| 0 comments ]

Permohonan kemasukan ke Ting. 4 di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Negeri Perak bagi tahun 2009 adalah merujuk syarat minimum seperti berikut:

  1. Aliran sains dan agama: sekurang-kurangnya 7A ( mendapat A dalam subjek Sains dan Matematik dan C dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab).
  2. Aliran kemanusiaan dan agama: sekurang-kurangnya 5A ( mendapat C dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab).
  3. Aliran teknikal dan agama: hanya di SMKA Slim River dengan minimum 6A. Mendapat A dalam subjek Sains dan Matematik dan C dalam Pendidikan Islam dan Bahasa Arab).

Terdapat tiga SMKA di Perak untuk permohonan iaitu SMKA Sultan Azlan Shah di Seri Iskandar, SMKA Krian dan SMKA Slim River.

Tarikh akhir permohonan: 12 Januari, 2009. Borang permohonan boleh didapati di sekolah masing-masing (rujuk Penyelaras Kelas Aliran Agama / KAA). Tawaran tempat adalah bergantung kepaa kekosongan tempat bagi setiap aliran yang dipohon. 

Bagi negeri-negeri lain, boleh rujuk Direktori SMKA untuk menghubungi sekolah berkaitan di negeri masing-masing. Semoga berjaya.

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment