| 4 comments ]

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz, mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.57 bilion) untuk pembangunan semula Gaza yang musnah akibat serangan ganas Israel selama 22 hari. 

"Bagi pihak rakyat Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan satu bilion dollar untuk program pembangunan semula Gaza," kata baginda pada permulaan sidang kemuncak negara Arab di Kuwait. 

Minggu lalu, Qatar menderma AS$250 juta (RM895 juta) dan Kuwait derma AS$34 juta. Janganlah tanya berapa dari Malaysia.. 

Apa yang PakTeh tahu, seseorang yang dermawan paling baik memberi sesuatu yang paling diperlukan oleh orang yang memerlukannya pada masa paling perlu. Apatah lagi jika ia  jiran terhampir, sebangsa dan saudara seagama. Makanan amat perlu untuk meneruskan hidup, pakaian untuk melindung aurat dan cuaca, serta tempat perlindungan untuk keselamatan diri dan keluarga. Paling penting, senjata untuk saudara-saudara kita itu mempertahankan diri, di kala ini. 

Jangan lupa, lebih 1,300 rakyat Palestin terbunuh dan 5,300 lagi cedera manakala kira-kira 4,000 bangunan kediaman musnah sejak Israel melancarkan serangan pada 27 Dis.

Program pembangunan semula adalah baik, tetapi ianya seperti memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membina semula rumah-rumah yang dibina di tebing sungai yang diketahui sentiasa akan runtuh dilanda banjir maha hebat senantiasa, setiap masa. Hanya menyelesaikan kesan masalah, bukan punca masalah.. Bilakah program pembangunan semula akan dimulakan jika tapak kawasan Gaza untuk dibangunkan semula sukar dikenal pasti? Yang pasti.. semakin hari semakin melebar dan meluas tanpa had. Sedih..  

Israel jelas mempergunakan sepenuhnya George Bush di hujung pemerintahannya. Di Baitul Maqdis, pegawai kerajaan Israel berkata bala tentera Israel akan meninggalkan Genting Gaza sepenuhnya sebelum Barack Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden USA esok. Sementara Bush ada dan di bawah telunjuk mereka, mereka godam Gaza habis-habisan. Obama dah nak naik, mereka setuju gencatan senjata dan undur pelan-pelan.. cubaan membina hubungan baik dengan pemerintah baru kelak. 

Kita tengok nanti berapa lama Obama boleh bertahan sebelum ditenyeh kepala oleh Israel. Rasanya memang tak lama.. seperti sejarah para presiden terdahulu juga..

Related Posts by Categories



4 comments

maqwan said... @ 3:20 PM

For general information, United of Arabian Nations (UoAN) was held a meeting between their nations to prepare a 'force-attack' since January 5th on Israel.it's possibly an upcomiong attack form UoAN soon.Maybe after George W. Bush retire form US president and replaced by Barack Obama on January 20th (today).One should know that Iran is also one of them (UoAM)..The meeting between Arabian Natons was held as 'closed-meeting' represented by Minisrty of Defence of every (UoAN) at El-Reshwali Great Hall, Egypt.-Khaled Miswary Abu Fahd (former of Secretary of UoAN 2001-2006)

PakTeh said... @ 6:54 PM

@maqwan: thanks for sharing.. we will wait.

tajudin said... @ 4:00 PM

teruskan dalam istiqamah, mengikut kemampuan masing-masing.

PakTeh said... @ 9:34 PM

@tajudin: ya. istiqomah. biar sedikit tetapi berterusan. penuh keikhlasan.

Post a Comment