| 0 comments ]

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) mempelawa pelajar-pelajar Tingkatan Tiga 2008 untuk kemasukan ke Tingkatan Empat bagi tahun 2009 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Sabah dan Sarawak.

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan untuk makluman pemohon yang berminat.

1. SYARAT KELAYAKAN

1.1 Warganegara Malaysia
1.2 Ibu atau Bapa warganegara Malaysia
1.3 Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah dan Sarawak:

  • Bumiputera Tingkatan Tiga.
  • Bukan Bumiputera Tingkatan Tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan di Sabah dan Sarawak.
  • Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon.
1.4 Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 5A (A dalam Matematik dan Sains) dan baki subjek lain adalah B serta tiada gred C, D dan E dalam subjek teras Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2008.

2. CARA MEMOHON

2.1 Pemohon hendaklah datang sendiri ke Pejabat MARA Negeri atau Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan borang permohonan bermula pada hari keputusan PMR 2008 diumumkan secara rasmi.
2.2 Pemohon hendaklah membawa bersama Salinan Kad Pengenalan serta Salinan Keputusan PMR 2008 yang telah disahkan semasa membeli borang.
2.3 Bayaran sebanyak RM5.00 (RM: Lima Ringgit Sahaja) boleh dibuat secara tunai atau dalam bentuk wang pos berpalang atas nama Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web MARA di alamat : http://www.mara.gov.my.

3. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke alamat di bawah tidak lewat daripada 23 Januari 2009.

Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA
21, Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur


4. TARIKH TUTUP JUALAN BORANG PERMOHONAN
Borang permohonan akan dijual di semua Pejabat MARA Negeri dan Pejabat MARA Daerah mulai tarikh keputusan PMR diumumkan secara rasmi sehingga 19 Januari 2009.
5. PERINGATAN

5.1. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
5.2. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima daripada tarikh tutup akan ditolak.
5.3. MRSM menawarkan Jurusan Sains Tulen sebagai Jurusan Utama (Subjek Lukisan kejuruteraan tidak ditawarkan).
5.4 Pemohon yang ditawarkan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP, SBPI) Kementerian Pelajaran Malaysia tidak akan ditawarkan ke MRSM.
5.5 Pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Sekiranya tiada jawapan yang diterima sehingga 30 April 2009 permohonan dianggap tidak berjaya.
5.6 Pemohon yang berjaya akan ditempatkan di MRSM yang bersesuaian mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA.
5.7 Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pengambilan Pelajar MRSM adalah muktamad.

Iklan oleh:
Unit Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah)
MARA

Related Posts by Categories



0 comments

Post a Comment