| 29 comments ]

Ho ho ho. PakTeh suka betul baca paper hari ni. Ada iklan tentang pramugari & pramugara untuk Malaysia Airlines. Bukan apa.. beberapa kali PakTeh naik kapal terbang, PakTeh selalu tertanya-tanya apa agaknya kelayakan pramugara & pramugari ini. Bukan kerana mereka ni handsome atau lawa (hehe), tetapi cara mereka melayan penumpang menunjukkan mereka ni cukup terlatih dan berdedikasi. Jadi, ini iklan untuk sesiapa yang berminat. 

Malaysia Airlines mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian kakitangan kabin (pramugara & pramugari). Syarikat penerbangan negara ini menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Syarat Permohonan dan Kelayakan
  • Warganegara Malaysia, berumur antara 18 - 30 tahun semasa tarikh temuduga.
  • Lulus SPM / setaraf yang diiktiraf ole Kerajaan Malaysia serta lulus dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan 3 subjek lain yang diambil dalam satu peperiksaan.
  • Fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. (Penguasaan bahasa lain adalah satu kelebihan)
  • Ketinggian minimum 165sm (lelaki) dan 157sm (wanita) dan berat badan yang seimbang.
  • Sihat tubuh badan dengan penglihatan baik (tidak rabun warna).
  • Memiliki personaliti dan penampilan yang menarik dan bermotivasi tinggi ke arah kecemerlangan di dalam khidmat pelanggan.
Jika anda memenuhi kelayakan di atas, sila hadir ke salah satu dari sesi Temuduga Terbuka Kakitangan Kabin Malaysian Airlines seperti berikut:
  • Kawasan : Kuala Lumpur
  • Tempat  : Malaysian Airlines Academy, No. 2, Jalan SS7/13, Kelana Jaya, Selangor
  • Tarikh  : Sabtu, 17 Januari, 2009  (Kategori Pramugari)
  • Tarikh  : Ahad, 18 Januari, 2009 (Kategori Pramugara)
  • Waktu Pendaftaran: 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Bawa bersama surat permohonan, resume, sijil-sijil akademik asal serta salinan disahkan, kad pengenalan dan gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan). Calon-calon dinasihatkan supaya berpakaian kemas (pakaian pejabat). Calon wanita digalakkan memakai kebaya (T-shirt, selipar dan seluar jeans tidak dibenarkan sama sekali).

Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun. Proses temuduga ini dijangka akan mengambil masa yang panjang. Sehubungan itu, anda dinasihatkan bersedia untuk berada di lokasi temuduga sepanjang tempoh tersebut.

Selamat mencuba, selamat berjaya.

Related Posts by Categories



29 comments

Anonymous said... @ 11:51 AM

heheh suka ke? menarik ke jadi MAS crew??? maybe this year bukan tahun yang sesuai la.... tawaran memang menarik... tapi tawan itu jugak boleh ditarik balik... btw nice blog... i will link ur blog to mine.... cheers!

Unknown said... @ 9:22 AM

bagaimana pula dengan kelayakan di air asia

Tyra_MISmysoul17 said... @ 8:58 PM

la aq tringin sgt nk dpt jd pramugari la.. cita2 ne aq smpn time aq kecik la...hoho

ezza said... @ 11:24 AM

cm mane nk join tawaran ni

misz nuriqa said... @ 8:50 PM

ble ade lg ek twrn utk jd pramugari/a nie???
klu ade bley inform x kt emel sye...

teen_nurul90@yahoo.com

wancha said... @ 2:02 PM

i am completely interesting, if those there got another advertisement, would u mind to inform to me(my email wancha38@rocketmail.com) TQ.

kama - sutra said... @ 9:30 AM

bang, de temuduge utk taun depan? klu de tlg email kt solihin.mohd@ymail.com ye. dgn syarat, tarikh temuduge, tempat temuduge ye. da...

kama - sutra said... @ 9:43 AM

bang, de Temuduge utk tahun 2011? sy nk msk dlm ni. 6t klu de, tlg email kt solihin.mohd@ymail.com ye. ngn syarat n kelayakan, tarikh temuduge, n tmpt temuduge.

lalA_queN said... @ 1:35 PM

ketinggian minimum bagi perempuan 157??? selain dari kelayakan di atas,ada pa2 lagi yang diperlukan???

joharahman said... @ 12:34 AM

sekarang kerja di MAS susah nak ada. entah bila pula ada opening.

joha
http://www.pramugari.biz

KenZ said... @ 1:19 AM

bang, tahun ni ade temuduge ke? law ade, blh x bg tarikh temuduge,tmpt temuduge n camne nk contact dieorg.... law ade email kat mcken_90@yahoo.com.. arap sgt ni...

AinaZafira said... @ 2:55 PM

taon nie mane?!?

Norhasymmah Halimi said... @ 9:35 AM

lebih senang kalau u all just pegi kat MAS punya laman web then klik kat career,they always update taw..so rajin2 la tgk kat sana
actually banyak lagi syaratnya

contohnya;-

-takde parut di kaki bg
-senyuman yg cantik
-Kulit muka yg bersih
-tiada masalah bau badan

Klau Air Asia pula just pegi kat laman web dia then klik job@airasia isi form and if ade vacancy they will update and send email to you..

Anonymous said... @ 1:46 AM

apa maksud : >> Calon yang berjaya dikehendaki menandatangani Perjanjian Ikat Jamin Latihan. Pengambilan berdasarkan kontrak selama 5 tahun.

adakah calon yg layak perlu menjalani latihan pramugara selama 5tahun atau kontrak berkerja selama 5tahun?? jika kontrak bkerja selama 5tahun, berapa lama pula masa untuk latihan pramugara??

naq said... @ 8:14 PM

x ckop tnggi la.. nk msok..

Anonymous said... @ 7:26 PM

law tinggi hanya `153 cm layak ke ???
sy btl2 nak jdy pramugary .
plzzz answer ..
layak ke sy ?
sy nak sgt !!

MazLyin F_S said... @ 2:57 PM

entah la...
sya pun t'ingin sngt nak msuk. klau kite nak msuk .. temuduga kat nak ye..??? biase ye la.. y korang taw..

Anonymous said... @ 1:23 AM

teringin sangat nak jd pramugara..
gpn ketinggian sy layak,x rabun wrna,blh bercakap dlm bahasa english..
semua kelayakan yg d nyatakn sy layak..
lau blh sy nk sngat jd pramugara

Unknown said... @ 8:21 PM

SALAM..SEMUA...
hm..mcm nie...sya bdak lepasan spm 2010....
sya nak tnya,bidang apakah yg sya perlu ambil di U nnti..supaya dpt jdi pramugara..?? sya tak thu...sya btol2 mnat nak jdi pramugra..

Unknown said... @ 8:25 PM

salam semua..??
hm...mcm nie..sya bdak lepasan sPm 2010..
sya bermint sngat nak jdi pramugara nie...
sya nak tnya..jurusan apakah yg perlu sya ambil untuk jdi pramugara..??

Unknown said... @ 11:58 PM

hello..gud evening im an indian gal from penang malaysia and currently fresh graduate from UM as a diploma holder in nursing.my height 172cm and weight 50kg..if u have any vacancy as shown above plz email to my add cwitharini_47@yahoo.com i wull reli appreciate it,tq n have a nice day ahead

sats centre said... @ 12:34 PM

sekiranya berminat bolehlah layari smartairlinestraining.yolasite.com atau hubungi 016-3435991 kami sedia membantu....kami ada menyediakan kursus tersebut sebagai persediaan

sats centre said... @ 12:39 PM

kami ada menyediakan kursus persediaan sebagi pramugara /pramugari sekiranya berminat bolehlah layari smartairlinestraining.yolasite.com untuk mengetahu lebih mendalam atau anda bolehlah hubungi kami ditalian 016-3435991 kami sedia membantu anda...

Anonymous said... @ 12:26 AM

20% sahaja yang bersedia ke temuduga dan yang lain gagal... kenapa ye? jawapannya di mycabincrews.wordpress.com

Anonymous said... @ 12:31 PM

nak jugak jadi pramugari nie..bleh email tok saya tme kaseh..
oshienangel@gmail.com

Mr.Nicko World said... @ 10:37 PM

temuduga untuk tahun 2013 boleh tak tolong emel kat saya, nikman.anik@yahoo.com,saya nk continue diploma dulu before pergi temuduga.

adrey said... @ 10:52 PM

alaaaaa
caner nak datang,,,
temuduga utk tahun 2013 nanti emel kan saye yes...
anta jangan x anta...
rugi x ambil saye...
huuuuu....
emel saye boys_moody@yahoo.com
atau
no fon saye = 0179011328..
rugi x ambil saye... ( utk peringatan )

merpati putih said... @ 2:59 AM

hey, i nk tnye, i tggi 170cm (girl) boleh ke, berat 52kg, minat sgt.. jawab plzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!

naslina said... @ 2:11 PM

nice article..n have an information that i looking for..tp kulit saya gelap..adakah saya layak memohon...

Post a Comment