| 0 comments ]

Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti APEX pertama di Malaysia amat menghargai bukan sahaja pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik, tetapi juga aktif dalam bidang lain, termasuk sukan, kesenian, kepimpinan dan mempunyai perwatakan serta sikap yang membina.

Satu kelebihan yang dilihat adalah ia menawarkan keistimewaan tertentu untuk calon Orang Kurang Upaya (OKU) dan Kumpulan Warga Emas.

Beberapa insentif khas disediakan untuk pelajar cemerlang yang menepati aspirasi universiti antaranya:
  • Zamalah Pengajian / Fellowship
  • Pengecualian Yuran
  • Subsidi Tambang Perjalanan
  • Baucer Khas Buku
Semoga pernyataan di atas memberi semangat kepada semua siswazah dan calon yang memohon agar terus membina kecemerlangan kendiri. Semua orang sukakan hadiah dan insentif, cuma isu adalah sejauhmana kesungguhan usaha kita untuk mencapainya. Semoga berjaya.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment