| 0 comments ]

Ikan paus biru yang ditemui terdampar di pantai Batu Buruk malam tadi adalah dari spesies Kogia Previceps yang semakin jarang ditemui di perairan negara, kata Pengarah Perikanan Terengganu Munir Mohd Nawi.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian visual, paus betina sepanjang 3.14 meter dan dianggarkan seberat 150 kilogram itu mengalami kecederaan fizikal yang agak serius dengan kesan calar di bahagian bawah badan serta tepi sirip pektoralnya.

paus biru pantai batu buruk
"Semasa terdampar di pantai itu kira-kira pukul 9.30 malam tadi, ikan paus yang boleh mencapai saiz matang sehingga 3.3 meter panjang itu masih hidup, namun ia mati kira-kira sejam kemudian," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Munir berkata bangkai ikan paus itu akan diawet dan disimpan di galeri perikanan di Dungun untuk kajian kepada pelajar selain sebagai pameran.

Dilaporkan bahawa seorang gadis, Nurul Amelia Khairudin, 15, yang menemui anak ikan paus itu pada pukul 8.30 malam semalam mulanya menyangkan ianya mayat manusia. Sebaik sahaja penemuan itu diketahui umum, pantai menjadi riuh-rendah dengan orang ramai yang cuba menolak anak ikan paus itu ke laut dalam tempoh dua jam tetapi usaha itu gagal kerana ombak kuat.

Mereka cuba menyelamatkan ikan itu dengan mengheretnya ke air, bagaimanapun pukulan ombak kuat menyebabkan ikan itu terdampar semula ke pantai dan mati kira-kira sejam kemudian.

Anak ikan itu akhirnya mati pada pukul 10.30 malam. Seorang kakitangan Jabatan Perikanan memberitahu, ikan itu cedera di bahagian sirip dipercayai tersangkut pada jaring milik nelayan.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment