Berita terkini pagi tadi, tentera celaka Israel yang berkumpul di sempadan Gaza hanya menunggu arahan untuk melanggar wilayah Palestin itu selepas pesawat Israel semalam menggugurkan bom seberat satu tan ke atas rumah pemimpin Hamas, sekali gus membunuh beliau dan 18 yang lain.
Serangan berterusan hari ini dengan pesawat Israel mengebom 15 lagi rumah milik pejuang Hamas sebelum Subuh. Pihak hospital menyatakan 12 penduduk cedera dalam serangan berkenaan. Al-Fatihah untuk muslimin muslimat yang maut itu, semoga Allah merahmati mereka..
Foto AP di atas menunjukkan satu letupan besar ketika peluru berpandu yang dilepaskan pesawat Israel mengenai sasaran di utara Semenanjung Gaza semalam. Lebih 400 penduduk Gaza terkorban dan 1,700 lagi cedera sejak Israel melancarkan serangan udara sejak Sabtu lalu. Sedih kan?
Berdoalah kita bersama-sama semoga seluruh umat Islam bersatu padu dan kuat dan melemahkan segala usaha orang-orang kafir. Sedih rasanya, sebuah negara kecil dikelilingi negara-negara Islam tetapi berkuasa perosak besar. OIC dan negara-negara Teluk hanya mampu membantah sekadar lisan dan tulisan. Sebab itu pembaling kasut kepada Bush tempohari disanjung tinggi melebihi pemimpin mereka, kerana dia ada keberanian untuk 'bertindak'.
In this chaotic world nowadays, no more bloody talks & complaints please.. we need some REAL action! We muslims really need a great leader.. a truly pragmatic one.. and consistent.
0 comments
Post a Comment