| 3 comments ]

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching. 

Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini, kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:
  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Sejarah
  4. Pendidikan Islam
  5. Sains
  6. Matematik
  7. Geografi
  8. Seni Visual
  9. Seni Tari
  10. Seni Muzik
  11. Seni Teater
  12. Kreativiti
Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:
Sekolah Seni Johor Bahru
d/a Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Mohd Khalid,
Jalan Abdul Samad,
81000 Johor Bahru,
Johor.

Sekolah Seni Kuching, Sarawak
d/a Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg,
Jalan Melindo, Petrajaya,
93050 Kuching,
Sarawak.
Sekolah Seni Malaysia ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Apabila sekolah berkenaan mula beroperasi di premis kekalnya kelak, tentunya menjadi wadah pemupuk seniman dan seniwati unggul negara yang berkualiti, sekaligus menambah kepelbagaian pilihan pendidikan. 

Related Posts by Categories



3 comments

Cyril said... @ 1:51 PM

er,..seni tari tradisional je ke?

Atimas said... @ 6:01 PM

kat ne eh nk dftr msk asrama seni utk thn 2011?

Syaz Wani ~! said... @ 8:37 PM

ade seni photographeer ta ?

Post a Comment