| 42 comments ]

Alhamdulillah, semakan keputusan tawaran permohonan untuk kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk Sesi Tahun 2009 sudah boleh dibuat. Berdasarkan kenyataan rasmi di laman web MARA, portal aplikasi semakan online dibuka untuk semakan bagi permohonan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Bagi calon-calon, sediakan nombor kad pengenalan. Apa juga takdir, ianya tetap rahmat yang tersembunyi dari Tuhan. Tetapkan hati untuk terus bersyukur dan bersabar.

Klik sini ->> Aplikasi Semakan Online MRSM - T1 <<- Klik sini
Klik sini ->> Aplikasi Semakan Online MRSM - T4 <<- Klik sini

Tidak seperti SBP, MARA tidak menyediakan kemudahan E-Rayuan. Rayuan ke MRSM adalah dengan surat rasmi, lengkap dengan lampiran dokumen serta surat sokongan (jika ada).

Semoga berjaya !

| 2 comments ]

Akhirnya muncul juga seorang pemimpin Islam yang berani melawan secara langsung dengan pemimpin Israel. Walaupun tentangan hanya secara lisan, tetapi buah-buah ayat diucap serta tindakan meninggalkan satu majlis forum peringkat antarabangsa boleh memberi impak jelas tentang kezaliman Israel, dan betapa pemimpin Israel kuat berbohong.

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka." 

Kita lihat peluru mulut Erdogan seterusnya bersama foto-fotonya sekali di bawah.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

traffic-jam

KUANTAN: Semua kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak selama dua hari bermula esok, Sabtu dan Ahad ini. 

Pengarah Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan, berkata larangan itu dikuatkuasa untuk memberi kemudahan kepada orang ramai yang akan menggunakan jalan raya untuk pulang ke destinasi masing-masing selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

IPOH: Kerajaan Negeri Perak mengumumkan Selasa depan sebagai cuti umum sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata cuti itu juga bagi membolehkan rakyat Perak dan seluruh negara merayakan serta meraikan sambutan hari bersejarah yang menandakan genapnya 25 tahun pemerintahan Sultan Azlan Shah.

“Rakyat boleh menggunakan peluang ini untuk menyaksikan penganugerahan Darjah Dato’ Seri Azlanii (DSA) yang dikeluarkan kepada 25 individu yang banyak berjasa dan memberikan khidmat setia kepada baginda,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

(Bernama : 21:06 PM)

| 0 comments ]

Berikut adalah Takwim Jadual Peperiksaan Awam bagi UPSR, SPM, STPM, STAM dan SPM (Ulangan) untuk Tahun 2009 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga bermanfaat untuk semua warga pendidik, ibu bapa dan para pelajar yang dikasihi. Semoga tarikh-tarikh peperiksaan berkaitan membantu perancangan pembelajaran bagi tahun ini.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 33 comments ]

Semakan online untuk kemasukan MRSM Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat boleh dibuat pada minggu depan. Kenyataan ini dibuat pagi tadi oleh Bahagian Pendidikan Menengah, MARA. Tiada tarikh ditetapkan setakat ini.

Nampaknya, bukanlah pada hujung bulan Januari seperti yang diwarwarkan sebelum ini. Bagaimanapun, memang lazim bagi pihak MARA mengeluarkan keputusan tawaran kemasukan MRSM pada bulan Februari.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Tun Dr. MahathirSemua kenal Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia - seorang negarawan ulung, diakui kehebatannya di dalam malah di luar negeri. Jumlah pelawat di blog barunya pada tarikh artikel ini ditulis, telahpun mencecah lebih 12 juta pelawat, walaupun Tun telah lama bersara.  Beliau banyak mengupas isu politik, ekonomi dan sosial negara mahupun dunia.

Pada 15/01/2009 (6:10PM) lalu, Tun telah menulis sebuah artikel bertajuk "BOYCOTT" yang menggesa usaha boikot USA dan Israel, selari dengan berita keganasan Israel ke atas penduduk Palestin mutakhir ini.

Namun dari lebih 370 ruangan komentar bagi entri berkenaan, seorang Yahudi menggelarkan dirinya Hanan dari Israel telah membidas tulisan Dr. Mahathir tadi. Beliau mengkritik usaha Dr. Mahathir sebelum ini, mengutuk Hamas dan berbagai lagi.

Maka pada hari ini, 27/01/2009 - 5.40 petang; Dr Mahathir membalas semula komen Hanan, dengan entri khasnya " HANAN.. ". Berikut adalah 3 sedutan artikel/komentar berkenaan untuk dikongsi bersama, panass..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Semalam, berlaku gerhana matahari, kan? Laluan gerhana matahari penuh melintasi keseluruhan perairan lautan di bahagian selatan glob, bermula dari kira-kira 900 km selatan Afrika dan tidak mencecah daratan sehingga ia melintasi Kepulauan Cocos (Keeling), Australia di Lautan Hindi. Bagaimanapun, pemerhati di selatan Afrika, Madagascar, Australia dan Asia Tenggara tetap dapat melihat fenomena separa gerhana.

gerhana-matahari-cincin-separa-26.01.2009
Berikut kita tengok bagaimana fenomena menakjubkan berlalu. Siri foto di bawah menunjukkan bagaimana bulan melintasi antara bumi dan matahari - sebelum, semasa dan selepas gerhana matahari, seperti dilihat dari Bandar Lampung di Indonesia pada 26 Januari, 2009. Subhanallah..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 12 comments ]

Bagi lepasan PMR 2008 yang telah memohon ke Tingkatan Empat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk kemasukan 2009, boleh semak status tawaran anda di pautan di bawah ini. 

Klik sini --> Aplikasi Semakan Online | ERayuan <--Klik sini


Semakan boleh dibuat mulai 24/01/ 2009 - 17/02/2009.
Tahniah, jika anda berjaya. Jika tidak berjaya, - terus buat e-Rayuan di laman yang sama. 

Keputusan MRSM Tingkatan Empat dijangka hujung bulan Januari, merangkap selepas Raya Cina, merangkap minggu depan. Semoga berjaya.

| 62 comments ]

Pelik kan? Tahun sebelum ini, pengambilan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah secara biasa - iaitu dengan membuat semakan secara online sahaja, bagi ambilan pertama dan kedua. 

Tahun ini, berbeza. Ambilan pertama diketahui dengan semakan online. Ambilan kedua perlu melalui proses temuduga pula. Kenapa ? 

Kita baca penjelasan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom semalam berhubung isu ini.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 2 comments ]

Sebanyak 27,500 tempat ditawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 bagi kemasukan Program Matrikulasi, Kementerian Pelajaran sesi akademik 2009/2010, meningkat 1,500 pelajar berbanding tahun lalu.

Jumlah itu termasuk kira-kira 600 kumpulan pertama akan ditawarkan memasuki tiga Kolej Matrikulasi baru di Pendang, Kedah; Jengka, Pahang dan Pontian, Johor yang masing-masing mampu menampung pengambilan 200 pelajar.

Pengarah Bahagian Matrikulasi, Kementerian Pelajaran, Prof Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata pembukaan kolej baru itu selaras peningkatan permohonan setiap tahun di Kolej Matrikulasi yang dikenal pasti antara pilihan utama lulusan cemerlang SPM untuk melanjutkan pelajaran.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Ikan paus biru yang ditemui terdampar di pantai Batu Buruk malam tadi adalah dari spesies Kogia Previceps yang semakin jarang ditemui di perairan negara, kata Pengarah Perikanan Terengganu Munir Mohd Nawi.

Beliau berkata berdasarkan pemerhatian visual, paus betina sepanjang 3.14 meter dan dianggarkan seberat 150 kilogram itu mengalami kecederaan fizikal yang agak serius dengan kesan calar di bahagian bawah badan serta tepi sirip pektoralnya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 5 comments ]

Semakan tawaran permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi 2009 asalnya diumumkan secara online pada pada 30 Januari, diawalkan pada 21 Januari - diubah lagi ke hari Sabtu: 24 Januari, 2009. Ini dimaklumkan dalam pemberitahuan terkini oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Aplikasi Semakan Dalam Talian dan E-Rayuan akan disediakan untuk para pelajar lepasan PMR bagi mengetahui status tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang dipohon sejak tahun lalu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom, berkata kementerian menerima 48,240 permohonan untuk mengisi 3,661 tempat di SBP tahun ini. Semoga berjaya !
Sememangnya satu saingan yang sengit!

UPDATE! Semakan sudah boleh dibuat >> KLIK SINI << (24/01/2009 - 17/02/2009)

| 4 comments ]

Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz, mengumumkan sumbangan AS$1 bilion (RM3.57 bilion) untuk pembangunan semula Gaza yang musnah akibat serangan ganas Israel selama 22 hari. 

"Bagi pihak rakyat Saudi, saya mengisytiharkan sumbangan satu bilion dollar untuk program pembangunan semula Gaza," kata baginda pada permulaan sidang kemuncak negara Arab di Kuwait. 

Minggu lalu, Qatar menderma AS$250 juta (RM895 juta) dan Kuwait derma AS$34 juta. Janganlah tanya berapa dari Malaysia.. 

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 6 comments ]

Semakan Tawaran Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh Sesi 2009 Boleh Dibuat Mulai 21 Januari 2009 (Hari Rabu), lebih cepat dari yang diumumkan sebelum ini. Kenyataan ini terkandung dalam pemberitahuan di laman kementerian hari ini.

Rujuk laman Kementerian Pelajaran pada hari berkenaan.

Seperti kebiasaannya, pemohon-pemohon SBP Tingkatan 4, jangan lupa sediakan nombor angka giliran PMR 2008 dan no. kad pengenalan anda untuk tujuan semakan online kelak.

Semoga berjaya.

UPDATE! (21/01/2009) : Tarikh semakan diubah pula ke 24 Januari 2009! Sila rujuk pemberitahuan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


UPDATE!! (24/01/2009) : Semakan sudah boleh dibuat >> KLIK SINI << (24/01/2009 - 17/02/2009)

| 0 comments ]

Semua pemohon IPTA lepasan SPM 2008 wajib mengemukakan permohonan Fasa Dua (Pengesahan Permohonan) yang dibuka 3 Februari, 2009.

Iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf serta STPM/Setaraf Sesi Akademik 2009/2010 akan disiarkan dalam lapan akhbar perdana pada 1 Februari depan, manakala permohonan melalui aplikasi dalam talian pula dibuka mulai 3 Februari jam 12 tengah hari.

Tarikh tutup permohonan ialah 10 hari bekerja selepas keputusan SPM, STPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 diumumkan.

Menurut kenyataan Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, 127,958 permohonan Fasa Satu (Pendaftaran Permohonan) bagi kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf diterima sehingga tarikh tutup 31 Disember lalu.

Jadi, semua lepasan SPM/STPM/Setaraf elok beli atau baca suratkhabar 1 Februari depan. Penting! Kemudian bersedia pula untuk 3 Februari. Semoga berjaya. 

| 0 comments ]

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara menawarkan 260,700 tempat untuk tahun 2009 termasuk 83,700 tempat di universiti awam yang mencatat peningkatan hampir 18 peratus berbanding 70,941 ambilan tahun lalu. 

Daripada jumlah itu, kerajaan menawarkan 40,500 tempat ke IPT awam (IPTA) bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan setaraf, manakala 43,200 tempat lagi untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata bilangan itu juga meliputi 122,000 tempat di IPT swasta (IPTS), politeknik (42,000) dan kolej komuniti kelolaan kementerian berkenaan (13,000).

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu menang dengan majoriti 2,631 undi, hari ini. Calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi. Calon bebas, Azharudin Mamat pula mendapat 193 undi. 

Pengumuman rasmi dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Wan Mustapha Wan Hassan. Keputusan penuh..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Gesaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, minggu lalu supaya mahasiswa mengikuti kelas bahasa Inggeris agar mampu menguasai bahasa itu dengan baik sebagai persediaan menghadapi alam kerjaya apabila tamat pengajian harus diberi perhatian serius termasuk di kalangan pelajar sekolah.

Kita sering mendengar rungutan majikan bahawa ramai di kalangan graduan hari ini tidak berupaya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik apabila mereka menghadiri sesi temu duga. Ini adalah antara punca graduan kita sukar diterima majikan terutama dalam sektor swasta.

Masalah itu bukan baru dan agak menyedihkan kelemahan itu tidak diperbaiki dari setahun ke setahun, terutama di kalangan graduan Melayu. Kepentingan kemahiran bahasa Inggeris sudah diketahui umum dan mereka juga sedar banyak syarikat swasta termasuk jabatan kerajaan juga begitu memerlukan pekerja yang mahir berbahasa Inggeris.

Pelajar harus ingat, untuk menguasai bahasa walaupun apa juga bahasa sekali pun, ia tidak boleh dikuasai dalam tempoh singkat. Ia harus dimulakan sejak berada di peringkat sekolah, berlatih dan mengamalkannya dalam pergaulan seharian..

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Calon-calon yang menduduki ujian Malaysian University English Test (MUET) tahun lepas boleh menyemak keputusan masing-masing : 15 Januari, 2009 (Khamis).

Calon yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 8 comments ]

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kementerian Pelajaran, Datuk Yusoff Harun, mengumumkan bahawa lebih 250,000 permohonan telah diterima secara online daripada lepasan PMR sehingga semalam. Bilangan ini dijangka meningkat sehingga esok (15/01/09) yang merupakan tarikh tutup permohonan, setelah dibuka sejak 18 Oktober lalu.

Apa yang menariknya, hanya 32,370 tempat sahaja disediakan di 90 buah Sekolah Menengah Teknik (SMT) seluruh negara. Jika dianalisa, nampaknya kira-kira 13% pemohon sahaja yang bakal menerima tawaran, dan 87% lagi tetap meneruskan pembelajaran di sekolah asal.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 3 comments ]

Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching. 

Visi Sekolah Seni Malaysia ini ialah untuk "menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan insan budayawan bertaraf dunia".

Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia Tahun 2004. Y.B Dato’ Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9 iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 29 comments ]

Ho ho ho. PakTeh suka betul baca paper hari ni. Ada iklan tentang pramugari & pramugara untuk Malaysia Airlines. Bukan apa.. beberapa kali PakTeh naik kapal terbang, PakTeh selalu tertanya-tanya apa agaknya kelayakan pramugara & pramugari ini. Bukan kerana mereka ni handsome atau lawa (hehe), tetapi cara mereka melayan penumpang menunjukkan mereka ni cukup terlatih dan berdedikasi. Jadi, ini iklan untuk sesiapa yang berminat. 

Malaysia Airlines mempelawa sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian kakitangan kabin (pramugara & pramugari). Syarikat penerbangan negara ini menawarkan pakej gaji yang menarik beserta elaun, kemudahan perjalanan, perubatan dan lain-lain.

Syarat Permohonan dan Kelayakan

Selamat mencuba, selamat berjaya.

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 14 comments ]

Memang susah nak masuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan Satu, saingan memang sengit. Dan tentunya lebih sukar bagi pihak Kementerian Pelajaran pula untuk memilih yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Tahniah kepada calon yang berjaya bagi ambilan pertama, namun mungkin masih terdapat kekosongan. Sebenarnya adalah tidak wajar menolak tawaran SBP semata-mata untuk menunggu tawaran MRSM. Ini kerana M.O.U antara KPM dan MARA telah ditetapkan iaitu sesiapa yang telah mendapat tawaran SBP tidak akan ditawarkan lagi untuk MRSM.

Perkembangan terkini, bagi mengisi kekosongan ambilan pertama, sesi temuduga diberitakan akan dijalankan pada 19 Januari (Isnin) bagi kes rayuan. Sebahagian calon telah menerima surat panggilan menghadiri sesi temuduga rayuan SBP tertentu. Tapi, apa persediaannya?

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 0 comments ]

Pelaksanaan Skim Biasiswa Sukan adalah bermula pada tahun 2006. Skim ini disasarkan kepada murid warganegara Malaysia yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang sukan. Kumpulan murid yang terlibat adalah yang berada di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

Syarat kelayakan seseorang murid untuk pertimbangan mendapat Skim Biasiswa Sukan adalah seperti berikut:

Baca Selengkapnya (Read More)...

| 4 comments ]

Keputusan pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah hanya boleh dilaksanakan pada 2010, tahun depan. Sehubungan itu,  Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pihaknya masih ada masa untuk menentukan keputusan berkenaan.

Sebanyak lima sesi Persidangan Meja Bulat PPSMI telah dijalankan berhubung proses kajian dan membuat rumusan status PPSMI. Paling terkini yang berlangsung pertengahan Disember lalu merumuskan tujuh pilihan untuk dipertimbangkan kerajaan dalam membuat keputusan mengenai masa depan PPSMI. Apakah 7 pilihan itu?

Baca Selengkapnya (Read More)...