| 14 comments ]

Memang susah nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu, saingan memang sengit. Dan tentunya lebih sukar bagi pihak Kementerian Pelajaran pula untuk memilih yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Tahniah kepada calon yang berjaya bagi ambilan pertama, namun mungkin masih terdapat kekosongan. Sebenarnya adalah tidak wajar menolak tawaran SBP semata-mata untuk menunggu tawaran MRSM. Ini kerana M.O.U antara KPM dan MARA telah ditetapkan iaitu sesiapa yang telah mendapat tawaran SBP tidak akan ditawarkan lagi untuk MRSM.

Perkembangan terkini, bagi mengisi kekosongan ambilan pertama, sesi temuduga diberitakan akan dijalankan pada 19 Januari (Isnin) bagi kes rayuan. Sebahagian calon telah menerima surat panggilan menghadiri sesi temuduga rayuan SBP tertentu. Tapi, apa persediaannya?

Dikatakan bahawa kriteria pemilihan berdasarkan faktor berikut:
  • personaliti: 20%
  • komunikasi: 30%
  • asas agama: 10%
  • kecenderungan ke SBP: 30 %
  • kriteria khas: 10%
Ok. Sebelum lebih jauh.. PakTeh cakap awal-awal.. PakTeh bukan seorang panel penemuduga atau tidak terlibat di peringkat perancangan dasar Kementerian Pelajaran. PakTeh hanya orang biasa, juga seperti orang lain.. tertanya-tanya apa agaknya yang akan berlaku untuk temuduga. :D

Cuma sekadar untuk kita tengok sama-sama:
  1. Personaliti: tentunya merujuk perawakan diri seseorang secara keseluruhan, termasuk kekemasan diri dan berketrampilan.
  2. Komunikasi : mampu menerima, memahami dan menyampaikan maklumat dengan berkesan. Sesiapa yang pemalu, kena belajar bersosial. Mak & ayah elok buat temuduga olok-olok dengan anak. Semua ekspresi wajah dan gerakan tubuh boleh memberi persepsi tertentu kepada penemuduga. Jaga ketenangan diri. Banyakkan sabar, tidak gelabah atau tension jika ada soalan provokasi oleh penemuduga. Biasalah.. kadang-kadang ada penemuduga yg suka 'ngusik & nyakat', hehe.
  3. Asas agama: Rukun Iman, Rukun Islam, cara mengerjakan ibadah wajib termasuk membaca Al-Quran, bacaan dalam solat & doa. Takkan tak tahu lagi kot? Jangan le kata, buku Iqra' 1-6 tak habis lagi.. isk.
  4. Kecenderungan ke SBP: sejauhmana bersedia untuk berdikari, ditinggalkan. Mengapa nak sangat nak ke SBP. Apa yang suka sangat dengan sekolah ini? Mengapa tak sekolah di sekolah sekarang? Semua sekolah pun bagus, boleh berjaya! Kalau ditawarkan ke sekolah jauh, mahu ke? Ho..ho.. Ini tentu soalan yang power2, soalan 'nyakat'. Agaknye le.. 
  5. Kriteria khas: mungkin bonus jika ada keistimewaan tertentu dilihat sepanjang temuduga, 'kekuatan' sijil asal, pencapaian masa lalu, atau 'surat tertentu' yang dibawa bersama.
Tidak tahulah jika KPM meningkatkan tahap penilaian untuk temuduga ambilan kedua ini. Siapa tahu, jika sebahagian sesi adalah ujian psikologi dan simulasi berkumpulan? Wah! Kalau tahap ini untuk murid Tingkatan satu, kasihan pada mereka. 

Apa-apa pun, tahniah bagi yang dapat panggilan temuduga. Semoga bersedia secukupnya. Jangan lupa sediakan folder file untuk sijil-sijil asal (susun baik-baik), berpakaian kemas dan hadir lebih awal kelak. Pastikan makan dahulu di rumah sebelum sesi temuduga, dibimbangi waktu temuduga memakan masa. Jangan minum/makan banyak sangat, nanti time temuduga berulang-alik ke tandas pulak. 

Juga jangan lupa berdoa.. dan pasrahlah.. jika semua usaha dah dibuat, dah berdoa pada yang Maha Mendengar.. kita tawakkal. Jika ada rezeki, ianya kurniaan dari Tuhan yang wajib disyukuri. Jika tak dapat pula, tentu ada rahmat Tuhan yang tersembunyi.  Wallahu A'lam

Sesiapa yang ingin tambah tips-tips atau perkongsian maklumat dialu-alukan dalam ruang komen.

Related Posts by Categories



14 comments

nj0791 said... @ 4:58 PM

pak teh, anak saudara saya dah dapat surat panggilan temuduga rayuan sbp tu. dia dapat 5A dan tokoh pelajar sekolah, aktif koko, sukan dan berharap sangat dapat ke sbp atau mrsm. ada kemungkinan tak dia tak dapat panggilan pertama ke sbp tu sebab dia akan dapat mrsm nanti? just wonder......

PakTeh said... @ 10:37 PM

@Liza: kemungkinannya ada. mrsm & sbp keduanya wadah pengumpulan murid terbaik. bagaimanapun, kemasukan ke sbp tetap didahulukan, baru diikuti oleh mrsm. sbp/sekolah kluster satu bahagian di bawah kementerian pelajaran yang memiliki 'stok murid'. mrsm pula sub agensi MARA di bwh kementerian pembangunan usahawan & koperasi.

nampakkan? sbp dah ready untuk ambilan ke-2, sedang mrsm belum pun lagi 1st intake.

Datinhana said... @ 1:39 PM

Pak teh, saya rasa begitu kecewa sekali dengan program PPSMI. Kenapa calon yang menjawab fully dalam BI untuk subjek sc & math tidak berjaya ke SBP, sedangkan calon yg menjawab dlm BM terpilih? Sedangkan calon UPSR tahun ni badge pertama fully PPSMI. seharusnyalah jawapan calon diambil kira dalam pengambilan ke SBP @ MRSM.

PakTeh said... @ 9:09 PM

rasanya banyak lagi faktor dipertimbangkan utk ke SBP. Misalnya lokasi B/LB, sosio ekonomi keluarga. Kelulusan rata-ratanya sama 5A & kokurikulum juga masing2 cemerlang. Mungkin ada yang lebih layak dari kita.. Allahu A'lam. bagaimanapun, biasanya murid yg brilliant - di mana saja dia berada, Insya Allah dia akan tetap berjaya. Teruskan beri dorongan pd mereka.

PPSMI mmg ada isu. http://azmanlin.blogspot.com/2009/01/ppsmi-2010-7-pilihan.html - ya kelihatannya menjawab BI dlm Maths/Sc seperti tiada kelebihan. bukan sahaja pmr, malah pmr dan spm..

tintapena said... @ 11:37 AM

Nampaknya ada berbagai corak serta soalan yang diajukan kepada pelajar. Ada 3-4 minit dah habis di temuduga , ada yang soalanya x langsung mencabar untuk pemilihan ambilan ke2. Mungkin soalan disediakan oleh pihak sekolah atau pihal ahli panel. Apakah dengan menjawap segala soalan yang panjang lebar itu menentukan kelayakan atau cuma dengan 3 4 min itu dapat menilai prestasi serta keupayaan murid yang baru mencecah umur 13 tahun.
Apa diharapkan temuduga ini mencapai matlamat sebenar untuk memilih mereka yang layak.
Pada Pak Teh:
1. Ada yang membuat erayuan , tetapi x menulis surat terus kepada pengetua SBP. Nampaknya mereka ini tidak mendapat sebarang tawaran ke temuduga. Apakah ada peluang bagi mereka yang tidak dipanggil untuk temuduga untuk ambilan ke 3 ke 4 dan seterusnya ? Atau mereka di anggap tidak berjaya
2. Adakah ambilan ke2 untuk memenuhi kekosongan atau hanya mereka yang dirasakan layak oleh pihak sekolah akan mendapat tempat dan bakinya akan di pilih oleh KPM ( melalui komputer ) tanpa sebarang panggillan temuduga ATAU sebarang tempat kekosongan akan di panggil untuk ambilan ke 3?
3. Seandainya ada ambilan ke3 , apakah mereka yang telah di temuduga ambilan ke2 tidak layak untuk memohon atau permohonan ambilan ke3 dibuka ? Bagaimana ?
4. MOU antara MARA dan KPM suatu yang baik. Akan tetapi dalam masa yang suntuk dan terdekat ini , tekanan tertumpu kepada mereka yang berhasrat untuk ke SBP ( melalui temuduga ambilan ke2 ). Apakah dengan mendapat tawaran MRSM mereka secara automatik tidak mendapat tempat di SBP bagi ambilan ke2 walaupun sudah menhadiri interview pada 19 Jan lepas ?
5. Apakah MOU ini juga mengambil kira keputusan ambilan ke2 ? Apakah MRSM akan menggugurkan nama mereka yang terpilih ke SBP ambilan ke2 tempohari ?
6. Boleh kah kita katakan/rumuskan pada mereka yang telah menghadiri temuduga ambilan ke2 dan mendapat tawaran MRSM , maka temuduga ambilan ke2 dianggap tidak berjaya dan mereka ini tidak perlu untuk menunggu tawaran SBP lagi dan mereka ini harus mendaftar di MRSM.
7. Sebaliknya sekiranya pelajar yang menghadiri temuduga ambilan ke2 tidak mendapat sebarang tawaran dari MRSM , peluang untuk ke SBP ambilan ke2 masih cerah ?
8. Ini ada alh disebabkan tarikh tawaran untuk ke MRSM and SBP ambilan ke2 tidak sama dan agak jauh jaraknya antara MRSM and SBP.

Minta pandangan.

tintapena said... @ 8:10 PM

Sekarang cuma kita tunggu SBP 2nd intake. MRSM pun dah kita ketahui. Ada yng x puas hati dan ada yg kecewa. So SBP 2n intake bila keluar

abg_khair said... @ 12:14 AM

asm wbt

tintapena: saya dapat merasakan berkobar-kobarnya ibu-bapa menunggu keputusan 2nd intake. Moga anak tuan/puan berjaya, insyallah.

buyeh said... @ 9:51 PM

kepada sesiapa yang mengetahui...adik saya dah dapt ambilan pertama d sbp integrasi kuantan,pahang tetapi atas sebab kesihatan dimana dia tiap2 bulan kena pergi hospital.jadi tidak dapat pergi.sudah dimaklumkam d pihak kpm.so dah buat brayuan penukaran..tetapi apa kena mengena dgn temuduga nie dgn adik saya...ada sesiapa tahu x.

Unknown said... @ 1:21 PM

SURAT/PANGGILAN TEMUDUGA TU AGAKNYA SELEWATNYA BILA AKAN SAMPAI? RAKAN SAYA,DIA X DPT SURAT TEMUDUGA LAGI.

Unknown said... @ 1:27 PM

bile ujian kemasukkan ke MRSM?

Unknown said... @ 8:32 PM

Pak Teh,kwn saya telah dipanggil temuduga MRSM di Negeri Sembilan pada 23 DIS 2009.Adakah MRSM dulu baru SBP?

twinz said... @ 10:07 PM

Pak teh, tolong lah saya, macm mana nak buat Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 Ambilan Kedua ?

Anonymous said... @ 2:07 PM

salam...Pak teh..taw tak bila panggilan temuduga institut perguruan bagi lepasan spm ye Pak teh? saya takot trlepas...

Atysh Jud said... @ 4:10 PM

my doter failed in 2nd intake sbp..was advised to appeal online...do u know the link to appeal online...anyone? tq in advance

Post a Comment