

Zon 8
Tarikh: 3 - 5 April, 2009
Lokasi: Plaza Angsana, Johor Bharu
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang

Hadir, bertanya dan buat pilihan mengikut minat anda. Selamat berjaya.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment